Sunday, December 16, 2018

Ke Kota Singa kiter

 Haii...Pagi nie RA bersama-sama dengan keluarga kawan baik RA iaitu Kak Rovita ke Zoo Singapore dan River Safari.Nak bawak bakal menanti dia sekali jalan-jalan kat Singapura katanya jadi mintak tolong RA sebab mereka tak berapa mahir dengan jalan-jalan kat sini.
 RA ok je...asalkan tak payah bayar tiket masuk dah le.Kami pun semua masuk ke Zoo dan River Safari mengunakan tiket percuma yang Kak Rovita dapat dari rakanya.Lama juga tak masuk Zoo Singapore nie terakhir RA masuk dua tahun lepas kot.
 Untuk pengetahuan semua Zoo Singapore adalah salah satu antara 10 zoo terbaik di dunia.Inilah dia Lemur yang macam dalam filem Madagascar tu.RA dengar ada pelancong dari Jepun dok jerit-jerit panggil binatang nie 'SEQUEK"...hahaha..pelik betul lah orang Jepun nie.
 Selain Sequek...haha...Kat sini ada juga spesis monyet paling kecil di dunia.Badan dia berwarna kuning yea.
 Kelawar sebesar nie rasanya kalau terbang waktu malam mau lintang pukang orang lari.Zoo Singapore mempunyai beberapa spesis binatang yang antaranya hampir pupus.Ada Babi Rusa,Kanggaro,Harimau dan Singa Albino (Putih).Badak Sumbu , Zirafah , Gajah , Harimau Bengal , Orang Utan , Kambing Gurun,Buaya Jejulong dan macam-macam lagi lah.
 Zoo Singapore dan River Safari adalah bersebelahan sahaja.Tapi dua tempat ini nak masuk mengunakan tiket yang berbeza dan berlainan harganya.Wah ikan patin kat belakang tu kalau tangkap dan goreng mesti kenyang tu.
 Di River Safari mereka meletakkan spesis-spesis ikan air tawar dari seluruh sungai utama di dunia.Ikan patin gergasi nie diaorang dapat di Sungai Mekong katanya...entah-entah kat Sungai Pahang hehehe.Yang bawah tu pulak Ikan Pirana dari Lembah Sungai Amazon.
 Kat sini juga ada di letakkan Beruang Panda dan Panda Merah.Yang comel nie Panda Merah lah hehe.Beruang Panda masa RA datang dia tengah tidur dalam gelung.Jadi tak dapat ambik gambarnya.
 Zoo dan River Safari Singapore di bina berhampiran dengan Hutan Simpan dan kolam takungan air terbesar di Mandai Singapura.Jadi bila anda masuk ke dua tempat ini seperti berada di dalam habitat asal binatang-binatang ini.
 Mereka bina tempat ini seperti persis anda berada di hutan dan sungai Amazon tau.Bot kat belakang tu kalau nak naik kena bayar tambahan SGD5 dan mereka akan bawa anda pusing-pusing sekitar sungai Mandai ini.
 Kami makan tengahari di Murtabak Singapura kat Jalan Sultan.Kemudian membeli belah di Bugis Street.Jam 7malam kami bergerak ke Merlion Park untuk menikmati suasana dan lampu neon di sini.
 Tuuu dia satu keluarga bergambar.RA lah jadi juru fotonya hehehe.
 Di hadapan Merlion sebelum kami bertolak ke Garden By The Bay untuk melihat lampu-lampu krismas di sana.
 Perrgh meriah sungguh Garden By The Bay dengan hiasan lampu-lampu semperna krismas yang bakal menjelang seminggu je lagi.
 Kawasan nie agak besar yea,jadi pastikan anda tidak berpisah dengan keluarga anda.Kalau nak cari nanti susah pulak sebab talian talifun tiada rooming.
Kami mengambil gambar kenangan di sini sebelum pulang ke Johor Bahru sebab masing-masing dah penat dar siang tadi dok berjalan hehe.Terima kasih Kak rovita dan Abang Champin belaja makan tengahari dan malam tadi...Harap korang semua gembira berada di Singapura.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....