Pagi ini cuaca sangatlah bagus.Sambil berjalan kaki menuju ke station keretapi RA melalui Jambatan Chapel yang terkenal di Luzern ini.Jambatan ini dahulunya pernah terbakar dan masih ternampak kesan-kesan beberapa kayu yang hanyus hingga sekarang.
Cantik tak? sangat-sangat tenang dengan suhu waktu ketika ini ialah 2'C.Dari tempat penginapan kami ke station bas cuma 15minit berjalan kaki.Selain dapat beriadah sambil berjalan RA dapat menikmati pemandangan pagi yang indah di sini.
Ini adalah Menara Chappel,menurut cerita pada zaman dulu,tempat ini adalah tempat mereka mengurung dan menyeksa pesalah.Ok selesai di jambatan Chappel RA terus menuju ke station keretapi menunggu En Sori sekeluarga dan Naema tiba.
Sementara menanti mereka tiba RA ke kedai menjual kek dan roti iaitu kedai Bachmann.Roti-roti kat sini memang sumpah sangatlah sedap.Harga pun tak lah berapa mahal dan RA beli lebih untuk makan sepanjang perjalanan hari ini.Perjalanan kami hari ini agak jauh dan banyak tempat untuk di lawati.Kami mahu ke Lauterbrunen melalui Interlaken.Kemudian menukar naik keretapi Golden pass ke Gstaad sebelum ke destinasi akhir ke Bern.
Pemandangan tasek yang RA ambil dari keretapi kami.
Ini adalah station Brienz yang tidak berapa jauh dari Interlaken.Perjalanan dari Luzern ke Interlaken mengambil masa 1jam setengah.Dari Interlaken kami menukar keretapi lama untuk ke Lauterbrunen.
Di belakang ini adalah keretapi lama yang di gunakan antara Interlaken dengan Lauterbrunen..Jika anda ingin membuang air besar jangan terperanjat segala buangan akan jatuh di landasan keretapi haha.Ok perjalanan dari Interlaken ke Lauterbrunen mengambil masa 30minit.Saat ini rintik-rintik salji mula turun perlahan-lahan.Main salji lagi la nampaknya kami.
Di belakang ini adalah keretapi lama yang di gunakan antara Interlaken dengan Lauterbrunen..Jika anda ingin membuang air besar jangan terperanjat segala buangan akan jatuh di landasan keretapi haha.Ok perjalanan dari Interlaken ke Lauterbrunen mengambil masa 30minit.Saat ini rintik-rintik salji mula turun perlahan-lahan.Main salji lagi la nampaknya kami.
Lauterbrunen terletak di celah-celah lembah pergunungan.Di sini terdapat air terjun yang sangat cantik.Pemandangan perkampungan di sini juga amat menjanjikan.Kenderaan dan pengunjung pun tak ramai sebab kebanyakkan pengunjung terus naik ke Murren atau Wengen.Jika naik ke sana alamat tak sempat lah nanti nak ke Gstaad dan Bern pulak.
Sejam di berikan masa untuk kami bergambar di sini.
Sungguh indah ciptaan tuhan.2tahun lepas RA ke sini tetapi penuh dengan salji yang turun agak lebat.Jadi pemandangan tidaklah nampak sangat.
Wah adik Adi (anak Encik Sori) bergaya yea di hadapan kamera.Dah macam model untuk baju sejuk pulak.
Nampak tak air terjun kat belakang tu.Kalau bulan Disember dan Januari air terjun kat belakang tu akan membeku,
Sesekali berpeleseran dengan kamera hahaha.
Perkampungan Lauterbrunen ini tidak sebesar mana pun.Di sini ada beberapa kafe dan resort yang boleh di sewa pada kadar yang agak mahal (sekitar CHF200-250 sebilik)
Kebanyakkan kedai di sini tutup jam 1tengahari.Jadi tak banyak yang kami dapat tengok dan beli.Hanya pemandangan alam yang mengasikkan.Gambar : Antara deretan kedai di sini,
Unik-unik kan bangunan di sini.
Macam biasa , "Luaskan Kuasa Mu Johor"
Lagi gambar Adi bergaya ala-ala model sambilan.
Suhu ketika ini mulai turun ke 1'c dan kelihatan salji mulai turun.Ke destinasi seterusnya kami iaitu Gstaad.Kata Naema Gstaad ini adalah sebuah perkampungan kecil yang terletak 2jam setengah perjalanan keretapi dari Interlaken.Perkampungan ini adalah tumpuan jutawa-jutawan dunia untuk bermain ski dan senibina bangunan di Gstaad ini kalau musim sejuk kelihatan seperti perkampungan Santa Clause.
