Saturday, September 15, 2012

Berumah Terbuka Di Flora Ville

 Inilah dia nama jalan untuk ke rumah terbuka aku hari ini.Kawasan perumahan baru untuk kediaman pasangan Abang Mork & Akak Nor sekeluarga.Cantik juga kawasan ini,tenang je suasanaya,tetapi tidak setenang hati seorang kawan aku tu yang nak marah jek dari pagi sampai tengahari.hehe.

Janji pada awalnya nak jumpa dan berkumpul jam 2petang,tetapi akhirnya sepakat "datang lah pukul brapa nnak datang pada petang tu".

 

Keluarga Kak Rovitalah yang pertama tiba dahulu di rumah Abang Mork ini.Dia yang pada mulanya janji nak datang lewat sedikit,tetapi akhirnya dia yang paling awal datang.

Aku tiba 30minit kemudian setelah selesai dengan urusan peribadi aku.Kak Rovita pulak tak leh duduk lama-lama sebab dia nak ke Nong Chik untuk mengubat tangan anak dia yang terselih jatuh kemudian nak ke gereja untuk sembahyang.Jadi tak sempat lah nak amik gambar beramai-ramai.

Azie & Olie sekeluarga pula tiba pada jam 3petang.Mereka pun tak sempat nak datang jam 2petang seperti yang dirancangan awal di Facebook tempoh hari. Sempat lagi beraksi di gambar-gambar lama milik tuan rumah.

Antara menu utama tuan rumah ini,Nasi Beriani berlaukkan kari dalca,ayam masak merah kueh-mueh tersedia dan buah-buahan sebagai mencuci mulut.

 

Nik,Fuad dan kelaurga tiba jam 330petang.Orang yang tak bersarapan pagi dan janji nak datang jam 2petang pulak tiba jam 4petang (ada saudara datang rumah katernya-tak boleh tinggalkan sebab sedara dia,kalau sedara orang lain takpe).Ika,Anwar & "Baby Rara" pulak tiba kemudiannya di ikuti oleh keluarga Kak Ros dan Abang Mat yang paling tercorot pada petang.Tak jumpa nama jalan guna GPRS katernya.Betul kata orang tua-tua kita dulu,malu bertanya sesat jalan.Nie gara-gara tak mau bertanyalah nie.hehehe

Bila semua dah datang barulah mood nak makan banyak tu ada...(makan je lah kejanya)

 Cot cot kendung,kendung menari-nari,bila perut dah kenyang sesi bergosip dunia artis pun bermula lah.Gigih yea.

 

Ini adalah ahli baru dalam kumpulan kitaorang.Nama dia manja dia "Rara".Lena sangat dia sejak tiba sampailah nak balik.Maklumlah rumah baru.

Makanan berat dah habis makan,kueh raya pulak menjadi habuan kami.sukalah tu semua tunjuk tangan tanda pendamaian.

 

  Yang ini pulak sesi bergambar dalam rumah yang seperti berada di London (katernya)

 Sesi di luar rumah pulak menyaksikan aksi tenang dan tenteram

Aksi bertukar ganas apabila sesi berkepak dan bertukar menjadi Voltron mula bercantum.Dengan kehebatan bulan akan menghukummu......SailorMoon Bertukarr!!!!!! (silap karton pulak)

Tak cukup dengan dalam rumah dan luar rumah....tengah-tengah jalan pun jadikkkkkkkkkkkkk......Power Rengersss bertukarrrrr!!!!!!!!  (sapa lah nak pilih jadi kaki,kepala,tangan,badan tu yea)

 

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget