Tuesday, September 25, 2012

Nak Ke mana di JB?

Selalu kawan-kawan aku yang nak ke Bandaraya Johor Bahru pasti akan telefon aku menanyakan apa yang menarik tentang Johor Bahru.Jadi untuk menyenangkan mereka dan juga siapa-siapa yang akan datang ke Johor Bahru,kat sini aku ada sediakan sedikit maklumat tentang tempat-tempat menarik yang perlu di lawati semasa datang ke Johor Bahru dan sekitarnya (siap dengan jadual perjalanan lagi tau)


HARI PERTAMA :

Katalah anda semua sampai di Johor Bahru awal pagi atau sebelum jam 1tengahari.Aktiviti pertama yang perlu anda lawati ialah ke "MASJID SULTAN ABU BAKAR" yang terletak 2 kilometer dari pusat bandaraya Johor Bahru.Selain menjalankan ibadah solat bagi yang muslim,anda juga boleh melihat sendiri senibina bangunan ini yang banyak berkonsepkan senibina Islam Moorish yang menggambarkan senibina Islam Afrika Utara dan sebahagian Sepanyol & Portugal.Bagi yang bukan Muslim anda tidak di benarkan masuk ke dalam Masjid ini yea.

Masjid Sultan Abu Bakar sekitar tahun 1906

Setelah puas menikmati keindahan senibina & bersolat di sini anda boleh meneruskan perjalanan ke Bangunan Sultan Ibrahim pula yang terletak di Bukit Timbalan (betul-betul di tengah-tengah pusat bandaraya Johor Bahru.Reka bentuk bangunannya yang unik serta kedudukkannya yang terletak di atas Bukit Timbalan memberi identiti tersendiri kepada bangunan bersejarah yang menjadi mercu tanya bagi Bandaraya Johor Bahru.Untuk pengetahuan semua,Bangunan Sultan Ibrahim ini adalah bangunan yang paling tertinggi di Johor Bahru pada era kemerdekaan sebelum ia di atasi oleh bangunan Merlin Tower yang di bina pada 1970.


  Ok dah puas berjalan di sini,petang-petang kita boleh lah ke Kota Iskandar yang terletak 20km dari Bandaraya Johor Bahru.Dengan melalui Lebuhraya pesisir pantai anda akan melihat sendiri keindahan Kota Iskandar iaitu bandar pentadbiran baru bagi Johor Bahru yang terletak di kawasan Nusajaya berhampiran dengan Legoland,Malaysia.Pastikan anda betul-betul berada di tengah-tengah Dataran Mahkota iaitu kawasan tanah lapang bagi melihat keseluruhan bangunan-bangunan di sekelilingnya.


Kurang 1km dari Kota Iskandar ini terletaknya Puteri Harbour.Pada saat blog ini di tulis bangunan tengah giat di bangunan berdekatan dengan komplek Puteri Harbour ini adalah Komplek Taman Tema tertutup Hello Kitty yang akan di buka pada 1November kelak.Kalau siapa yang datang sebelum tarikh ini hanya dapat tengok kapal-kapal layar mewah sahajalah di pelabuhan kapal Puteri Harbour ini.


Seterusnya perut pun dah lapar jom kita pergi makan kat medan selera Anjung yang terletak 5km dari Puteri Harbour ini.Kat sini anda boleh membeli belah di Mydin Mart sambil lepak makan malam di pelbagai gerai makanan yang di sediakan di dalam medan selera ini

Malam pulak bolehlah anda ke BAZAR JB atau lebih di kenali oleh masyarakat Johor Bahru dengan nama BAZAR KARAT.Konsepnya seperti pasar malam,cuma barangan yang di jual kebanyakkan t-shirt,baju,barangan cenderamata,assesori telefon bimbit dan pelbagai barangan antik, keperluan remaja serta banyak lagi. 

Kalau anda tiba di Johor Bahru pada hari Jumaat,Sabtu atau Ahad,anda boleh lah menaiki Kapal di Jetti Danga Bay menyusuri Selat Johor pada waktu malam.Kalau tak silap kapal ini bertolak jam 8malam.RM10 seorang tanpa makan Malam dan RM50seorang siap dengan makan malam di dalam kapal ini

Ok,hari pun dah malam,anda boleh tidur di hotel pilihan anda atau di rumah sahabat handai anda di Johor Bahru.Esok ada lagi tempat lain nak pergi kan??

 

HARI KE DUA

Pagi ini kalau tidak bersarapan di hotel,anda boleh lah bersarapan di Hutan Bandar Johor Bahru yang terletak 3km dari pusat Bandar JB.LAda medan selera yang menyajikan makanan sarapan pagi yang menyelerakan.Wajib cuma Lontong Kuah dan Lontong Kering yea.


Perut pun dah kenyang ayoh kita ke Taman Tema Legoland pulak yang terletak 15km dari Hutan Bandar ini.

Taman Tema Legoland pertama di Asia.Khas untuk pembaca blog saya ini,saya ada harga istimewa untuk anda.(lebih murah dari Online).Kalau nak tahu harganya, whatapp atau smskan saja ke no hp saya 0127709809

 Kat sini mestilah sehari suntuk.Malam baru keluar.Kalau dah lapar bolehlah menjamu selera di Medini Mall yang terletak bersebelahan dengan Legoland ini.Balik terus lepak tidur.


HARI KE TIGA 

 Kalau masih lagi berada di Johor Bahru,apa kata terus ke Tanjung Piai yang berada di Pontian sebelum pulang? Tak jauh,cuma 1jam 30minit sahaja dari Johor Bahru dan 1 Jam dari laluan keluar ke Tol Highway Skudai.Di sinilah terletaknya Penghujung Benua Asia.Kalau bertolak jam 9pagi,jam 2petang anda dah boleh pulang keluar dari Johor Bahru.Cerita tentang tempat ini ada pada blog yang saya tulis 3hari lepas.Leh semak informasi tentang tempat ini kat sini.

 Dah lawat kat sini baru lah boleh tamatkan lawatan di Johor Bahru.

Selamat pulang dengan selamat yea!!!!!


3 comments:

The Management said...

Salam,

I find ur blog just at the right time to visit JB this sept. I want to know more about the discounted legoland tix? please emel to me aess.auto@gmail.com or whatapps 0168795540. thank u

Lovely LoveIra said...

Really helpful blog to visit.. tq.. :)

Fathiyah Selamat said...

Salam encik.

Company sya nak buat trip ke LEGOLAND januari 2014.

Boleh emelkn sya detail untuk tiket LEGOLAND tu sbb kmi nk g LEGOLAND 2 hr.

Ni emel sya fathiyahselamat@yahoo.com.

Minta juga kalau2 encik tahu mne2 sykt bas yg menyediakan bas sewa untuk penumpang lbh krg 20 org ke Johor dr KL.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget