(J.J.N.M) JALAN-JALAN NAK MAKAN
CUPCHAI CAFE & RES - BANDAR BARU UDA
Salam semua,maaflah lama tak kuarkan cerita akhir-akhir ini.Bukan apa masa cuti sekolah sibuk dengan urusan kerja.Tapi hari ini nak kongsi tempat makan yang baru di buka di Bandar Baru Uda.Kedainya terletak di belakang Jakel Jalan Padi Emas di pusat perniagaan Uda.
Terlewat sedikit tiba di sini sebab baru pulang dari Batu Pahat melawat ayah di rumah akak.Kafe ini berkonsep layan diri.Tulis menu yang hendak di list makanan di atas meja.Kemudian ke kaunter bayaran dan jelaskan apa yang anda mahu.Pesanan makanan akan dipanggil oleh pekerja setelah semuanya siap di masak.
Menu wajib cuba di sini ialah mee rebus , kacang pool , Nasi ambang berjemaah (makan sedulang) , ABC special , Bandung special & juga spegetti.Opss yang pelekat peti sejuk tu hadiah dari orang yang baru balik bercuti dari Australia dan Penang dan bukannya dapat percuma dari kedai ini yea.
Memandangkan ramai yang datang hari ini,makan banyaklah yang kami makan juga....Menu di sini nampak biasa-biasa je tapi sedap yea..terutama sekalu Kacang Poolnya.memang terbaik.
Spegetti ini bukan RA yang pilih....ini semua si Olie dan Azie punya.Dia orang obersea nakkkk
Sempatlah juga jamah mee rebus kat sini.RA boleh bagi 3/5 sebab kuahnya belum memnuhi standard 5/5 RA.
Inilah pandangan ruang dalam kedai makan.Kemas dan teratur.Cuma gambar ini je amik dari facebook diaorang
5 comments:
salam bro... kene order sndri cam old town eh? then pas mknan da siap kne amek sndri eh?
tulis order kt kertas..passkan kt kaunter bayaran...bila makanan dah siap dia akan panggil nama org yg order tu..dan bole amik
org tua payahlah mcm tu.
biasalah..kedai org muda muda katanya
Assalam bro.ade meja pnjg x.yg blh muat dlm 9 org
Post a Comment