Perjalanan di teruskan ke Gstaad yang terletak di kawasan pergunungan.Salji kelihatan bila keretapi menaiki banjaran-banjaran gunung Apls.Sesekali kelihatan kucing dan anjing melompat-lompat di atas salji.
Masa inilah makanan yang kami beli di station Luzern kami habiskan di dalam keretapi.
Gambar-gambar ini semuanya di ambil dari keretapi yang melalui pergunungan swiss.
Dan lagi...
Dan lagi....
Adi oh Adi,nangis model-model kat Malaysia tak leh cari makan bila tengok gambar kamu ini.hahaha
Bertukar menaiki keretaapi Golden Pass ke Gstaad.Saat ini tidak ramai orang di dalam keretaapi.
Warna keretapi ini emas sesuai dengan namanya.
Kami semakin menghampir Perkampungan Gstaad.Ada sebuah lapangan terbang persendirian di sini,menandakan perkampungan ini sangat-sangat eklusif.
Selamat tiba di Gstaad salji pun turun dengan lebat.Macam menyambut kehadiran kami.
Selamat tiba di Gstaad salji pun turun dengan lebat.Macam menyambut kehadiran kami.
Gstaad,memang sesuai dengan namanya.Betul kata Naema perkampungan ini kelihatan seperti perkampungan Santa Clause.Jangan terperanjat butik LV pun ada di sini yea.
Salji makin lebat di hadapan butik LV.
Butik Bach Sign pun ada.
Gstaad pusat informasi.
Butik Rolex dan Patek Philippe pun ada.Gambar bawah kereta api mewah yang membawa pelancong ke sini.
Suasana di Gstaad saat salji turun yang sempat RA rakam.
Tak tahan sejuk kami ke restoran berdekatan untuk menikmati secangkir coklat panas.Kat luar tu salji makin galak dan lebat turun.Keluarga Encik Sori pun turut sama berehat minum di sini.
Jangan terperanjat jika anda nampak Butik kereta Buggati Veron di sini.Kat Zurich (bandar utama Swiss) pun takde butik Buggati yea.Hari ini puas kami main salji di sini.Dah puas main salji dan bergambar,kami bersiap pulang menuju ke Bern pulak.Ibu kota Switzerland.
Berhampiran station keretapi api Gstaad ini ada mesin kios yang menjual manisan Gstaad di dalam botol.Harga sekitar CHF9.00.
Berhampiran station keretapi api Gstaad ini ada mesin kios yang menjual manisan Gstaad di dalam botol.Harga sekitar CHF9.00.
Memandangkan kami tiba Bern sudah jam 6petang dan hari sudah gelap.Keluarga Encik Sori mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan tanpa berhenti di Bern.Jadi cuma RA,Danny dan Daus sahaja menjelajah ke sini.Kat sini RA ada teman yang sudah menanti kami di station keretapi.Helmi rakan baik RA berbesar hati menjemput kami makan malam di rumahnya.Mee Bandung menanti kami di rumah Helmi.Dia yang masak sendiri.Sesudah makan Helmi membawa kami jalan-jalan pusing bandar Bern.Jam besar Bern ini sangat-sangat legend dan masih tak berubah seperti dua tahun lepas RA ke sini.
Dapatlah amik beberapa gambar di sini.
Waktu malam yang agak sunyi di Old Town Bern.
Beberapa bangunan-bangunan lama di Bern Old Town.
Sebelum pulang Helmi belaja RA minum kopi di salah sebuah kafe berhampiran station keretapi.Terima kasih Helmi melayan RA dan rakan-rakan RA ini.Kami pulang ke Luzern menaiki keretaapi jam 9malam.Esok lawatan ke tempat lain di teruskan...Esok Helmi akan mengikuti lawatan kami seterusnya
Waktu malam yang agak sunyi di Old Town Bern.
Beberapa bangunan-bangunan lama di Bern Old Town.
Sebelum pulang Helmi belaja RA minum kopi di salah sebuah kafe berhampiran station keretapi.Terima kasih Helmi melayan RA dan rakan-rakan RA ini.Kami pulang ke Luzern menaiki keretaapi jam 9malam.Esok lawatan ke tempat lain di teruskan...Esok Helmi akan mengikuti lawatan kami seterusnya
No comments:
Post a Comment