Wednesday, November 14, 2012

Dari Makan ke Vokal Bukan Sekadar Rupa

 Nasi campur lagi? haa ini dia makanan orang bujang.Tapi ini bukan nasi campur sembarangan tau.Kat restoran ini terdapat lebih 50jenis masakan pelbagai jenis.Nama Restoran ini Sri Bayu Perdana yang terletak di Larkin Perdana.Sempena cuti perayaan Deepavali ini RA pusing satu Johor Bahru cari Nasi campur tau.Maaflah gambar masakan ala buffet tidak dapat di amik (kalau dapat amik pun kurang jelas) sebab orang terlalu ramai dan susah RA nak amik.Bersama-sama RA pada tengahari itu ialah tetamu jemputan yang di panggil khas dari Taman Tun Aminah iaitu Olie,Azie dan anak-anaknya yang terkenal dalam rancangan "Buat Kek Banyak-Banyak" di TV Batam.

 Inilah dia kedainya,lot paling hujung bersebelahan dengan Station Caltex Larkin Perdana & Maybank.Maaf kualiti gambar di dalam kedai kurang jelas.Apapun suasana makan di luar kaki lima kedai ini sangat nyaman yea.Hangin bertiiup Khenchang (kata Kak Tipah Isteri Abang Jamil)

 Sedapkan,kalau tidak takkanlah anak Olie & Azie ini makan tak pandang kiri-kanan tu.Dia tengah meratah Ayam Percik dengan penuh khusyuk yea.


Masih lagi dalam mood makan-makan,kalau tadi tengahari RA makan nasi campur a.k.a nasi padang malam pulak RA singgah ke Restoran D'Sarang yang terletak berhadapan dengan Bangunan MAA lama berdekatan dengan HSBC Bank.Ala simpang nak masuk ke Jalan Dhobi jek.Ke sini atas jemputan balasan dari Olie & Azie sekeluarga yang mahu makan Burger Bakar atau lebih di kenali di sini dengan panggilan Burger Longgok. (dah macam durian longgok pulak).Makanan sampingan RA ialah Nasi Goreng Patprik Seafood + telur dadar (2*)

 Masa RA datang hujan turun boleh tahan lebat jugak.Inilah dia Burger Longgok yang di cerita-ceritakan itu.Kalau kat tempat lain diaorang letak Cheese,tapi di sini diaorang letak Kentang lenyek + HotDog.Sos dia memang sedap dan setanding dengan yang di Nusa Duta.Patut cuba yang ini sebab RA dah rasa RA bagi ****(4) 1/2 Bintang!!!

Bila hujan dah mula reda,RA memulakan rangkaian ke tiga pada hari ini ke Suara Ok Danga Bay bagi menguji suara bukan sekadar rupa di sana.Yea inilah dia rupanya nyayian pilihan Olie sempena Deepavali iaitu Dewi Kamala 

  

Sambil Karaoke sambil tu bedal makan sorok-sorok Burger Longgok yang di bungkus dari restoran tadi.Bila tiba giliran RA berdendang pula penghayatan mesti ada yea,mesti tertib macam RA dalam gambar ini.

 Lagu wajib berduet iaitu lagu mat saleh menari dengan awek Indonesia kat tepi pantai pula pilihan Azie dan Olie.Lagu Habang Mork pula biasalah , lagu keluaran tahun 70an & 80an.Ra memang tak penah dengar lagu ini kat mana-mana corong radio.Tu yang pelik bila tengok dia menyanyi dengan penuh perasaan.Bila kuar je lagi Gangnam Style - PSY versi Korea wah semua terloncat-loncat menyanyikan lagu dalam bahasa Korea lorat Melayu.

 Rangkaian ke 4 pada malam itu di teruskan ke Gerai Gula Pasir Kampung Pasir.Maklumlah tekak dah kering terpekek terlalak dalam bilik karaoke nak juga melepaskan haus segelas dua di kedai makan.Sampai di sana Abang Mork yang beria-ia nak makan.Dia mintak sup tulang lagi.Yummy katernya.RA nie sup-sup kureng sikit nak-nak bila dah tengah malam

Sempat lagi berdiskusi dan berbincang tentang hal dunia di tengah malam yang buta itu.Jam 1215pagi baru nak ingat balik rumah.huhu.Jumpa lagi di keluaran akan datang....

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....