Seperti tahun-tahun yang sudah,1Januari adalah hari bekerja bagi Negeri Johor.Memandangkan hari ini tak terlalu sibuk,RA ikut pelawaan kawan RA masuk ke Singapura mengambil kakaknya di Lapangan Terbang Changi.Masuk seawal jam 630petang , jadi masa yang ada tu kami ke Marina Barage.Sebelum ke sana singgah beli Murtabak Singapura di Arab Street dan bawak makan di sini
Indah tak pemandangan dari tingkat atas Marina Barage nie? Dari sini kita dapat lihat seluruh kotaraya Singapura sambil menikmati makanan dengan tiupkan angin laut sepoi-sepoi.
Sambil-sambil tu dapatlah RA mencuba pakai kamera yang baru sahaja RA beli ini.Memang berpuas hati dan suka dengan kamera baru RA nie.Kecil,comel dan hasil gambar yang memuaskan
Dan ini lagi buat tatapan semua
Ini pulak dari aras bawah Marina Barage.Pancutan air dengan lampu berwarna warni di tengah-tengah mencantikkan lagi pemandangan di sini.
Memang santai kalau nak lepak di sini malam-malam.Bawak makanan dari rumah lepas tu bentang tikar kat rumput sambil menikmati memandangan indah.
Nah berkepak sikit.
Lama jugaklah RA kat sini dekat-dekat 2jam jugaklah
Jam 930malam dah bergerak ke Lapangan Terbang Changi untuk mengambil kakak kawan RA nie.Sempat jugaklah tangkap 3-4keping gambar buat tatapan.Cantik kan terminal diaorang?
No comments:
Post a Comment