Awal pagi Sabtu dah siapkan diri untuk bersarapan di Taman Sri Skudai di gerai D'Li Cafe belakang Station minyak Caltex.Sepatutnya ke Mutiara Rini pagi ini untuk berriadah di sana sebelum bersarapan,tetapi perut RA asik meragam je pagi-pagi,jadi larat ke sarapan je lah
Ini adalah lokasinya,senang je nak jumpa dan sebenarnya ini kali ke dua RA datang ke gerai ini.Tapi kali ini datang beramai-ramai sikit ala rombongan Che Kiah.
Bertitik tolak tolak dari tu maka inilah hasil kerja tekan-tekan kamera yang sempat di rakamkan pada pagi itu. Yang ini pulak makanan-makanan yang telah pun masuk ke dalam perut-perut kami.Ada Lontong kuah,mee goreng,Nasi lemak dan pelbagai (ikut dalam apa yang di tulis kat papan menu gerai ini
Tapi jangan tak tau nak menunggu yang lain-lain sampai RA terpaksa duduk kat tepi longkang tau.Sanggup menanti dengan penuh kesabaran.Katernya lambat sikit sebab nak isi minyak kereta.(nasib baik 2km jek-kalau 8km macam yang selalu tu leh nangis penyu bertelur)
Wah Abang Mad sesejak dah kerja kat Putrajaya semakin comel nampak? hehe....Artis datang dari jauh katernya.Terima kasih yea Abang Yunus membelanja kami semua makan.
No comments:
Post a Comment