HARI KE 2 DI SAIGON
Pagi ini selepas solat subuh RA turun ke bawah lobi hotel untuk bersarapan pagi.Tapi akhirnya Abang Sani mengajak RA dan yang lain-lain makan sarapan di luar hotel.Di sebabkan hari ini adalah hari raya cina yang pertama,banyak kedai tutup.Di sekitar hotel RA terdapat banyak bunga-bunga di letakkan di luar kafe makan dan hotel.Terdapat 3kedai halal yang berdekatan dengan hotel RA tapi kesemuanya tidak bukak hari ini.
Jadi RA dan yang lain-lain pulang ke hotel dengan hampa dan kami terus masuk ke dalam restoran hotel untuk melihat menu apa boleh kami makan.Mungkin jugak ramai orang Malaysia yang menginap di sini , mka pihak hotel telah mengasingkan makanan yang tidak halal.Antara menu yang RA rasa boleh di makan ialah roti,telur dadar,telur rebus,buah betik,tembikai,sayur salad,bubur sayur,popiah sayur dan beberapa lagi makanan yang di asingkan dengan tidak halal oleh pihak hotel.Bagus jugak,sekurang-kurangnya kami dapat makan sedikit untuk mengurangkan kelaparan.Lepas bersarapan aktiviti pertama kami ialah lawatan di sekitar Bandaraya Ho Chi Minh.Tempat pertama yang RA dan keluarga pergi adalah ke Istana Presiden Vietnam.Setelah membayar tiket masuk kami semua masuk ke sini.
Cantik kan reka bentuk Istana Presidennya.Gambar yang di amik dari pintu hadapan istana.
Dah sampai tu mestilah tak lepaskan peluang bergambar di sini.
Masuk sahaja di pintu masuk istana ini RA di sambut oleh pokok bunga yang hanya berkembang pada musim raya cina ini sahaja.Masuk lagi ke dalam RA ke ruang dewan makan istana.Besar dan luas ruang ini.
Di bawah ini adalah sebahagian dari bilik-bilik yang di perlihatkan pada tatapan umum.Ini ruang bilik mesyuarat delegasi luar negara berbincang.
Ini adalah ruang untuk presiden membuat kenyataan akhbar dan boleh di jadikan juga sebagai bilik penerangan.
Bilik ini pulak cukup mewah dari bilik-bilik yang lain.Bilik ruang tamu istana.
Ruang bilik tamu kedua.Yang tidak kurang hebatnya dari yang sebelumnya.
Dari sini RA menaiki dari satu tingkat ke satu tingkat Istana ini.Akhir sekali tiba di tingkat 4 di mana terletaknya mini bar,piano untuk para tetamu president
Dari tingkat 4,RA turun pulak ke tingkat palng bawah tanah yang mana terletaknya alat-alat perhubungan ber ferikuansi tinggi.Di sini jugak terletaknya bilik bawah tanah untuk berlindung dari musuh dan serangan bom.
Lawatan RA seterusnya adalah ke bangunan NotreDame versi Vietnam.
Di sebabkan cuaca sangat panas hari itu hanya RA dan anak buah,Fahmi sahaja yang turun dari van untuk mengambil gambar di sini.Yang lain hanya duduk di dalam van menunggu.
Lawatan seterusnyake Muziam Perang Vietnam.Di sini di pamirkan penjara harimau yang di bila oleh tentera Amerika untuk mendera dan memenjarakan tahanan perang rakyat Vietnam.Di sini mereka di seksa dan di kurung sehingga ada yang mati kelaparan.
Replika penjara yang pernah di bina oleh tentara Amerika.
Inilah lakaran dinding penjara harimau dari atas penjara.
Dari bawah bila pintu penjara di buka.Replika patung tahanan perang.
RA teruja dengan semangat anak-anak rakyat Vietnam yang sanggup menempuh ancaman bom dan perang semata-mata untuk menimba ilmu.Gambar ini di amik ketika perang Vietnam-Amerika
Di muzium ini juga menceritakan bagaimana rakyat Vietnam bersatu menentang penjajahan di negara mereka.Contoh-contoh bom juga di perlihatkan di sini.
