Sunday, November 11, 2012

Melepas Dahaga Di Kafe Bistro Roost

Dah puas RA berjalan di dua Bazar tadi,terasa haus pulak tekak.Jadi RA dan kawan RA Jali,pun ke Kafe Roost yang terletak di Jalan Dhobi-lot rumah kedai paling hujung bersebelahan dengan Bazar Karat.Buat tempahan minuman atau Yogurt di tingkat bawah kemudian naik ke atas menanti minuman tiba.RA mintak Ice Blanded Moca + Coklat & kawan RA,Jali pulak nak minum minuman panas,jadi inilah dia hasilnya.


 Naik di tingkat atas RA teruja dengan susun atur kedai ini.Bagi merokok,anda boleh pilih ruang di luar yang berkonsep terbuka dan bagi yang tidak merokok anda boleh masuk ke dalam di ruangan berhawa dingin.


 Ini adalah ruangan dalam yang di amik dari lensa kamera telefun bimbit RA.dari luar.

 Deko lampu hiasan yang menyinari kafe ini,cukup kreatif dan menarik

 Sofa-sofa di sini juga sangat-sangat unik.Hasil dari barangan terpakai dan terbuang.

 Sambil minum dan makan ada ruangan rak buku dan novel yang boleh di baca,jadi masa yang terluang dapat di isi dengan membaca.

Ini Novel lama ini,sekarang nak cari belum tentu kat kedai buku ada jual lagi.

 Termasukkan buku The Great Expectations ini.Kalau tak silap RA buku sekitar tahun 90an ini.Dah di filemkan pun.

 Walaupun ruang tidak besar,tetapi ternyata pemilik pandai menyusun atur kedainya agar tidak menjadi terlalu padat.

 Kozi sangat-sangat dengan ruangan tingkap yang terbuka RA dapat melihat suasana di luar Kafe ini.

Rata-rata perkakas dan perabut di sini mengunakan bahan terbuang dan terpakai.Sangat berpuas hati dapat melihat keunikkan dekorasi di sini. 

Inilah dia pemandangan dari luar kafe.Kat luar dah ada tertera namanya.RA terpaksa pulang sebab jam dah menunjukkan pukul 11malam.Si Jali ini pulak mintak suruh RA hantar dia balik.Sejuk katanya duduk dalam tempat berhawa dingin.Jumpa lagi di ruangan akan datang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget