Wednesday, January 8, 2014

Promosi Merah kembali di Kenny Rogers

Promosi R.E.D kembali lagi hari ini!!!!!

 

Kali terakhir promosi macam ini ada ialah pada Januari tahun lepas.Jadi inilah aktiviti makan-makan pertama RA untuk pembukaan tahun ini.Bertempat di Kenny Rogers Galleria @ Kotaraya Johor Bahru seramai 20orang geng mengeteh RA datang menyerbu di sini.Pakai baju merah,beli satu dapat 1 percuma!!! 

 

 Inilah dia menu utama kat sini.Pilihan sama ada nak Original @ Black Paper

Dan inilah dia suasana sunyi restoran sebelum RA dan rakan-rakan datang bertandang.Restoran tak pasang radio atau muzik langsung.Sepi sesepi-sepinya.Nanti kalau pihak pengurusan restoran ini baca blog RA boleh lah pertimbangkan letak bunyi-bunyian sikit kat restoran awak yea.Sepi tau.

Kalau nak tahu perbezaannya,inilah dia original (kiri) dengan black paper (kanan)

 Sorang dapat satu muffin,yang makaroni dengan nasi tu kira lain yea...hehehe

 Jam 745malam semua dah tertampilkan (wah ayat) diri di Galleria@Kotaraya.Nasib baiklah RA pilih makan kat sini.Orang tak ramai,siap boleh tempah meja lagi.Kalau makan kat Jusco Bukit Indah atau kat Plaza Angsana mesti kena beratur tunggu giliran orang abis makan sebab meja dan kerusi dah penuh.

 Macam kat sini datang terus duduk dan pilih menu selang 15minit makanan pun sampai.menjanjikan betul.Macam biasalah kan hari ini hari bekerja jadi ramai yang terlewat sikit sampai sebab nak amik anak-anak kat sekolah dulu.Tu bagi yang berkeluarga la,yang peliknya orang yang tak berkeluarga macam si Mai nie apa hal lak dia lambat sampai yea.

Wah Kak Rovita dan Nik gembira nampak dapat hadiah ulang tahun.Muka pun nampak berseri-seri macam baru balik dari London 5hareeyy...

Nie baru betul gambar amik dari hadapan nampak tak lah gemuk sangat kan kan kan..Baju merah RA tu jelah yang ada.Baju lama pulak tu dah hapir tak muat pakai tau.

 Haa seronoklah budak-budak ini dapat jumpa kawan-kawan lama dia.Nie kalau masuk sekolah darjah satu harus pening pala cikgu Rovita yea.

 Dengar-dengar masa makan tadi ada cadangan nak buat kalender sendiri...entah jadi ke tidak,nak buat kalender kena minimum 50-100 kot.kalau takau 10-20kalender boleh ke?.Apa pun jam 930malam RA dan yang lain-lain terpaksa berangkat pulang sebab esok anak-anak dan dewasa nak pergi sekolah/kerja.

 Selamat malam semua yea...Oh yeah lupa nak cakap harga sepinggan promosi ini adalah RM18.50.beli satu dapat satu percuma.Kira dalam RM9.25 seorang lah cam tu.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....