Tekak hari ni tetiba nak merasa makan Mee Rebus & kacan Pool lak pulak.Jadi kedai yang dalam satu bumbung menjual menu ini ialah di Selera Johor Larkin.Terletak di Plaza Larkin bersebelahan dengan Terminal Bas Larkin ini terdapat pelbagai masakan kegemaran Johor di dalam satu bumbung.Antaranya Rojak Asma , Kacang Pool Haji , Mee Rebus Stulang Laut , Murtabak Kampung Melayu , Laksa Johor , Nasi Ayam Hainan , Goreng Pisang dan macam-macam lagi lah.
Pertemuan di buat bersama geng-geng kaki rewang memakan jam 230petang.Asam Pedas Johor pilihan Kak Ros dan Abang Mad.Tapi kenapa yea kepala ikannya agak keras? Ermm mesti dah lama masuk dalam peti sejuk tu.Peniaga sepatutnya merebus kepala ikan ini sepaya kasi lebih lembut.
Inilah Mee Rebus yang di idam-idamkan RA.Mee Rebus Stulang Istimewa.Harga RM8 sepinggan.
Ada udang , kerak-kerak keropok dan Cendawan goreng di tabur...yum-yum sedapppp...yok makan yokkkkk
Murtabak Kampung Melayu ni pun sedap.Tapi itu pilihan Kak Cik Nini.Menu kedua pilihan RA pastinya Kacang Pool Haji.Harga RM6.Lama dah tak pekena,jom makan....
Perut pun dah kenyang dan dah terlanjur ada di sekitar bandaraya nie apa kata kita masuk Zoo Johor.Ala bukan selalu pun kan.Lagi pun Zoo Johor antara Zoo yang termurah di Malaysia.Harga RM2.00 Dewasa dan RM1 Kanak-kanak.Alhamdulillah kami tiba jam 415petang di sini dan Zoo masih di buka sehingga jam 6petang.
Ada sepasang Harimau Sumatra di sini.Saiz agak besar juga tu.Apa yang RA suka di Zoo Johor ini walaupun dia tak sebesar Zoo-zoo yang lain di luar sana tetapi kami dapat melihat haiwan-haiwan liar ini dangan lebih dekat.
Koleksi Singa paling banyak di sini.Di anggarkan ada sekitar 6-7ekor singa betina dengan 2ekor Singa Jantan.Beruang madu pun ada , tapi tak sempat pulak RA nak amik gambar dia.
Bersebelahan dengan Kandang Harimau dan Singa ada kandang seladang.Wah kuat dan sihat betul seladang ni.Tengok je otot-otot sasa dia di kaki-kakinya.Kalau rimau makan nie mau seminggu kekenyangan.
2ekor unta bersedia untuk di berikan makanan.Anda boleh beli sayur di kaunter dan beri makan pada unta - unta ini.Memang bau unta kuat weyyy....
Ada koleksi burung enggang. dan pelbagai lagi burung yang jarang kita lihat.Entah burung berkepala biru nie RA pun lupa nama dia.
Ada Burung Unta , Badak Air , Baboon , Buaya , Ular Burma , landak , monyet squerral , Rakun dan macam-macam lagi lah.Bukan budak-budak je jakun,mak-mak budak pun turut berjakun bersama.hehe.
Nak duduk atas kura-kura hidup takut jadi duduk lah atas kura-kura batu.Oh yea kat sini ada siamang dan Kura-kura gergasi juga tau.Tapi masa kami tiba dia bersembunyi dalam sarang dia.
Anak-anak angkat Kak Ros yang di kuruang.Tulah nakal sangat curi makanan kat dapur hehe.
Sepasang Badak Air dan gajah bersama anaknya, yang depan tengah tersengih tu anak orang hahaha.
Betul tak RA cakap mak budak pun jakun tengok burung unta.Yang sebelah tu nak bergambar dengan luar takut jadi bergambar kat patung ular je lah.Kalau betul nak bergambar dengan ular bolehlah cuba bergambar dengan Ular Albino hidup dengan harga RM5.Jam 520petang kami segera pulang sebab hujan dah mulai turun.Nie kalau lambat balik harus lecun mandi hujan.Jadi pastikan anda singgah ke Zoo Johor yang sudah berwajah baru ini.Pastinya berbaloi dan sesuai untuk sekeluarga.Datang lahhhhhhh...