Saturday, February 2, 2013

Berulang Tahun Olie

Sebenarnya makan malam kali ini memang tidak di rancang pun.Lepas sahaja aktiviti di Gim kami ke sebelah restoran iaitu Breakfast at 7 untuk menjamu selera sambil meraikan ulang tahun kelahiran Olie.Makan kat sini memang banyak pilihan,dah harga ikut piawaian restoran lah kan.
Ini Nasi Goreng Mamak pilihan RA.Rasanya dah macam nasi beriani pulak

 Yang ini pulak Mee Kantonise pilihan Kak Ros,Mai,Nik dan Fuad.Sedap kuahnya.

Azie pulak makan Puri goreng kot kalau tak silap.Dia dah macam meroyan sikit malam ini maklumlah sambut hari jadi suami tercinta.

 Berjangkit pulak pada suaminya dan juga "BirthdayBoy".Makan Nasi Goreng Seafood pun macam-macam cara.

 Kueh Tiew Goreng yang paling banyak kalori di antara makanan pilihan abang Mork yang mementingkan kesihatan itow hehehe.

Mee Hoon Goreng ini pulak pilihan Kak Rovita dan anaknya.Wah marah sungguh dia malam itu dengan anak bongsunya yang nakal di sekolah petang tadi.Sabar yea Kak Rovita.

 

Muka-muka keriangan yang paling belakang sekali tu paling riang dari kanak-kanak Ribena yea

Kegembiraan ketara di wajah si Olie yang mendapat hadiah dari kami semua.Sambutan ulang tahun yang begitu mengejut dan tidak di rancang.

Habis riuh satu restoran,bila orang amik pesanan makanan hendak ulangi pesanan tersebut semua buat-buat tak dengar,ada tu sibuk bergelak sakan.Tapi bila di hantar makanan yang salah,masing-masing tak mau mengaku pesan makanan tersebut.Tak bagus yea macam itu.hehehe.Apapun terima kasih kepada Tuan Tanah (Olie) yang membelanja kami semua makan di sini pada malam itu.

 Doa dari RA moga di panjangkan umur , di murahkan rezeki , di berikan kesihatan hingga ke anak cucu.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....