Lawatan hari ini adalah ke Lugano dan Fox Town.Dua kawasan ini terletak berhampiran dengan sempadan Italy dan perjalanan mengambil masa 3jam ke selatan dari Luzern
Sepanjang perjalanan dapat RA rakamkan bentuk muka bumi di sebelah Selatan Swiss.
Melalui beberapa banjaran gunung Apls sambil menikmati indahnya ciptaan tuhan.Ini pula kawasan perkampungan yang belum di liputi salji kerana berada di tanah rendah
Sesekali keretapi melalui terowong-terowong di bawah gunung dan melintasi banjaran yang di lupiti salji.
Akhirnya tiba di station Lugano.Dari sini RA menukar keretapi ke station Mendrisio iaitu station paling hampir dengan Fox Town.
Perjalanan dari Lugano ke Mendrisio mengambil masa 35minit dan melalui tepi tasek yang bersempadanan dengan Italy.
Akhirnya tiba ke station Mendrisio yang di tunggu-tunggu.
Ini adalah station terbaru yang baru setahun di siapkan.Jarak station ini ke Foxtown kurang 800meter dan cuma 15minit berjalan kaki.Tetap bergambar dahulu yeaa.
Ok dah pun tiba di FoxTown.Kalau kat Malaysia tempat ini ala-ala Johor Premium Outlet.Mall yang menjual pelbagai barangan berjenama dengan potongan harga sehingga 70%.
Oh jangan risau dalam mall ini ada wifi percuma.Cuma daftar email anda kemudian dah boleh menceceh dalam telefun bimbit atau berhubung dengan masing-masing jika hilang tak berjumpa.
Tempat ini memang untuk kaki "shopping".Memang murah,RA sendiri terjebak membeli kasut Versace ini.Cuma berharga CHF80 sekitar RM350.00 sahaja.Kat Malaysia mau RM900 lebih.
Mulanya nak berada di sini untuk setengah hari sahaja.Tetapi bila masing-masing dah jumpa apa yang hendak,terus di sini sampai jam 6petang.Jadi tak sempat lah nak melawat ke bandar Lugano.
Rata-rata kasut-kasut berjenama kat sini harga sekitar CHF50-80 sahaja.Coach yang ini pulak CHF39 jek.Jadi memandangkan hari ini hari terakhir di Swiss memang kami membeli belah sakan jugaklah.Jam 9Malam kami tiba di Luzern dan beristirehat.Sekejap je rasanya kat Swiss.Esok meneruskan perjalanan ke Milan,Italy....
Rata-rata kasut-kasut berjenama kat sini harga sekitar CHF50-80 sahaja.Coach yang ini pulak CHF39 jek.Jadi memandangkan hari ini hari terakhir di Swiss memang kami membeli belah sakan jugaklah.Jam 9Malam kami tiba di Luzern dan beristirehat.Sekejap je rasanya kat Swiss.Esok meneruskan perjalanan ke Milan,Italy....
No comments:
Post a Comment