Friday, February 8, 2013

JJTW : Husin,Mon dan Jin Pakai Toncit

J.J.T.W : JALAN - JALAN TENGOK WAYANG

HUSIN , MON & JIN PAKAI TONCIT 

 Filem yang di tunggu-tunggu telah tiba.Malam tadi sempat RA menjengah ke panggung wayang Cathay Cineplex di City Square Johor Bahru bagi menonton filem ini.Sambungan dari kesinambungan Hantu Kak Limah Balik Rumah.Kesemuanya 12tiket RA beli.

Tayangan bermula jam 920malam dan seperti biasa sesi bergambar semasa pra tonton memang wajib ada.Di majlis pra tonton itu juga (ceh pra tonton seh),RA dan yang lain-lain mendapat duit AngPow awal dari Kak Rovita bersempena Tahun Baru Cina tau.Yang dah kawin pergi duduk jauh-jauh yea,sebab angpow ini untuk yang belum berkhawin sahaja,hehe.

Wah berkepak-kepak bing bing betul yang berbaju merah itu mendapat angpow yea.Berbalik pada cerita wayang ini,jalan cerita Hantu Kak Limah 2 kali ini kurang bagus sedikit dari yang pertama.Tiada kejutan dan watak-watak baru di dalam filem ini tidak di kembangkan seperti mana dalam filem yang terdahulu.Di akhir jalan cerita juga kurang berkesan sebab RA rasa macam tengok games kat PlayStation pulak.Di harap Mamat Khalid dapat memperbaharui idea dan membaiki dalam filem seterusnya.

 Wah inilah barisan pemuda-pemudi harapan bangsa yang bersama RA dan yang lain-lain menonton filem ini.Masa ini masing-masing tengah menunggu pintu lift di buka untuk balik ke rumah.

 Ok semua nak tidur awal esok pagi-pagi nak jalan jauh.Selamat Malam....

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....