Peluru mesingan ini pulak di hantar oleh Russia kepada rakyat Vietnam
Bom mortar,bom berangkai dan juga bom yang penuh berisi paku untuk mendatangkan kecacatan kekal pada sesiapa yang terkena.
Tentera Vietnam mengunakan mortar ini untuk menembak pesawat dan kereta kebal Amerika.
Di luar Muzium ini di letakkan replika pesawat perang dan ada juga yang masih boleh di gunakan.
Helikopter ini di gunakan oleh tentera Amerika untuk mengangkut tentara mereka pulang ke Amerika selepas tewas pada Vietnam.
Jam 1tengahhari perut RA dah mula berbunyi,Jadi RA menyuruh pemandu van kami ke restoran halal berdekatan dengan hotel.Makan secara ala carte.Nasi goreng,Mee goreng,Kueh Tiew Goreng dan pelbagai lagi
Sampai bila tiba billnyna jumlah kesemua 14dewasa RM490.Mahal giler kedai ini ketuk kitaorang.
Perut dah kenyang jadi kami meneruskan lawatan ke Vietnam SkyDeck.Tapi di kecewakan sebab mereka tutup pada hari raya cin pertama.Esoknya baru beroperasi seperti biasa.Jadi untuk tidak membuang masa,RA menyuruh pemandu van kami ke pasar Ben Than untuk membeli belah kain dan baju.Biasalah orang Malaysia ini memang kuat membeli belah mengalahkan orang lain.
RA dah tak larat nak berjalan lagi sebab cuaca di sini sangat panas,jadi RA pulang terus ke hotel dan menunggu waktu malam.Bila malam menjelma RA berjalan kaki ke tapak taman bunga yang terletak cuma 800meter dari hotel.Di sini ada pesta floral sempena sambutan Tahun Baru Cina.Masuk ke dalam taman ini di kenakan bayaran VND20,000 = RM3.50.Sikit la punya ramai umat yang datang ke sini untuk bersantai bersama keluarga.Kreatif sungguh orang-orang Vietnam ini mereka ular daripada bunga.Maklumlah kan tahun ini tahun ular.
Di samping itu ada pertunjukkan tarian singa di sini.
Lebih tinggi Singa ini berdiri tangga tiang lebih banyak angpau yang dia akan dapat dari penonton.Masa RA sampai,Singa ini sudah dua kali terjatuh.Tapi penonton telah menyerahkan angpow dari bawah tiang untuk menaikkan semangat penari-penari tarian singa ini.
Bendera dan arca president mereka ini pun di perbuat daripada bunga.
Terdapat juga pamiran batu-batu jed,pokok bongsai dan gerai-gerai makanan dan cenderahati.
Pelbagai jenis Orkid juga di pamirkan di sini termasuk Orkid gergasi ini.
Jam dah menunjukkan pukul 10malam waktu Vietnam (waktu Malaysia 11Malam) tapi orang masih lagi berpusu-pusu masuk kesini.RA dah letih jadi RA terus angkat kaki pulang ke hotel meninggalkan 1001 kenangan pesta floral di sini.
Esok lawatan ke tempat lain pula yea....TUNGGU !!!!!
BERSAMBUNG.........
2 comments:
Terima kasih sgt sgt for this blogpost! Kitaorg dah risau dah bila baca kata chinese new year takda apa boleh buat kat ho chi minh. Nampaknya we will just follow your itinerary. Cuma nak tanya - transportation RA arrange macam mana ye? Ada contact? Saya ada msg kat number hp RA yg diberi tu - kalau tak dapat, harap boleh email kpd erinazahara@gmail.com. TQ sgt sgt sgt.
alamak sorry lambat reply.sibuk buat persiapan nak ke europe.Rasanya awak dah balik msia kan...senang je teksi kt ho chi minh banyak even pada CNY
Post a Comment