Friday, December 28, 2012

Mesyuarat Bekas Pelajar Merangkap Makan-Makan

 Haa sedap tak makanan ini? Tengok makan lagi...dan terima kasihlah kepada edie dan Joe yang bermurah hati membelanja kami semua makan sambil bermesyuarat membincangkan tentang Alumni SMPT yang akan di adakan.Menu pilihan pula ialah
 Ikan Siakap Tiga Rasa 
 Tomyam Campur 
 Kangkong Masak Belacan
 Kailan Ikan Masin
 Telur Dadar
Sotong Goreng Tepung
Keropok Ikan
  Air Nescafe Manissss.
 
Mesyuarat ini di hangatkan dengan kehadiran Jack,Faizal,Awen,Robo,Joe,Zaidi,Siti,Jue, Ny , Mijot,Diel dan ramai lagi lah.Jam 830malam kami semua telah tercongok di Restoran Remaja Classic berhadapan dengan bangunan LHDN Tampoi.

 Amboi suka yea Aween,sambil makan sambil berbual sedap kan.Di tambah pulak dengan bergambar bagai.Mengalahkan Model Filem Karton Madagascar kan.

 Makin riuh meja kitaorang bila semakin ramai yang hadir selepas jam 830malam tu.Tak senang duduk si Edy & si Joe , kejap ke meja depan kejap ke meja belakang.Yealah meja depan nak dok berbincang pasal mesyuarat perjumpaan bekas pelajar.Meja belakang lak nak layan isteri tercinta.

 Tulah kalau dapat meja bulat best jugakkan.Ini dapat meja memanjang.Nak cakap pun kena kuat-kuat takut nanti tak dengar dah tu makin malam makin ramai pulak orang yang datang makan kat sini.

 Inilah muka-muka sebelum dan sesudah makanan sampai.

 Mesyuarat kami ini membincangkan tarikh dan tempat yang akan di buat untuk perjumpaan bekas pelajar SMPT.Kata sepakat telah di putuskan dan tarikh yang di tetapkan ialah pada 30 & 31 Mac.

Tempat : A Farmosa Resort (akan di putuskan pada mesyuarat akan datang)

Mesyuarat kami ini di tunda pada satu tarikh lagi iaitu pada 6Januari tahun hadapan bagi membincangkan kos dan lain-lain hal berkaitan. 

 Tamat sahaja perbincangan,sesi bergambar kat luar restoran pulak menjadi sasaran kami semua.Yealah jumpa pun sekali sekala.Gang pompuan + Gang lelaki bergambar

 Ramai jugak yang dah balik lepas tamat perbincangan,jadi ini sahajalah yang selamat di ambil.Amboi yang kat depan tu amik tempat duduk kelas pertama yea.Terima Kasih pada yang datang dan sama-sama memeriahkan majlis.Gembira sangat jumpa korang semua.

2 comments:

Anonymous said...

Satu sek dgn saya juga.....ni batch abg saya, x pasti plak dia join atau tdak?

RioAzzaro said...

suruh la dia join...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget