Wednesday, November 30, 2016

MBO KSL CITY BERWAJAH BARU

MBO CINEMAS MEMPERSEMBAHKAN
MBO KSL CITY REBORN!

Penyerta SING! China pusingan akhir Jeryl Lee
menerajui garisan penghibur dalam acara 
pembuka tirai untuk panggung wayang diubahsuai

MBO Cinemas yang kini pengendali pawagam dengan lokasi yang paling pelbagai di Malaysia dengan bangganya mengumumkan secara rasmi pawagam baru diubahsuai di KSL City.

Dengan pembukaan pertama pada tahun 2010, pawagam ini telah dengan cepat menjadi lokasi utama MBO di Negeri Johor dengan 8 dewan dan 1,378 tempat duduk. Bersesuaian dengan slogan "Membawa Kecerian Berdekatan Anda" dan sebagai penghargaan kepada pelanggan setia, cawangan MBO Cinemas KSL City yang diubahsuai kini menawarkan susun atur lebih canggih, ruang lebih terbuka di lobi untuk tetamu menunggu dan perkhidmatan kaunter juga dipertingkatkan.

Ini termasuk outlet baru F & B Cafecito dan juga konsesi lagi besar yang menawarkan popcorn lazat MBO Cinemas dan suasana penyaman udara lebih berprestasi di kawasan lobi.

Pengalaman rasa syiok diserlahkan lagi dalam dewan dengan tempat duduk ubahsuai ala kulit hitam, panel elektrik, pendawaian dan juga kemudahan tandas baru.

Ini adalah pawagam kedua diubahsuai dengan konsep yang baru selepas MBO The Spring, Kuching dan dalam perancangan seterusnya ialah MBO Setapak Sentral dan MBO Subang Parade yang akan siap sebelum Tahun Baru Cina 2017.

MBO Cinemas juga teruja dengan pembukaan pawagam baru berikut pada tahun 2017 untuk memperkenalkan MBO Starling, Damansara Uptown, Elements Melaka, AEON BIG Farlim Ipoh, Kuantan City Mall dan Atria Shopping Mall, Petaling Jaya.

Peserta acara MBO KSL Reborn selanjutnya terpesona dengan finalis SING! China, Jeryl Lee, 16, yang telah menerima sambutan hangat baru-baru ini.
MBO CINEMA DIRECTOR OF MARKETING En Cheah Chun Wai memberikan pandangan dan penerangan tentang pengalaman yang mengujakan di KSL City Cinema.
"Street Dance" dari kumpulan Katoon Network menghiburkan dengan skill yang bertenaga dan gerak kaki yang lincah dengan menampilkan watak adiwira dan penjahat.
MBO Cinema Director of Operation.Mariam Yazmin El-Bacha berkongsi cerita tentang pawagan yang baru di renovasi dan kemudahan-kemudahan baru serta yang di pertingkatkan di KSL City.
Saat yang di tunggu-tunggu : PELANCARAN RASMI "KSL CITY REBORN"
Mariam (tiga dari kanan) bersama wakil tertinggi dari KSL City & MBO Cinemas
Xiao Wei Wei , penyanyi cantik yang mendapat perhatian ramai.
 Penyanyi dan pemuzik berbakat Ayandha Number menghiburkan peminat
Lautan manusia yang mengambil gambar dan video dari peserta akhir SING! CHINA Jeryl Lee.
Detik gembira peminat dapat ber"wefie" bersama Jeryl Lee

Tip dan cadangan semasa melawat Petra

 Kota Petra adalah salah satu dari 7keajaiban dunia dan telah di daftarkan oleh UNISCO sebagai tapak warisan dunia.Kota ini juga di namakan "THE LOST CITY OF PETRA" dan juga "A ROSE - RED CITY".Kota ini pernah ditinggalkan dan di jumpai semula oleh seorang pengembara dari Switzerland yang bernama Johann Ludwig Burchardt juga di kenali sebagai Ibrahim Bin Abdullah pada tahun 1812.
Ok bagi yang ingin ke sini RA ada beberapa tip berguna untuk di pakai semasa melawat di sini :
1.Harga tiket masuk untuk pelancong asing adalah JOD50 (tanpa pemandu pelancong)
2.Harga tiket masuk untuk penduduk Jordan cuma JOD1 sahaja.
3.Jika anda ke Jordan mengunakan penerbangan Turkish Airlines,sila tunjukkan "boarding pass" semasa membeli tiket dan anda akan menerima 15% diskaun (tak pasti sampai bila promosi ini tamat)
4.Pastikan anda mengambil risalah peta Bandar lama Petra di hadapan pintu masuk Petra.Ini bagi memastikan anda mengikuti laluan yang di cadangkan di dalam peta tersebut mengikut kemampuan anda,kerana Petra ini sangatlah luas.(1 hari berjalan belum tentu dapat lihat semuanya) 
5.Selepas pintu masuk pemeriksaan tiket ada beberapa penjaga kuda yang akan menghampiri anda untuk menawarkan menaiki kuda mereka secara percuma.Pastikan anda tidak menaiki kuda tersebut, sebab mereka akan meminta tip untuk diri mereka.
6.Bawa payung dan jangan memakai jaket.Cuaca tengahari di Petra ini sangat lah panas yea.
7.Bawa air mineral yang di beli dari luar.Ianya lebih murah RM2.50 (JOD 40-50sen).Bila anda masuk sahaja di perkarangan kaunter tiket dan di dalam Petra, kedai-kedai di sana akan menjual air mineral dengan harga RM6-12 (JOD1 - 2) sebotol.
SELAMAT BERCUTI

Tuesday, November 22, 2016

Pakej Ground Switzerland Musim Salju

Musim Salju di Swiss 

(Disember 2016 - Mac 2017)

Alami Percutian Exclusive melihat Switzerland dengan lebih dekat dan terperinci dengan lawatan mengunakan Keretapi , Kapal Laut (boat) , Kereta Kabel dan Tram.
1.Pilih tarikh anda sendiri 
2.Hantarkan nama penuh beserta no passport/Tarikh lahir /Tarikh luput passport dan email anda.
3.Hantarkan maklumat penerbangan anda (masa/tarikh tiba dan flight no)
4.Pengesahan tempahan
5.Bayaran.
HUBUNGI 0127709809-ADAM/NAZ

Saturday, November 19, 2016

JJNM Dapur Warisan

J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN
DAPUR WARISAN
DI KOMPLEK SULTAN ABU BAKAR (Dulunya Bangunan Mawar)

 Ok malam minggu ini tersangat lah lapang jadi RA menjengah ke salah satu restoran yang sekarang dah jadi buah mulut orang Johor kerana menyajikan masakan-masakan traditional Melayu.RA dapat tahu pun daripada facebook.Mula menjajau jugak nak mencari Bangunan Komplek Sultan Abu Bakar ini,rupa-rupanya ia adalah bangunan Mawar (nama asal komplek ini sebelum di tukar nama ke Komplek Sultan Abu Bakar).
 Hidangan-hidangan di sini memang nostalgia sangat.Ada Pelbagai masak Lemak Cili Api , Asam Pedas , Nasi Ambeng , Gulai , Nasi Kerabu , Manisan dan beberapa kueh-kueh tradisional. 
 Malam ini menu pilihan RA pastinya Masak Lomak cili api Daging Salai.Set hidangan ini di sertakan dengan Air Sirap , Ulam-ulam dengan ikan bilis dan belacan , dan buah-buahan potong.Harga sangat berbaloi iaitu RM16.90 sahaja setiap set.
 Masak lemak ini di masak di mangkok claypot.Dagingnya pun banyak dan kuahnya sangat-sangat lazat seperti makan kat Negeri Sembilan pulak dah rasa.Benar-benar menjanjikan.
 Selain itu Nasi Ambeng bertulang makan untuk 4orang pun ada.Harga yang dulang nie kalau tak silap RA RM62.90.Memang banyak dah berbaloi dengan rasanya.
Asam pedas Johor jugak ada di sediakan.Harga tertakluk pada jenis Ikan yang anda minta.Suasana makan di sini sangat kozi dan tenteram.Konsep adalah restoran terbuka dan mempunyai halaman yang luas.Selalunya jika ada jamuan khas mereka akan adakan persembahan tarian di halaman depan restoran ini.Jia ada yanf mahu ke sini,pastikan anda tiba awal.(sebaiknya selepas solat Margrib)

Friday, November 18, 2016

Terima Kasih

 Hari ini RA rasa gembira sangar sebab dapat penghargaan dari pelanggan setia Riodenaz Enterprise yang baru-baru ini mengikuti lawatan ke Bandung.Terima kasih tidak terhingga buat En Alzan Mohd Yan , En Fizrie dan juga persatuan kakitangan MRSM Muar yang memberi kepercayaan keatas Riodenaz Enterprise menguruskan percutian mereka ke Bandung pada 17-21September yang lepas.Moga kita bertemu lagi di lawatan yang akan datang.Terima kasih banyak-banyak

Segalanya Tentang Rio Azzaro

Gambar-gambar di bawah ini adalah sebahagian dari Jurnal Perjalanan RA, Persahabatan dan aktiviti mengisi perut RA.























Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....