Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012-Selamat Datang 2013

Mulai esok kita akan melangkah ke 2013 dan dengan itu juga setahun sudah berlalu.Terlalu banyak perkara yang dilalui sepanjang tahun 2012 Terlalu banyak rahmatNYA yang RA TERIMA. Ujian dan cabaran, semakin mendewasakan.Perjalanan hidup di sepanjang tahun ini memang sukar di ungkapkan.Apa yang RA dapat katakan ialah RA bersyukur kerana di kelilingi oleh sahabat handai,di kalangan abang,adik, kakak,pakcik,makcik,saudara-mara & orang TERSAYANG yang semuanya begitu memahami dan sanggup melayan kerenah RA yang macam-macam serta serba kekurangan ini.

Terkesima sekejap bila mengingatkan kembali kenangan di sepanjang tahun 2012.Pengalaman menyambut ulang tahun kelahiran RA di awal tahun (Januari) paling meninggalkan kenangan terindah buat diri ini walaupun menyambutnya dalam serba kekurangan tetapi tetap dihiburkan oleh sahabat handai tersayang dan orang tercinta.Syukur Alhamdullilah juga di atas rezeki yang di berikan oleh Allah,RA dapat mengembara melihat negara orang pada tahun ini menyusuri jalan-jalan yang serba sibuk di Hong Kong, berkongsi satu bilik yang sempit di Singapura sebelum bertolak ke Jakarta.Membawa rakan-rakan di syarikat guaman membeli belah di Kota Bandung.Melakukan ekpedisi ke Batam bersama teman dan pembaca Blog.Menyusuri tebing-tebing tinggi untuk ke Danau Toba,Medan.Melihat lampu-lampu hiasan krismas di jalan Orchard Singapura dan juga membuat keriuhan di kedai kasut di Batam.

Kesibukkan pada tahun 2012 juga tidak menghalang RA menikmati kepelbagaian juadah makanan dan mengisi perut.Dari Asam Pedas Madu Tiga hingga ke Asam Pedas Claypot UTM.Dari Hotel The Zone hingga ke Hotel Selesa.Dari makanan laut Tanjung Pelepas ke Teluk Jawa dan ke Tanjung Langsat.Dari sarapan 8km di Gelang Patah hingga ke Cendol Mak siti.Dari Burger bakar Longgok hingga ke Burger Bakar Ukay Perdana.Dari makan tengahari di warong Siput Sedut ke Kacang Pool Haji.Dari makan Bubur Nasi No1 hingga Nasi Goreng Popo.Semuanya di nikmati sama ada untuk majlis ulang tahun,perjumpaan bekas pelajar mahupun untuk suka-suka.Berbuka Puasa di Kelab Golf Johor kemudian ber podluck hingga ber Moreh di McDonald sampai ke pagi paling meninggalkan kenangan manis.  

Sambutan rumah terbuka Hari Raya juga tidak kurang hebatnya.RA bersyukur dengan kehadiran teman-teman dan saudara mara yang jauh dan dekat hadir mengunjungi teratak kecil RA di Kampung Pasir.Bersyukur dan berterima kasih juga di atas jemputan rumah terbuka yang di pelawa oleh mereka.Moga anda semua di murahkan rezeki.

  

Filem-filem terbaik tahun ini juga ada yang sempat RA tonton.Sama ada bersendirian mahupun berteman.Filem Warth Of Titan & The Avengers paling di tunggu pada awal tahun.Di samping itu RA dapat menikmati suasana menontong filem Battleship yang cukup mendebarkan di Kotaraya Jakarta.Filem Madagascar 3,Batman,Spiderman & James Bond-SkyFall pula silih berganti selepas sahaja sambutan Hari Raya.Bila filem Twilights siri akhir dan Hobbit di tayangkan rasa macam baru semalam jer filem pertamanya dan Filem Lord of the Ring di siarkan.Masa berlalu cukup pantas.

 

Dalam sibuk makan,berjalan,kerja dan tengok wayang,RA dan rakan-rakan giat menghadirkan diri di Hutan Bandar Mutiara Rini untuk "Gangnam Style" ,berzumba,ber pump & shape & berbasikal di kelab kecergasan Clark Hatch juga memasuki pertandingan mencari harta karun anjuran IRDA.Alhamdulillah juga kerana RA dapat menghadirkan diri untuk aktiviti keagamaan terutamanya menyambut Awal Muharam di surau terdekat.

 

Apapun nak di kata, 2012 kian berlalu… membawa 1001 pengalaman dan kenangan.Perjalanan yang bakal ditempuh jika terus dianugerahkan REZEKI untuk HIDUP.

2013 bakal menjelang… membawa HARAPAN & IMPIAN. Usaha dan DOA terus membara untuk SUATU TEMPAT YANG LEBIH BAIK DARI HARI INI.

 

RA juga ingin meminta ampun dan maaf andai di sepanjang tahun ini RA ada menyinggung mana-mana pihak secara langsung atau tidak di Blog ini mahupun di Facebook.Ampun dan maaf juga jika ada terkasar bahasa sewaktu kita bersama.RA hanya manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan.Yang sempurna hanya dari Allah dan yang tidak datangnya dari RA.Doa RA kepada semua moga kita semua beroleh kejayaan,keimanan, kesihatan,jodoh yang baik,anak yang solehah,pintar dan di murahkan rezeki pada tahun 2013 dan tahun-tahun akan datang.

 

Selamat Menyambut Tahun 2013 !!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget