Tuesday, February 12, 2013

Destinasi : Saigon,Vietnam Bahagian 4


HARI KE 4

 - LAWATAN KE DELTA MEKONG -

 

Bangun pagi lagi hari ini untuk melawat ke Delta Mekong kira-kira 76km dari Bandaraya Ho Chi Minh.Sungai yang terpanjang di dunia yang bermula dari Tibet hingga ke Thailand.Jadi kenalah bangun seawal jam 7pagi.Selepas bersarapan di restoran hotel (makan roti + telur goreng je) RA di jemput tepat jam 830pagi di lobi hotel.

 

Alhamdulillah selamat sampai di sini selepas menempuh 2jam perjalanan.

Sambil menunggu bot yang membawa rombongan RA tiba,kemera lensa RA menilau mencari lokasi dan gambar terbaik untuk di ambil.Di sebelah kanan RA terbentang jambatan yang menghubungkan dua buah pulau yang terletak di tengah-tengah sungai Mekong.Sekali pandang nampak macam jambatan Pulau Pinang tapi bila dua kali pandang nampak macam jambatan Desaru pulak.Ok bot dah sampai dan perjalanan menaiki bot pun bermula.

Wah gembira sungguh yea budak kecik baju hijau ini..hehe.Destinasi pertama kami ialah ke dusun buah yang terletak di sebuah pulau di tengah-tengah sungai Mekong.

 

Jam dah menunjukkan ke pukul 1230 tengah hari (waktu Malaysia 130petang).Jadi setibanya RA di dusun ini RA terus di bawa makan tengahari.Memandangkan kumpulan kami yang seramai 13orang ini muslim,pemandu pelancong telah pemilik kedai makan ini hanya menjamu kami dengan Ikan Goreng, Udang Galah Goreng & makanan yang berasaskan beras,buah-buahan,sayur dan ulam-ulam kampung.Inilah dia Ikan Kaloi Goreng atau lebih di kenali dengan nama Ikan Gurame.Makan isi ikan dengan di balut dengan popiah besar,ulam dan sayur goreng.Cecah dengan sos cili.Perrgghhhh sedap beb.

Ini pulak popiah sayur yang telah di goreng.Lebih sedap di makan dengan sos cili tu.

 

Perut dah kenyang jadi kami meneruskan perjalanan memasuki kampung melalui laluan sungai yang sempit pulak.Destinasi kami ialah ke salah sebuah perkampungan yang mengusahakan perindustrian kecil.Antaranya Gula-gula kelapa & Madu Lebah Royal Jelly Inilah dia kampungnya.Tak paham pulak apa yang dia tulis kat papan tanda tu.

Kat sini di tunjukkan cara-cara membuat gula-gula,sabun dan pewangi yang berasaskan dari kelapa.Satu pek gula-gula tu berharga VND 50,000 = RM8.00.Di sini kami di hidangkan dengan teh madu lebah untuk di cuba dan kalau berminat boleh beli.Harga RM20 sebotol.

 

Pemilik perusahaan ini juga ada membela seekor ular sawa yang boleh tahan jugak besarnya.Jadi siapa yang ingin mencubanya bolehlah membiarkan diri anda di belit.

Dari menaiki bas kami menaiki bot kemudian tibalah saatnya kami menaiki sampan pulak menyusuri laluan sungai yang di penuhi pokok-pokok nipah.Masa ini RA dah terbayang macam dalam filem Thailand "Nang Nak" pulak.


Inilah dia rupanya sampan-sampan yang kami naiki.Kecik je boleh muat 5orang termasuk pengemudi sampan.


Dalam takut-takut terjatuh dalam sungai sempat jugak tu bergambar lagi,tapi keseimbangan kena jaga jugak.

Dah sampai kat hujung kampung kami turun dari sampan kemudian berjalan kaki pulak ke salah satu lagi rumah rehat.Di sini kami di hidangkan pulak dengan minum petang.Makanan yang di hidangkan buah-buahan tropika.Pisang,Buah Naga,Betik dan Nenas berserta Teh O.Lawatan kami hari ini memang penuh dengan makan-makan je lah.Sambil makan rombongan RA di persempahkan dengan pertunjukkan muzik traditional & nyayian masyarakat Vietnam.

