Hari terakhir RA di Switzerland.Pagi ini RA bertolak pagi dengan bag galas untuk ke Milan.Perjalanan terus ini mengunakan keretapi Italia Rail dari Luzern ke Milan yang mengambil masa 4jam.Keretapinya agak sedikit moden dengan dekorasi dan tempat duduk yang lebih selesa untuk perjalanan jauh.Seperti biasa perjalanan melalui banjaran gunung Apls Swiss , terowong dan akhirnya memasuki Itali.
Jam 1Petang RA tiba di Station keretapi Milano Centrale.Memandangkan hotel terletak cuma 800meter dari station kami menapak sahaja ke hotel.Beginilah keadaan di dalam station Milano Centrale.Penuh dan sesak dengan pelancong dan rakyat tempatan.Kota Milan mendapat jolokkan nama sebagai kota fesyen.Rata-rata penduduk di sini samaada miskin atau kaya sangat-sangat menitik beratkan penampilan diri dan fesyen terkini.Dari hujung rambut sampailah hujung kaki.Biar mereka berhutang janji bergaya.
Dari luar station , masih mengekalkan bentuk asal bangunan lamanya.RA menuju ke tempat penginapan kami iaitu Hotel Club untuk daftar masuk.Setelah mendapat kunci bilik dan beristirehat sebentar serta solat jamak,kami melakukan lawatan ke Istana Sforza.
RA menaiki Metro dari Milan Centrale ke Station Cairoli iaitu station metro paling hampir dengan Istana Sforza.Menjajau juga mula-mula nak beli tiket metro ini.Setelah bertanya dengan penjaga pintu metro dia menuruh RA membeli tiket Metro Urban yang boleh di pakai di sekitar Zone 1 pada harga 1.30 Euro sehala.Taraaaaa...sampai pun di hadapan Istana Sforza.
Binaan Istana beserta kubu di hadapanya menyamput kehadiran RA.Senibina di sini kearah sedikit Meditranian dan Portugis sedikit.Kota ini di bina pada tahun 1360 hingga 1499.Pernah menjadi kubu semasa peperangan dengan Perancis dan Portugis dan juga penempatan tentera semasa perang dunia ke 2.

Sempat bergambar di hadapan pancutan air dan pintu masuk utama Istana ini.
Di sepanjang tembok ini di gali parit yang penuh dengan air diluarnya.Ini bagi menghalang kota ini dari di cerobohi oleh musuh.Semasa RA berjalan masuk terdapat beberapa pemuzik jalanan dan gerai-gerai cenderahati yang menanti kehadiran pelancong.
Ini bahagian dalam halaman Istana yang sangat klasik.RA suka senibina bangunan ini,nampak utuh walaupun dah bertahun di bina.
Sedikit papan informasi menerangkan perihal Istana dan kubu ini.
Sebelah pula gambar pemimpin Nepolian yang pernah menduduki istana ini.
Ini adalah lapisan kedua di perkarangan Istana.Nampak tak? Senibinanya macam ada unsur-unsur senibina Islam kan,?.RA rasa mesti tentera Islam dulu pernah menakluki Istana ini tetapi mereka saja melenyapkan sejarah itu dengan mengatakan tentera eropah.
Ini di bahagian belakang Istana.Ada sebuah taman ala kebun bunga Istana di belakangnya.
Ini di bahagian belakang Istana.Ada sebuah taman ala kebun bunga Istana di belakangnya.
Ok RA masuk semula ke kawasan Istana ini kerana mahu pulang ke station metro untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke station Duomo,untuk ke Mall paling terkemuka di dunia iaitu "Galleria Vittorio Emanuelle"
Ini antara pengangkutan tram yang terdapat di Milan semasa RA mahu bergerak ke station seterusnya.
Ini antara pengangkutan tram yang terdapat di Milan semasa RA mahu bergerak ke station seterusnya.
Dua tugu yang berbeza di tempat yang berbeza.Tugu yang pertama terletak berhampiran Istana Sforza manakala yang lagi satu terletak di hadapan Gereja Duomo.
Akhirnya tiba di salah sebuah mercu tanda Milan iaitu Duomo Of Milan.Gereja besar ini adalah yang ke3 terbesar di dunia dan binaannya menjangkau 500tahun.
Nampak tak kereta polis mereka? Mereka guna Alfa Romeo yea.
Bersebelahan gereja ini terletaknya pusat membeli belah yang paling terkenal di dunia,iaitu Galleria Vittorio Emanuel II.
Pusat membeli belah ini juga antara paling tertua di dunia dan merupakan pusat fesyen bagi Milan.Pusat membeli belah ini di buka pada tahun 1877 dengan mengambil sempena nama raja pertama Itali iaitu Raja Victor Emmanuel II.
Ok kat dalam ini ada pelbagai jenama mewah terkenal di jual antaranya LV , Versace , Dior , Fendi , Coach ,Gucci,MK, MiuMiu , Hermes, Giorgio Armani dan banyak lagi lah.

Dari luar sampai ke dalam bangunannya sangatlah eklusif dan mewah.Memang sesuailah dengan barangan yang di jual di sini.
Prada antara jenama terkenal yang di jual di sini.
Dari dinding ke bumbung kemudian lantainya semuanya di reka dengan penuh kemewahan.Ada beberapa pintu masuk ke pusat membeli belah ini.Yang RA amik gambar ini adalah di bahagian timur tepinya.
Jika anda keluar dari pintu timur anda pasti akan nampak restoran Mcdonald dan restoran aiskerim yang amat lah sedap dan terkenal di sini iaitu Restoran "Cioccolat Italiani".Nampak tak Aisrem ini? sedap sesedap gambarnya.Harganya boleh tahan mahal iaitu Euro4.50 = RM21.00
Pekerja-pekerja kat sini cantik-cantik sebab pakai solek walaupun hanya bekerja di restoran.Gambar menunjukkan beberapa jenis aiskrem popular yang mereka jual di sini.Rata-rata berharga sekitar 5euro.
Yummy sangat-sangat lazat.Makan pulak masa cuaca kat luar tu sejuk,Perrghhh...
Dah puas makan aiskrem,dah puas jalan RA dan Danny berehat sebentar di luar Galleria ini.Berhampiran tempat kami duduk mereka ada membina tugu Leonardo De Vinci.
Nak membeli belah di dalam Galleria tak mampu jadi RA membeli-belah di luar Galleria.Terdapat pelbagai butik mampu beli yang RA singgah.Antaranya H&M , Zara (RA banyak beli minyak wangi kat sini) , Terranova, Guess dan beberapa lagi yang sempat RA singgah.
Bila perut yang keroncong kami mencari kedai makan untuk makan malam.Terjumpa kedai pizza nie,menu yang mereka jual tidak lah melebihi 20euro.Jadi RA dan rakan-rakan singgah makan di sini.
Menu pasta udang yang RA minta.Danny amik Pizza dan Daus makan Spegetti.
Menu pasta udang yang RA minta.Danny amik Pizza dan Daus makan Spegetti.
Keluar dari kedai makan nampak gerai bergerak tepi jalan yang menjual Donat.Macam sedap,tu yang singgah beli.Harga 2euro sahaja.
Antara minyak wangi Zara yang sempat RA sambar masa membeli belah tadi.Gambar sebelah suasana kedai makan malam yang kami singgah.
Rasanya bila semua barang dah dapat dan dah puas berjalan,RA pulang ke hotel.Club Hotel in bertaraf 3bintang dan sangat selesa untuk RA bertiga.Selamat Malam,esok RA nak ke Venice,Jadi tunggu laporan dari sana.

No comments:
Post a Comment