Masih lagi dari mood bercuti.Hari ini kita ke Taman Rekreasi Sungai Rambah yang terletak 5km dari Bandar Pontian.Tenang bila berada di sini , boleh hirup udara sedar dan menenangkan fikiran.
Tenang ke tu? hahaha
Melayan perasaan nampaknya 3beranak dan 2sekawan nie...
Tak berapa jauh dari pantai Rambah ada sebuah Muzium Bugis.Dahulunya ia sebuah rumah tetapi telah di bangunkan oleh kerajaan negeri ke bangunan yang lebih selasa di sini.Jom kita belajar sejarah Bugis di Johor dan lihat apa yang ada di dalam.
Banyak koleksi barangan lama di simpan di sini antaranya koleksi pingan mangkok lama , duit lama , peralatan dapur , senjata , pakaian , majalah , naskah-naskah buku lama , keratan akbar , barangan tembaga dan banyak lagi.
Sebahagian besar barangan koleksi di muzium ini milik peribadi Pak Abdullah Ahmad.(gambar kanan).Banyak lah RA dengar cerita dari mulut orang lama ini tentang sejarah Bugis di Johor.
Koleksi senjata dan barangan tembaga yang di simpan di almari
Memang susah nak dapat dah lagi barangan tembaga nie.Kalau ada pun zaman arwah datuk nenek kita yang punya.
Gambus , seterika arang dan beberapa peralatan dapur yang juga terdapat di sini.
Ini pula antara majalan lama & keratan iklan di akbar sekitar zaman 60 hingga 80an.Kebanyakkan mengambarkan wanita seksi yang hampir separuh bogel.Kenapa di paparkan di muzium ini? Pak Abdullah mempunyai ceritanya sendiri.
Menurut Pak Abdullah keratan dan majalah-majalah ini di simpan untuk anak cucunya agar di jadikan pengajaran di masa depan.Majalah dan keratan-keratan iklan ini di siarkan dalam bahasa Melayu tetapi rata-rata modelnya berbangsa Tionghua dan ada yang dari luar negara berpakaian separuh bogel.Bila ia di terbitkan dalam bahasa Melayu pastinya untuk pasaran orang Melayu kan?
Orang Melayu dahulunya di sajikan dengan terbitan-terbitan sampah ini bagi meracuni pemikiran dan pastinya penerbit mahu mendapat keuntungan dari terbitan tersebut.Jadi anda dah paham apa maksud yang nak di sampaikan oleh Pak Abdullah kan kan...?
Mesin gotah dan mesin taip lama pun ada nie.
Lesung batu dengan lesung giling pun ado.Dah kak oii jangan nak mengiling pulak kat situ.
Gambar nenek tua berambut putih ini mempunyai 1001 makna.Kata Pak Abdullah , gambar ini menceritakan tentang seorang ibu yang dari muda menjaga anak sehinggalah tua sampai berambut putih pun dipaksa menjaga cucu.(hamba moden).Yang di dalam aquarium ini pulak adalah batu terapung yang tidak tenggelam.Pelik kan?
Koleksi berharga dan termahal di muzium ini pastilah cawan pada zaman Emperor Jepun ini.Berusia lebih dari 200tahun ini mempunyai gambar Maharani Jepun di dalam cawannya.Di anggarkan ianya sekarang berharga lebih dari 10ribu ringgit secawan.
Satu set koleksi pinggan dan cawan Maharani Jepun.Banyak - banyak terima kasih kepada Pak Abdullah di atas keterangan yang di berikan semasa kami memasuki muzium ini.RA dan rakan-rakan meminta diri untuk ke destinasi yang lain pula.
Destinasi yang lain? apa lagi pergi cari makan tengahari lah.Perut dah lapar nie.Terpikir pulak kat Restoran Selera Tradisi Katering di Bandar Pontian tu.Wah hari ini kita sambut hari rayalah yea...hahaha.Kat sini ada jual Ketupat , Lepat Loi dan Burasak tau.
Nak makan Burasak kenalah makan dengan Asam Pedas Ikan Parang baru kawwwww.Alhamdulillah terima kasih Kak Laila belanja kami makan.Destinasi seterusnya ke Pasar Karat Rengit pulak.
tapi kita singgah di pasar sungai Rengit sekejap untuk beli ikan-ikan dan udang sedar yang baru tiba dari Selat Melaka yea.Haa tengok tu dah pun beli.....
Pasar Karat Rengit tak berapa jauh pun dari Pasar tu tadi.Kat sini ada jual pelbagai barangan-barangan lusuh , terpakai dan ada juga yang masih baru.Radio kecil yang RA pegang ini berharga RM60.RA cuba juga menawar RM40,tapi pemilik kedai cuma boleh letak harga RM50 jek.Ukiran patung gajah dari kayu jati pun ado.
Nak beli kayu golf terpakai pun ada nie.Boleh lah untuk yang baru nak belajar kan.Anak patung Mr Bean pun ada jual jugak hehe.
Oh yang air dalam botol gambar kiri tu memang lagend.Dulu masa kanak-kanak banyak di jual di kantin-kantin skolah dan kedai mamak.Botol arak pun ada nie kalau nak beli pastikan di samak dulu yea.
Basikal jangan cakap lah...ada pelbagai jenis basikal lama di jual di sini.Semua masih boleh di pakai lagi.Barangan perhiasan dinding pun ada.
Paling banyak ialah barangan elektronik terpakai.Antaranya mesin basuh , TV , radio , kipas angin , pengisar lada yang macam-macam lah.Harga boleh runding sampai jadi dengan peniaga.Jika berminat mintak je kurang jangan malu-malu untuk tawar menawar.Dah jom balik hari dah nak hujan nanti sampai umah dah malam pulak.Jam 5petang kami pun bergerak pulang.Tamat lawatan untuk hari ini hehe.
No comments:
Post a Comment