Hujung minggu datang lagi...Hari nie nak pergi luar sikit dari JB.RA nak ke Kluang untuk bersarapan di Kluang RailCoffee.Merancang pun di saat-saat akhir atas pelawaan Abang Mad yang nak amik bininya Kak Ros balik lepas abis Maraton di Kluang tengahari nanti.Jadi sementara menunggu Kak Ros habis dia ajak kami bersarapan merankap makan tengahari di sini.
Lama tak makan di sini.Menu istimewanya pastilah roti bakar dan Kopi Rail Kluang.
Jam 11pagi dah sampai tapi di lot rumah kedai cawangan ke 2 Kluang RailCoffee.Fuhh,ramai sungguh orang hari ini.Kami kena tunggu dekat 20minit untuk dapat tempat meja makan.Abang Mad cakap kalau ke kedai utama mereka di Station keretapi lagilah ramai dan susah nak dapat tempat letak kereta.Puas makan di sini kami ke Kluang Mall jalan-jalan cuci mata.Tak beli apa-apa pun cuma lepak-lepak minum kemudian meneruskan perjalanan ke Air Baloi di Pontian.Nak tengok Ladang Nenas dan Tebu di Kampung Batu Hampar katanya.hehehe
Nak ke Ladang nenas nie senang je.Dari Lebuhraya Utara Selatan ikut keluar di Tol Sedenak.Dari situ anda akan jumpa simpang 3.Satu ke Ayer Baloi Pontian dan satu lagi ke Kulai.Amik simpang kiri ke Pontian dan terus sahaja sampai anda nampak pintu gerbang ini.Di sinilah terletaknnya Ladang Nenas Kampung Batu Hampar.
Hati-hati meletak kenderaan di bahu jalan.Pastikan tidak menghalang lalu lintas dan berada di luar jalan raya sebab banyak lori yang lalu lalang di sini.
Tengok...saujana mata memandang.Abaikan budak bertopeng itu.
Di akhir ladang nenas ini ada ladang tebu pulak.Haa boleh juga bergambar di sini ala-ala macam dalam filem seram "Children Of The Corn" tu.
Jangan pulak pergi petik jagung kat situ.Kalau nak amik pun amik yang dah jatuh kat tanah atau yang dah busuk.Kalau betul-betul nak yang kat atas pokok tu baik jumpa dengan pemilik ladang dan beli dengan dia.
Sesekali melaram di ladang Jagung apa salahnya kan kan....Topeng hanya pinjaman.
Betul tak RA cakap kat sini cantik dan tak perlu ke luar negara kalau nak bergambar.
ladang nenas kat sini memang luas.Saujana mata memandang.Korang boleh lah cuba ke sini dan merasainya sendiri.
RA memang nak promosikan tempat ini kalau korang nak viral kan pun boleh.Biar satu Johor , satu Malaysia tahu.
Dah puas di ladang nenas tak akan sah jika tak ke gerai menjualnya.Ada banyak pelbagai pilihan nenas di gerai berhampiran.Boleh beli buat jus dan bawa balik.
Selain nenas ada juga ubi kayu , pisang dan beberapa lagi buah tempatan mengikut musim yang di jual di sini.Jadi ingat nenas ingat Kampung Batu Hampar.
No comments:
Post a Comment