Monday, November 19, 2012

Minum Petang di Kafe Nelayan Hotel Selesa

Amat menakjubkan kerana RA berada di Kafe Nelayan tetapi bukan terletak di perkampungan nelayan tetapi di sebuah hotel di atas paras laut tingkat 14.Hotel mana lagi kalau bukan Hotel Selesa Johor Bahru.Bersama gerombolan kawan-kawan mengeteh RA,kami ke sini semalam untuk minum petang dengan mengunakan kupon Groupon yang telah pun di beli bulan lepas.Harga kupon minum petang itu ialah RM15 seorang.

Bagai hari keluarga katernya.Pasti gamat dengan kehadiran kami walaupun suhu penghawa dingin di kafe itu tidaklah sedingin mana.

Terletak di tingkat 14 inilah pemandangan Johor Bahru dari Kafe Nelayan.Depan kafe ada kolam renang pulak tu.Agak-agak kalau rasa pandai berenang tu boleh lah terjun di kolam seperti yang di buat oleh Abang Mork di kolam renang Larkin.

Menu utama petang itu ialah :-

Nasi Goreng Kampung

Mee Hoon Goreng

Ayam Goreng

Samosa

Yong Taufu

Kentang lenyek

Tahu Sumbat

Bubur Cacar

ABC

Air Kordial

Oklah berpatutan lah dengan harga yang kami bayar tu,

Haa ini adalah wakil-wakil dari bahagian Tengah,Utara,Selatan,Timur,Tenggara,Barat Johor.Oh lupa wakil dari Putrajaya pun ada jugak sekali.

Minum ala-ala "Sake" katernya,padahal air kordial jek.Yang baju merah macam tertib jer bergambar yea.Selalunya dialah yang paling terlebih telan pil.Oooo RA lupa mak mertua dia duduk satu meja daa...tu yang tak leh lebih-lebih.Tatasusila kena jaga.

Memandangkan sudah 4ruangan blog tiada artis jemputan,maka di dalam ruangan kali ini artis jemputan telah pun di jemput.Kemunculannya adalah "come back" bagi mempromosikan lagu terbarunya iaitu "Cara Gangam" yang menjadi latar belakang filem Hindustan "Pak Nann."Siapakah dia? sila perhatikan di dalam gambar di bawah ini.Orangnya manis,berbaju itam belang-belang (beli kat Metrojaya agaknya).

Selepas makan dengan suasana di dalam kafe yang tidak dingin,RA mengambil alih teraju yang telah di tinggalkan sebagai penjaga kanak-kanak membawa mereka ke luar kafe bagi mengambil gambar dan angin di kolam renang.Wah anak-anak tetap nak bawak mood Cinta yea.Tengok jelah tangan bentuk hati yang diaorang buat tu,sapalah yang ajar diaorang buat macam tu kan.

Tak cukup kat luar amik gambar kat dalam gazebo pulak,meriah yea.Hotel dan bangunan pejabat sebelah menyebelah saje jadi bila berada di tengah-tengah antara 2 bangunan ini terasa macam kat New York pulak (verangan).Maklumlah teringin nak ke sana tapi takde orang nak taja..hehe

Asik diaorang je nak bergambar.RA pun nak jugak,mana "Aci" macam ini.Nah amik kau...!! 

Haaa yang ini macam biasalah,dah puas makan sesi beramah mesra dan bergambar beramai-ramai di adakan.Puas RA panggil semua kuar,tapi masih lagi nak duduk kat dalam tu.Nasib baik hujan belum nak lebat.Kalau dah lebat memang tak dapat lah amik gambar kat luar ini.Biasalah artis lama buat "come back".Nak jalan kuar je ada orang tegur nak mintak tandatangan katernya.Yang lain-lain tu pun sama nak tumpang sekaki lah tu.kang gambar tak kuar blog kan marah....lalalala.

Perut semua tak boleh nak sembunyikan lagi yea.Amboi...maklumlah masing-masing dah kenyang.Nak sambung berkaraoke pulak lepas tu.Penat Abang Jamil tau.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....