Setelah menempuh penerbangan hampir 20jam (kalau penerbangan lain cuma 15jam je) akhirnya RA tiba di kota Zurich jam 245petang.En Sori dan keluarganya telah lama tiba dan menanti kami di balai ketibaan.Kami terus menuju ke kanter bawah untuk membeli tiket keretapi ke Luzern.Perjalanan dari lapangan terbang Zurich ke Luzern mengambil masa sejam setengah sahaja.Selain kepenatan di dalam pesawat kami mengalami gangguan ritma harian atau lebih di kenali dengan "JET LAG".Setibanya di Luzern kami keluar station untuk menaiki bas untuk ke tempat penginapan.En Sori dan keluarganya bermalam di Ibis Styles Hotel (kira-kira 800meter dari station keretapi),Manakala RA dan rakan-rakan bermalam di rumah Naema.
Walaupun hujan turun agak lebat menyambut ketibaan kami di Luzern.Tapi ini tidak menghalang keterujaan Danny dan Daus untuk bergambar dalam kebasahan.
Bagi Danny, Daus dan keluarga En Sori ini adalahlah pengalaman pertama mereka di sini.Setelah urusan daftar masuk keluarga En Sori di hotel selesai kami ke Pasaraya COOP yang berhampiran dengan station keretapi untuk membeli stok makanan selama 5hari.hehe
Banyak sungguh jenama Cheese dan Cheedar di jual di sini.Stok makanan yang RA beli termasuklah Beras dan makanan beku.Naema pelawa kami makan di rumahnya.Tiba di rumah Naema dah pukul 7malam.Malam ini katanya nak masak pizza Salmon. musim sejuk tiba jam 530petang dah gelap di sini.
Sesi suai kenal Daus & Danny dengan Naema dan Mirco di adakan selepas makan malam kami selesai.Jam 9malam RA dah tidur,Jumpa esok sebab kami akan ke Gunung Titlis main salji.
No comments:
Post a Comment