RA bergerak ke bas dengan berjalan kaki sambil milihat-lihat perkampungan di sini.Terasa macam YB masuk kampung buat lawatan pulak.Bas dah pun menunggu di hujung kampung ini dan tibalah masanya untuk pulang ke Bandaraya Ho Chi Minh.

 Dalam perjalanan pulang sempat jugak lensa kamera murah RA ini mengambil pemandangan di terusan-terusan di sepanjang Bandaraya Ho Chi Minh.

Sampai je di hotel RA terus pulang ke hotel dan membersihkan diri serta berehat.Jam 8malam perut dah mula berbunyi jadi RA ke restoran Basiron (satu-satunyanya restoran Melayu Cham yang beroperasi).Ra ini selagi perut tak kenyang RA susah sikit nak berjalan-jalan,jadi bila perut dah penuh RA melawat ke Saigon SkyDeck pulak.Dari Benh Than Market, RA dan Ariff (anak buah RA) menaiki motosikal yang di tunggang oleh orang Vietnam.Nak cari pengalaman katernya.Kami bertiga merempit melalui jalan-jalan yang sarat dengan lautan motosikal.Alhamdullah tiba juga akhirnya.Perjalanan yang hanya 1.5km tu kami di kenakan bayaran VND50,000 = RM8.00.Berat katanya bawak kami berdua.Takpelah janji sampai.

Inilah dia SkyDeck Saigon yang menjadi kebanggaan rakyat Vietnam.Ia di bina mengikut bentuk kelopak bunga tulip.

Dari sini RA dapat melihat Bandaraya Saigon pada waktu malam.Memang gayat sikit.Tapi keindahan Bandaraya Saigon yang bermandikan cahaya memang mengasyikkan.


Nampak tak apa yang RA tunjukkan tu? Itulah feri-feri yang membawa pelancong menyusuri terusan Saigon pada waktu malam.

 Dah puas pusing-pusing dan bergambar di sini RA dan Arif turun ke Dataran Times Square yang terletak tidak jauh dari Skydeck ini.Bila tengok dari atas bangunan macam meriah.Rupanya di sini ada pertunjukkan bunga dan flora di sepanjang jalannya.Cukup meriah dengan lampu-lampu,pancutan air dan muzik.

 Pancutan air berirama ini memang mengasikkan dengan mainan lampu dan siasan bunganya

 

Tah berapa juta kuntum bunga yang diaorang gunakan untuk hiasan ini yea.

Aturan dan susunan lampu bersempana tahun Baru Cina di sini memang mengasyikkan.

 

Ini lagi satu dekorasi dari bunga matahari. 

Tak dapat dikatakan dengan kata-kata,memang cukup meriah hiasan bunga-bunga ini.Terasa macam kat kebun bunga Istana pulak.

Kawan Vietnam RA cakap setiap kali Tahun Baru Cina,masyarakat Vietnam di sini memang sukakan bunga.

Tetiba RA nak jadi macam mat bunga pulak.Tapi yang menarik perhatian RA ialah lampu-lampu hiasan ini.

Lagi dekorasi bunga-bungaan yang kreatif.

Lautan manusia yang datang memang tak putus-putus walaupun jam dah menunjukkan pukul 11malam.

 

Hiasan bunga gergasi memang banyak di sini,tapi ini sahaja yang dapat RA tayangkan di sini

Ini lagi gambar buat tatapan pembaca blog.Rugi tak pergi hehehe.

Ini bunga apa pun RA dah tak ingat.Tapi dekonya sangat unik.

Ke mana-mana RA jalan di sini hanya nampak bunga je.Haruman bunga juga semerbak di sini.

 

Hari pun dah lewat jadi RA pun mengangkat kaki dan meninggalkan kenangan manis di sini.Dalam perjalanan pulang RA melalui Saigon Centre yang di hias cantik dengan lampu-lampu hiasan.Ok semua hri dah lewat. masa untuk RA tidur.Memandangkan esok dah nak pulang ke Malaysia RA tidur lewat malam ini.Selamat Malam semua.....

BERSAMBUNG......

2 comments:

Nina K's Luviee said...

bestnyer jenjalan

RioAzzaro said...

kerja sambil jalan...tetap kena kerja

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....