Wednesday, January 29, 2014

Paris Menjeritttt

Ok dah pun pagi,hari ini banyak perancangan yang hendak di tuju.Selepas sahaja bersarapan di hotel dengan 2roti + secawan kopi dan jus oren lawatan di teruskan ke Flea Market.Ala Pasar terbuka lah.Dengan mengunakan 1day pass tiket Metro,RA menuju ke station "Porte De Vanves".Keluar sahaja kami terus mencari Flea Market yang berada berdekatan dengan station ini.Hasrat RA lebur kerana rupa-rupanya Flea Market hanya beroperasi setiap Sabtu & Ahad sahaja.Jadi untuk tidak membuang waktu RA menuju ke Station "St Michel Norte Dame" untuk ke salah satu tempat pelancongan terkenal di Paris iaitu "Norte Dame".Ala bangunan yang terkenal dengan filem " Hunchback of Notre Dame " tu.


Inilah dia pemandangan di sekitar Norte Dame.RA sempat membeli belah barangan cenderamata berdekatan dengan harga yang boleh tahan murah.Terdapat banyak kedai-kedai cenderamata di sini,tugas anda ialah mencari kedai yang menjual seberapa murah yang ada.

Norte Dame ini terletak bersebelahan dengan sungai.Jadi dapatlah RA menjamu mata dengan pemandangan indah di sini.

Nampak tak deretan kunci-kunci di sini? Inilah jambatan "Pont De Larcheveche" atau lebih di kenali dengan Jambatan perhubungan cinta.Di sebelah jambatan ini pasangan kekasih atau suami isteri akan membeli kunci dan memanggakannya di sini.Menandakan kasih sayang mereka akan kekal dan di kunci di sini.RA rasa ada dekat berjuta kot manga kunci di lekatkan di sini.

 Memang menjanjikan pemandangan di sini.Tenang,Romantik dan paling utama...sejukkkkkk.Masa sejuk-sejuk macam inilah perut cepat lapar.Jam dah pukul 1230tengahari masa untuk mencari kedai makan sebab dah tak tahan lapar.

RA lalu di kedai yang berhampiran Metro Station,jadi terjumpalah kedai makan ini yang menjual Set Makanan Halal milik warga Arab.Arab mana satu RA pun tak pasti,tapi ada tanda halal dan wifi percuma di luar kedai ini.Penting yea wifi percuma kerana di Paris segalanya kena bayar,termasuk wifi di Hotel.Sambil makan dapatlah RA bertanya khabar teman dan saudara di Malaysia.Menu pilihan RA ialah Lagsania berserta air coklat panas bagi menghangatkan badan yang dah naik sejuk ini.Walaupun RA ke sini dengan rakan-rakan blog,RA dapat lihat yang restoran ini cukup romantik.

Destinasi seterusnya selepas makan ialah ke Les Invalides.Iaitu sebuah bangunan yang menempatkan Muzium,Gereja,Hospital,Tuju,rumah buat warga veteren perang dan tempat pengebumian general perang terkenal Perancis iaitu Napolean Bonaparte.

Luasnya kawasan ini menjadikan ianya salah sebuah bangunan bersejarah di Perancis.Masa RA di sini ada pamiran kereta mewah di adakan.Tapi RA tak masuk pun sebab di kenakan bayaran 25euro= RM115.Mahal tu...

Tak jauh dari Les Invalides RA berjalan kaki menuju ke Eifiel Tower dan kali ini dari bahagian paling hadapan sekali iaitu di dataran Eifiel Tower tempat popular pengambaran beberapa filem dan drama Malaysia & Indonesia.RA lupa pulak nama banngunan yang menghadap Eifiel Tower ini sebab masa ini pen catatan perjalanan RA tetiba tak kuar dakwat.Sejuk sangat kot sampai membeku katernya.

Tangkapan dari kamera lensa RA di sekitar Eifiel Tower yang romantik.Waktu ini cuaca turun kepada 3'c dan setiap kali bersuara asap keluar dari mulut RA.

Berjalan dari hadapan hingga ke bahagian bawah dan belakang bangunan ini.Kemudian ke stesen Metro semalam sebelum menuju ke bangunan yang menyimpan Lukisan Mona Lisa iaitu Muzium Louvre.Muzium lukisan terbesar di dunia yang menyimpan pelbagai lukisan yang berharga berjuta-juta dollar.

Memandangkan Stesen Metro ke pintu utama Muzium ini di tutup,RA ke stesen Tuileries.Dari sini RA masuk dari bahagian belakang Muzium yang cukup luas dan indah seni binanya.

Bahagian hadapan dan belakang Louvre.Kat tengah-tengahnya pula ada taman dan pancutan air di kolam.

Bangunan ini RA betul-betul lupa namanya.Dia bentuk seperti Paris Gate.Maaf yea catatan tidak dapat di tulis sebab pen dakwat dah membeku.

Antara lawatan RA pada siang hari sekitar Paris.Bila malam menjelma RA pulang ke hotel untuk merehatkan kaki dan bersiap untuk lawatan malam pulak.

Lokasi malam pulak adalah di sekitar Hard Rock Cafe Paris.Maklumlah nak beli tempahan kawan-kawan yang berhajat nak membeli barangan di butik ini.RA pun nak jugak beli sepasang baju untuk di bawak balik ke Malaysia nanti.Apa lagi Kad Kreditlah jadi mangsanya.Ok selang 2perhentian Metro dari sini RA ke "La Fayette Mall".Tapi tidak bernasib baik sebab tempat membeli belah di sini tutup awal iaitu sekitar jam 9malam.Jadi RA pulang dengan hampa tetapi sempat jugak singgah di bangunan Paris Opera..

Esok kita akan sampung perjalanan RA ke London pulak dengan mengunakan keretapi paling laju di Eropah iaitu "Eurostar"

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....