Tuesday, January 21, 2014

BLB : Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru

BLB :  BILA LENSA BERAKSI

MASJID SULTAN ABU BAKAR - JB

Inilah gambar lama Masjid Sultan Abu Bakar yang tersergam indah di atas bukit mengadap Selat Tebrau.Masjid yang secara rasminya di buka pada tahun 1900 oleh Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

 

Masjid ini di reka oleh 100% jurutera-jurutera Melayu bagi membuktikan kemampuan anak-anak tempatan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah danTimur Tengah pada hujung abad ke-19

 Lensa RA banyak tertumpu pada ke empat-empat menara masjid ini yang bagi RA cukup unik dan menarik.

 Ruang luar masjid yang baru di ubah suai ini menjadikan perkarangan masjid begitu indah dan sempurna.Ruang luar ini sesuai untuk di jadikan ruang makan dan ruang solat tambahan terutamanya ketiak solat Jumaat atau perayaan seperti Malidur rasul dan Awal Muharam

 Pemandangan mengadap laut dari atas bukit yang terletaknya masjid ini.

 Ruang tengah mengambil air sembahyang umpana taman bunga di perkarangan masjid.

Indah bukan? inilah salah satu tarikkan wajib lawat jika ke Johor Bahru.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....