Saturday, February 9, 2013

Destinasi : Saigon,Vietnam Bahagian 1

Hari ini cuti sempena Tahun Baru Cina pun bermula.Dan sempena cuti panjang ini RA pun nak keluar lah dari Johor Bahru untuk bercuti-cuti.Bertolak seawal jam 8pagi RA menuju ke Taman Sri Skudai untuk bersarapan pagi bersama abang Chu,anak saudaranya (Rahim,Sapura dan anaknya Aliya),mengisi perut kami semua sebelum bertolak ke KLIA.

Jam 10pagi kami dah pun berada di Lebuhraya Utara-Selatan yang sememang dah di jangka akan sesak berikutan ramai yang ingin pulang ke kampung halaman.Di sepanjang Lebuh raya Skudai hingga ke susur masuk Segamat pergerakkan trafik sangat perlahan.Di sepanjang perjalanan RA di hiburkan dengan permintaan lagu di Radia Sinar sambil di selang selikan dengan nyayian dengkuran secara "live" oleh Abang Chu.Hehe.Alhamdullilah kenderaan yang di bawah Rahim selamat tiba di KLIA tepat jam 230petang.Selepas mengucapkan terima kasih kepada mereka RA bergegas untuk daftar masuk pesawat dan mengambil "Boarding Pass"  

 

Pintu H8,Penerbangan Malaysia Airlines MH766 dan menunggu pintu gate di buka jam 415petang,menuju ke Ho Chi Minh a.k.a Saigon , Vietnam

RA turun ke tingkat bawah iaitu ruangan immigrasi dan kastam pemeriksaan passport dan bag sebelum masuk ke balai berlepas.

 

Seperti lapangan terbang di dalam taman suasananya.

Pertama kali menjejakkan kaki RA di balai berlepas KLIA,RA teruja dengan dekorasi dan rekabentuk dalamannya amat manjanjikan. 

Tersusun sambil di kelilingi oleh tumbuh-tumbuan tropika.Terasa seperti lapangan terbang dalam taman.Macamana? cantik kan?

Haa inilah dia budak nakal yang ikut bersama RA ke Vietnam selama 5hari nanti. RA dah tak larat nak jalan jauh-jauh lagi,terus menuju ke pintu berlepas Gate H dan menanti ketibaan kapal terbang RA.Sambil menunggu RA mencari-cari soket elektronik untuk charge semula bateri telefun bimbat RA yang tinggal nyawa-nyawa ikan,

 

Alhamdulillah tepat jam 615petang pintu gate di buka dan RA masuk perut kapal terbang ini.Sangat teruja untuk sampai ke Bandaraya Ho Chi Minh ini.

Perjalanan menambil masa 1 jam 45minit tidak terasa lama sebab di hiburkan dengan tayangan filem karton "RIO"di dalam penerbangan ini.Tiba sahaja di lapangan terbang antarabangsa Ho Chi Minh RA ke kaunter immigrasi untuk pemeriksaan passport sebelum menunggu yang lain dan mengambil bagasi di tingkat 1 lapangan terbang ini. 

Memandangkan hari ini adalah Malam Raya Tahun Baru Cina,lapangan terbang ini kelihatan kurang sesak daripada biasa.Selesai sahaja urusan kastam,Ra dan abang Sani ke kaunter teksi untuk membawa kami sekeluarga ke Kingston Hotel.

Selamat Datang ke Saigon , Vietnam yang juga di kenali sebagar Ho Chi Minh!!!!

 

Limpahan cahaya di sepanjang jalan sempena Tahun Baru Cina dan motosikal yang banyak menyambut kehadiran kami seramai 14dewasa + 1 kanak-kanak.

 

Inilah hotel penginapan kami untuk 4malam berkampung di sini.RA sudah pun menempah awal sebanyak 6bilik kesemuanya.

Nama Hotel Kingston dan terletak di pusat bandar berhampuran Pasar Benh Than yang menjual pelbagai barangan cenderahati,pakaian,busana muslimah dan tekstil.

 

Ruang kamar & bilik air yang luas dan menjanjikan. 

Malam itu jugak RA bersama-sama anak buah RA kami ronda-ronda di sekitar hotel bagi melihat sendiri suasana malam di sekitar.

 Kami menyusuri turun ke Pasar Benh Than yang kebanyakkan kedai di sekitarnya sudah pun tutup.Hanya beberapa gerai tepi jalan yang menjual barangan seperti T-shirt baru dan kain separuh sutera.

Tengok tu malam raya dah membeli belah sakan.Telekong pun ada di jual di sini.

 

RA pulang ke hotel pukul 11malam dan menunggu detik jam 12tengah malam kerana pihak hotel hendak menjamu tetamu hotel dengan makan malam sempena Tahun Baru Cina

Perut pun dah kenyang RA pulang ke bilik hotel semula untuk beradu.Tak sabar nak tunggu esok untuk aktiviti seterusnya.


BERSAMBUNG............

5 comments:

sudipVSsenduk said...

kalau pergi bawak 2 bag je, balik mesti beranak pinak bag tu kan..

RioAzzaro said...

bawak 2 beg je..balik pun bawak dua bag jugak..beli t-shirt n souviour je..tak shopping sangat

saleha said...

salam, nak tanya Time CNY byk x kedai yang buka kat saigon. Sebabkan deorang pun sambut CNYkan.

RioAzzaro said...

ada...tp tak byk yang bukak.saya pergi nie time chinese new year lah

mimiez said...

alamakkk tutup ke CNY����

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....