Tuesday, February 26, 2013

Rombongan Chombi ke JB & Singapura


Salam semua,hujung minggu lepas adalah hujung minggu yang cukup sibuk buat RA kerana menjadi perancang perjalanan sekumpulan remaja comel dan chombi dari Penang yang mengambil pakej lawatan RA ke Johor Bahru & Singapura.Pelbagai persiapan telah RA tempah dan rancang agar percutian mereka menjadi percutian yang tidak dapat di lupakan.

 

Hari Pertama (Jumaat) setibanya mereka di Lapangan Terbang Senai,RA telah membawa mereka ke Johor Premium Outlet (JPO).Kemudian daftar masuk hotel.Jam 230petang RA telah membawa mereka ke Kota Iskandar,Puteri Harbour & Hello Kitty Indoor Park.Petangnya RA membawa pula mereka ke Masjid Sultan Abu Bakar seterusnya minum petang di Selera Johor Larkin.Malam pulak lawatan bersambung ke Pasar Karat.

 Hari kedua (Sabtu) pulak RA membawa mereka masuk ke Singapura melalui Tambak Johor kemudian ke Kampung Glam,Masjid Sultan dan Bugis Village.Seterusnya RA membawa mereka merasai menaiki MRT ke Orchard Road.Tengok tu banyak sungguh cenderahati yang di beli.Pulang semula ke Arab Street untuk makan tengahri Murtabak Singapura dan Nasi Beriani.Jam 3petang lawatan di teruskan ke Merlion sebelum di teruskan ke Lapangan Terbang Changi Terminal 3.Pulang ke JB dan tiba sekitar jam 7malam.

Hari Ke tiga (Ahad) pulak mereka di jemput menaiki bas persiaran untuk meneruskan lawatan ke Universal Studio Singapura pula.Seharian di sana sehingga pulang pada waktu malam.

 Hari ke empat,Hari ini (Isnin),lawatan mereka di teruskan ke Legoland pula.nasib baik tak tertinggal kapal terbang yea...seronok sangat di Legoland sampai terlupa nak balik Penang yea.....hehe

 Terima Kasih yea kerana memberi kepercayaan kepada RA untuk mengaturkan perjalanan lawatan anda.Moga berjumpa lagi....

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....