Kota Petra adalah salah satu dari 7keajaiban dunia dan telah di daftarkan oleh UNISCO sebagai tapak warisan dunia.Kota ini juga di namakan "THE LOST CITY OF PETRA" dan juga "A ROSE - RED CITY".Kota ini pernah ditinggalkan dan di jumpai semula oleh seorang pengembara dari Switzerland yang bernama Johann Ludwig Burchardt juga di kenali sebagai Ibrahim Bin Abdullah pada tahun 1812.
Ok bagi yang ingin ke sini RA ada beberapa tip berguna untuk di pakai semasa melawat di sini :
1.Harga tiket masuk untuk pelancong asing adalah JOD50 (tanpa pemandu pelancong)
2.Harga tiket masuk untuk penduduk Jordan cuma JOD1 sahaja.
3.Jika anda ke Jordan mengunakan penerbangan Turkish Airlines,sila tunjukkan "boarding pass" semasa membeli tiket dan anda akan menerima 15% diskaun (tak pasti sampai bila promosi ini tamat)
4.Pastikan anda mengambil risalah peta Bandar lama Petra di hadapan pintu masuk Petra.Ini bagi memastikan anda mengikuti laluan yang di cadangkan di dalam peta tersebut mengikut kemampuan anda,kerana Petra ini sangatlah luas.(1 hari berjalan belum tentu dapat lihat semuanya)
5.Selepas pintu masuk pemeriksaan tiket ada beberapa penjaga kuda yang akan menghampiri anda untuk menawarkan menaiki kuda mereka secara percuma.Pastikan anda tidak menaiki kuda tersebut, sebab mereka akan meminta tip untuk diri mereka.
6.Bawa payung dan jangan memakai jaket.Cuaca tengahari di Petra ini sangat lah panas yea.
7.Bawa air mineral yang di beli dari luar.Ianya lebih murah RM2.50 (JOD 40-50sen).Bila anda masuk sahaja di perkarangan kaunter tiket dan di dalam Petra, kedai-kedai di sana akan menjual air mineral dengan harga RM6-12 (JOD1 - 2) sebotol.
SELAMAT BERCUTI
No comments:
Post a Comment