Monday, September 3, 2012

Jom ke Legoland Malaysia


Tengah aku duduk-duduk kat rumah tetiba dapat sms dari Nik,mengajak aku ke Taman Tema terbaru di Asia iaitu "Legoland" ada tiket percuma katanya.Suami Nik iaitu Fuad berkerja di IRDA jadi dia ada lebihan 2tiket percuma untuk acara tertutup tersebut atas jemputan khas sahaja.

Untuk pengetahuan semua,taman tema ini akan di buka secara rasminya pada 15September dan aku adalah di kalangan orang yang bertuah mendapat jemputan khas sebelum merasmian tersebut.

Tepat jam 830pagi aku , abang Yunus dan Nik keluarga bersarapan pagi dahulu di Habib Nusa Bistari.Dari sana kami bertolak menaiki kereta abang Yunus terus ke taman tema ini.

Taman tema ini adalah yang pertama di Asia dan ianya taman tema berstatus "ANTARABANGSA - INTERNATIONAL" .Tarafnya setanding dengan Universal Studio Singapura,Japan & Disneyland Hongkong,USA dan Japan jadi sudah pasti harga tiket masuknya lebih mahal dari taman-taman tema yang lain di Malaysia.

Inilah tiket di atas jemputan khas semalam.Ada 7tiket kesemuanya.Teruja sangat bila berada di luar pintu masuk Legoland.Maklumlah yang pertama di Malaysia dan yang bertuahnya di Johor.

 

Masuk sahaja,ada papan tanda di setiap simpang dan jalan,terdapat juga risalah peta yang di berikan percuma di pintu masuk utama.

 

Masuk sahaja kami dah teruja dengan binaan-binaan bangunan Lego yang telah mereka bina di sini.Di bawah ini adalah bangunan-bangunan Lego yang di bina mengikut bentuk bangunan di Johor Bahru,KL dan negara-negara Asia.Cantik kan.....? teruja ? ada banyak lagi yang akan saya tunjukkan di bawah nanti.Tapi sebelum nak jalan dan lihat lebih jauh,saya nasihatkan anda semua bawaklah payung atau pakailah topi.Bukan apa,cuaca di sini sangatlah panas,atau boleh di katakan teramat panas.

   


  

Ini adalah kawasan "LEGO KINGDOM" terdapat roller coaster terbesar di sini,tapi pada hari itu tidak dibuka lagi sebab masih dalam ujian.Tetapi tak perlu risau sebab ada roller coaster yang sedikit kecil di buka untuk permainan tersebut.Terdapat juga kota dan istana di bina ala zaman dahulu.

  
 
 

Ini pula kawasan "LAND OF ADVANTURE" .Ada permainan lazer,kerusi turun naik dan pelbagai mainan khas untuk kanak-kanak.Sangat mengujakan bagi kanak-kanak dan orang dewasa.




 Yang ini pulak Lego City.Ada permainan bomba yang masa kanak-kanak dan ibu bapa boleh menjadi ahli bomba memadam kebakaran.Terdapat juga sekolah memandu dan lapangan memandu bagi yang sudah mendapat lesen.

 
 

 Ini pula adalah kawasan "LEGO TECHIC".Permainan di sini penuh dengan kejutan dan keseronokkan.Terdapat permainan air dan kereta pecut di sini.Ada juga di sediakan kelas menbina sendiri kenderaan permainan mengunakan Lego.

 

   Ok,yang ini pulak Zon "IMAGINATION".Kat sini ada pawagam 4D dan permainan-permainan yang penuh dengan imiginasi kanak-kanak.


  Dah penat berjalan pasti lapar dan ingin membeli barangan untuk di jadikan cenderahati kan?

Kat sini ada banyak restauran antarabangsa dan tempatan di sediakan.Kedai cenderahati juga banyak di sini.

 

Ok kat sini pulak bagi sesiapa yang sukakan permainan air ada juga di sediakan.

 Nak belajar bawak bot pun ada sekolah yang akan mengajar kanak-kanak.Orang dewasa juga boleh mengambil bahagian bersama-sama anak-anak

 

Yang ini belum bukak lagi.Masih di dalam status ujian.Tak tahu bila pulak diaorang akan bukak.Tapi kalau bukak pasti aku yang pertama nak mencubanya.


Hari itu juga di berikan potongan harga bagi sesiapa yang mahu membeli Pas tahunan (boleh masuk tiap-tiap hari kalau nak).Harganya RM195 hanya sah pada hari itu sahaja dan pada mereka yang di jemput khas.Tu pun masih ada yang nak mintak diskaun RM5 (sebab dia dengar orang yang datang semalam bayar hanya RM190 ajer).Dah tu nak amik gambar siap tanya ada sikat ke tak,kalau ada baju kot pun dia nak pinjam katernya...Macam-macam kerenahkan nak layan pelanggan macam ini kan,Sabar je lah

Saya dah buat,anda bila lagi??


 Tak lama lagi kat sebelah taman tema ini akan di buka komplek membeli belah bertaraf antarabangsa juga.Mungkin pada bulan hadapan siap kot.Makin meriahlah nampaknya nanti.Dengar-dengar khidmat bas awam juga akan masuk ke sini.(tapi kena bayar lah,takkan semua nak percuma je kan)




3 comments:

Anonymous said...

alamak fuad ni jiran aku. kalo tak bole mintak tiket free heheheh

RioAzzaro said...

wakaka...kitaorang dah dpt dulu bro...heee

Suhailah Nor Asim said...

Salam... Boleh menginap di Sufie Homestay Johor di Mutiara Rini. Hanya 20 min shj ke Legoland. Layari blog kami http://sufiebiz.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget