Tuesday, January 28, 2014

Eifiel Tower Aku Jatuh Cintaaa

Wah kira lama jugak RA tidak berblog kali ini yea.Bukan apa sibuk dengan urusan kerja dan juga urusan persiapan untuk ke Europah.Yea...ke Eropah.Destinasi pertama RA ialah Paris.RA bertolak dari Lapangan Terbang Changi Singapura  jam 12tengah malam dan di janga tiba di Paris pada pukul 1225tengahhari.Penerbangan Emirates Airlines ini akan berhenti sejam di Colombo dan Dubai selama 2jam 30minit.Letih dan memenatkan itu yang dapat RA nyatakan.

Nasib baiklah Emirates Airlines ini mempunyai rangkaian tv dan filem terbaik.Terdapat lebih 300 filem dari seluruh dunia di tayangkan di skrin tv hadapan setiap penumpang.Filem Melayu Wawa Semput,Huq & KL Gengster 2 juga siap untuk pilihan penumpang.Terbaik kan? Berbaloi jika anda menghabiskan wang yang banyak untuk penerbangan Emirates.

 Ini pulak antara menu yang di sediakan oleh anak-anak kapal.Memang menyelerakan dan menjanjikan.Memandangkan penerbangan RA berhenti di Colombo jadi RA menerima 2 set makanan berat antaranya Nasi beriani kambing & Menu Ikan Salmon.Penerbangan :

SINGAPURA - COLOMBO - DUBAI - PARIS 

Bertukar pesawat di Dubai adalah pengalaman yang cukup meletihkan.Mana tak nya kami di kehendaki melalui kawalan ketat kastam dan polis di sini.Hinggakan kasut dan tali pinggang pun di kehendaki membuka dan di letakkan di mesin pengimbas.

Alhamdulillah jam 1225tengahhari 28Januari RA selamat tiba di Lapangan Terbang Charles De Gaulle.Rasa gembira sangat tak sabar nak tengok kotaraya Paris yang mendapat jolokkan Kota fesyen dunia.

Dari ini RA mendapatkan keretapi Metro yang terletak tidak jauh dari lapangan terbang dan bermula episod mengheret bag.RA tidak mempunyai wang kecil untuk membeli tiket di mesin jadi terpaksalah beratur untuk membeli tiket di kaunter.Harga tiket sehala dari stesen lapangan terbang ke stesen utama Gare De Nord berharga Euro 9.75sen kira-kira RM45.Hotel penginapan RA tidak berapa jauh dari stesen ini iaitu Hotel Champaine de Nord.Tiba ke di stesen ini RA jadi bingung sekejap.Sebab RA tak jumpa papan tanda "Exit".Kebanyakkan papan tanda bertulis "Sortie".Laa rupa-rupanya Sortie tu dalam bahasa French bermaksud Exit/Keluar lah...Dekat 10minit jugaklah mencari jalan nak keluar tak jumpa hehehe.Kelakarnya.Keluar je dari terminal Metro RA mencari hotel pulak.Ini pun lagi satu bingung sebab banyak sangat lorong-lorong kecil dan bersimpang di hadapan stesen,menjadikan RA sukar mencari lokasi sebenar hotel.Rakan-rakan yang mengikuti lawatan ini pula sudah lama tiba di hotel tapi RA tak sampai-sampai lagi.Nasib baik di atas pertolongan penduduk-penduduk Paris yang tidak sombong (walaupun mereka tidak tahu berbahasa Inggeris) akhirnya RA tiba di hotel setelah 45minit puas mencari.

Selepas berehat sekejap RA memulakan wisata RA dan tempat yang ingin di lihat adalah Eifiel Tower.Maklumlah selalu tengok dalam gambar,TV dan filem-filem je.Nak juga melihat dengan mata kepala RA sendiri.Keluar dari Hotel selang beberapa jarak jek dah dekat dengan stesen Metro yang paling hampir iaitu Gare De l'Est.Gare De l'Est dan Gare De Nord ini selang 500meter je rupanya.Ok destinasi RAdan rakan-rakan ialah Eifiel Tower dan stesen Metro paling hampir ialah Champ de Mars Tour Eifiel.

Hahaha,akhirnya hasrat tercapai jugak.RA dan beberapa rombongan tiba di sini.Rasa kagum yang tak terhingga melihat senibina bangunan ini di hadapan mata sendiri.

Cuaca di sini sangat sejuk iaitu sekitar 3'c.Dan kesejukkannya sampai ke tulang sumsum bila angin bertiup kenchang.Waktu RA tiba selang 15minit hujan pun turun tapi RA bertuah sebab semua gambar telah dapat di rakamkan.Dari sini RA berjalan kaki ke Arc de Triomphe atau lebih di kenali juga sebagai Paris Gate.Tidak memenatkan kerana kami gembira dengan cuaca sejuk di sini.

Dan akhirnya tiba juga di sini.RA tak naik pun sampai atas,sebab cuaca terlalu sejuk,takut tak tahan kesejukkan di atas tu.

 Dah penat RA pulang ke Hotel sebab hari pun dah malam dan cuaca semakin sejuk.Makan malam RA malam ini ialah Nasi Briyani Pakistan,ala tak jauh selang 3kedai je dari hotel RA.Harga Euro 8.90 setiap set dengan minuman ringan. Kita bersambung esok yea...sebab ada banyak lagi tempat yang akan RA tunjukkan di sini

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....