Selamat Pagi semua.Pagi ini RA nak jalan-jalan sekitar London.Walaupun kaki RA dah sakit-sakit,tapi terpaksa juga layan rakan-rakan blog dan diri sendiri untuk menyaksikan sendiri Kotaraya London yang menjanjikan seribu satu pengalaman.Dari Hotel RA bergerak ke Hyde Park.Taman rekreasi terbesar di London.Memandangkan RA datang London pada musim sejuk,hanya batang dan ranting-ranting pokok sahaja yang kelihatan.RA
RA cadangnya nak ke Istana Kensington tapi ahkirnya hanya dapat bergambar di hadapan sahaja sebab istana tu berpagar jauh.Tapi sebelum ke sana sempat juga RA bergambar di hadapan Albert Hall,tempat di mana Arwahyarham Sudirman & Siti Nurhaliza membuat konsert secara langsung di sini.Bangunan bulat berwarna merah ini cukup gah walaupun sudah berpuluh tahun pembinaannya.
Inilah dia pintu hadapan Istana Kensington & Royal Albert Hall.Tersengeh-sengeh nampak ?
RA dah tak larat nak ke stesen Tube yang agak jauh sedikit dari Albert
Hall,Jadi RA menaiki Bas sahaja untuk ke Trafalgar Square.Mula-mula
macam orang tak tahu jugak,tapi RA beranikan diri melihat informasi no
bas yang akan ke Trafalgar Square.Ternyata tidak lah begitu sukar dan
kosnya lebih murah dari Tube iaitu sekitar $1.50pound sehala.Tapi
sebaliknyaa RA tak ke Trafalgar Square pun sebab RA berhenti di Hard
Rock Cafe berhampiran Istana Backingham.Buat apa lagi membeli belah
t-shirt lah gamaknya.Harga sehelai t-shirt RA $26.90pound.
Singgah masuk sekejap ke taman istana Backingham sebelum terserempak dengan angkatan tentera berkuda diraja yang membuat raptai dan kemudiannya masuk ke istana.
Ok meneruskan lawatan mengunakan bas (mentang-mentang dah paham selok belok perkhidmatan bas) ke Trafalgar Square.Tak sangka selama 25tahun RA menjual Pakej London barilah ini kali pertama RA tiba di sini.Cukup terharu.Bersebelahan Trafalgar Square terdapat Galeri National yang menyimpan pelbagai lukisan dari serata Eropah.Masuk di sini adalah percuma dah terdapat beberapa lawatan sambil belajar yang di lakukan oleh penuntut-penuntut sekolah rendah di sekitar UK.
Sempat jugalah RA merakamkan gambar di hadapan Trafalgar Square dan di luar Galeri National.Semasa meneruskan perjalanan ke "Tower Bridge" atau lebih di kenali dengan nama "London Bridge" lensa RA tidak lekang merakamkan bangunan-bangunan indah di sepanjang jalan.Antaranya yang paling RA suka ialah bangunan "The Royal Court of Justice" (Mahkamah di raja)
Bangunan St Paul Cathedral dan tugu Naga juga sempat RA rakamkan sebelum ke destinasi seterusnya.
Inilah dia destinati idaman RA "London Bridge" atau lebih di kenali oleh orang London "Tower Bridge".Dulu masa kecik RA selalu amik buku dan poster London Bridge,RA gunting gambar RA dan lekatkan di sebelah poster jambatan ini.Lepas tu RA gunakan kamera dan rakamkan poster tu di lensa kamera.Kononnya nak tunjuk kat kawan-kawan sekolah rendah yang RA.Kelakarkan...Ini semua penangan lagu "London Bridge is Falling down".Apapun akhirnya RA dapat jugak melaksanakan impian sejak kecik RA untuk menjejakkan kaki di sini.Maklumlah nak belajar sampai ke sini tak pandai dan bukan anak orang kaya pun.
Selalu RA dapat tengok kat TV dan Filem je orang ke London Bridge,tapi hari ini impian RA terlaksana berkat kerja keras RA selama 2tahun mengumpul duit.Rasa macam tak mau balik je tapi di sebabkan cuaca semakin sejuk RA terpaksa jugak ke destinasi lain.Tu pun selepas RA rehat minum di Kafe Starbuck berhampiran .
1cawan Caremeal latte + roti sandwich berintikan telur dan mayonis yang harga $4.50pound.Dalam menghirup secangkir Caremel RA terserempak pulak dengan wajah yang selalu RA jumpa di JB.Laaa Raymond rupanya...dia pun ada kat London jugak? dia ikut rombongan pelancong Jepun katernya.Jadi kami pun minum di kedai yang sama sebelum berjanji untuk berjumpa kembali malam nanti di Malaysia Hall.
Ok destinasi seterusnya ialah ke Jam besar Big Ben dan bangunan Parliment British.Kalau ke London tak ke sini memang tak lengkaplah lawatan anda.Inilah salah satu mercu tanda London.Berdekatan dengan bangunan ini lah London Eyes, gondola terbesar di dunia dan West Minister Abey.
Posing macam nak rak depan Big Ben.Maklum lah datang sekali sekala.Dan tak tahu bila lagi akan ke sini.Jadi lepaskan alang-alang dah sampai tu.amik la banyak sikit posing.London
memang sangat dingin.Jam 5petang angin dah mula bercium kencang di
hadapan sungai sebelah Big Ben.RA dah yang lain-lain dah kesejukkan jadi
kami semua ke stesen Tube berhampiran nak pulang ke Bayswater Inn
Hotel
Sampai di hotel kami rehat sebentar sebelum keluar semula untuk makan malam di Malaysia Hall sebab dah janji nak jumpa si Raymond di sini.jaraknya cuma selang 700 meter je dari hotel RA.Merasalah juga makan nasi campur lauk Daging masak merah + Sayur + telur + teh tarik = $4.60pound.Murah lah jugak.Kat sini RA jumpa la beberapa rakyat Malaysia terutamakan pelajar-pelajar dan juga orang kita yang bekerja di London.Tapi semua nampaknya buat hal masing-masing.Dalam hati RA berkata 'Semangat Satu Malaysia' nampaknya masih tidak sampai di sini lagi.Pekerja-pekarja di Malaysia Hall ini pun tak peramah sangat.Letih sangat ke kak oi...hehe.
Lepas makan malam RA ke kedai cenderahati di sekitar stesen Tube berhampiran hotel.Yealah esok tengahari dah nak ke destinasi lain pulak kan.Jam 10malam RA dah pulang ke hotel dan bermalam.Jumpa pulak esok di destinasi yang lain pulak yea.
No comments:
Post a Comment