Saturday, December 22, 2018

Cuci mata sempena Krismas

 Cuti Krismas cuma tinggal beberapa hari je lagi.Kawan RA dari KL katanya nak datang bercuti di Singapura jadi cadangannya nak ajak RA sekali bawa mereka masuk tunjukkan jalan.Sebenarnya RA nak bawa masuk kereta RA ke sini tapi bila memandangkan cuti hujung minggu pasti ramai orang jadi kami semua menaiki pengangkutan awam je lah gamaknya.Tengok tu sampai tertidur kawan RA dalam bas sebab kepenatan.Mereka nie bermalam di hotel Mercure kat Stevens Road tu.
 Cantik juga ruang legar lobi hotel ini.Ada pengangkutan percuma ke Orchard Road lagi.
 Apa pun sebelum meneruskan perjalanan baik kami semua makan tengahari di Restoran Hjh.Maimunah dulu.Perut dah lapar sangat sebab sampai dah pukul 2petang tu.Nasib baik lauk pauk masih ada lagi.
 Sebenarnya taklah ke mana sangat.RA nak cari baju dan minyak wangi di Orchard Road.Maklumlah sekarang ini ada jualan murah sempena sambutan hari Krismas.Jualan murah kat Singapura nie memang terbaiklah.Harga barang-barang memang diaorang jual murah potongan diskaun sehingga 90% tau.
 Inilah keadaan di Orchard road tiap kali nak dekat Krismas.Watu malam di sepanjang jalan nie pasti berwarna warni dek lampu-lampu perhiasan.Tahun nie katanya lebih kepada warna biru dan merah.
 Kat sini selalunya peniaga memperkenalkan barangan keluaran baru bagi tahun ini.Ada persembahan jalanan dan juga cabuan bertuah.Payung kuning tu selalunya jual aiskrim pelbagai perisa yang disalut biskut atau roti dengan harga S$1. 
 Laluan paling sibuk di Orchard Road ialah di hadapan Lucky Plaza.Kat sini dah macam Mini Filipina sebab ramai pekerja-pekarja Filipina berkumpul dan melepak di sini.
 Tak dapat main salji dapat bergambar dengan pokok krismas buatan pun jadi ler hahaha.
Inilah dia geng kaki jalan RA kat Singapura.Malam menjelma tibalah masanya untuk RA pulang ke Jb dan mereka ini akan bermalam di Kota Singa.Nak balik senang je sebab ada bas dari Scotts Road terus ke Johor Bahru.Nasib baiklah tiada ke sesakkan di kastam dan imigrasen mana nak balik.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....