Apakah yang telah terjadi ini? Cerita selanjutnya ada di bawah nanti,tapi sebelum itu RA nak bercerita tentang apa aktiviti berangkai-rangkai sabtu semalam yang RA buat.Seperti yang semua maklum Jumaat lepas kan Hari Raya AidilAdha,jadi hari esoknya ramai lah yang memasang niat untuk membuat rumah terbuka dan ibadah korban.Kawan baik aku si Mona jugak tidak ketinggalan mengadakan majlis rumah terbuka sempana melakukan ibadah korban untuk anaknya.Haaa inilah dia Mohd Ryan.Masa aku sampai dia sedang nynyak tidur.Tapi bila pakcik-pakcik dan makcik-makcinya datang buat riuh dia pun terbangun.Potongan rambut ala-ala si Pekan (ilham dari Atoknya-Pak Isa)
Inilah juadah yang di sediakan oleh tuan rumah bagi sesiapa yang datang bertandang pada hari tu.Datang pun masa waktu makan tengahari,jadi berselera lah walaupun cuaca hari itu sangat panas.Nasi Minyak,Karipap,pau,roti cecah dengan kuah tulang masak merah,dan Laksa Johor membuka selera aku dan yang lain-lain.
Biasalah kalau dah sampai dan jumpa ramai kawan-kawan sekolah lama, kalau tak bergambar mana aci kan?? Nak jugak bergambar berkumpulan dan comolot sekali.Walaupun tukang kamera tidak bertauliah,gambar-gambar yang di amik mesti orang putih cakap nak "Vouge de Vas" lah (katernya).Makan sikit je,tapi bual dan duduknya yang lama.Selalu asik berbual kat Whatapps & Facebook je.Bila sesekali jumpa dengan kawan-kawan sekolah lama macam ginilah gamatnya.
Aku sebagai paparazi bertauliah sempat jugak mengambil gambar curi mereka-mereka ini.Rupa-rupanya tengah orang lain duduk berbual kat dalam diaorang berempat ini pakat masukkan makanan dalam bekas makanan.Kantoiiii Jack,Diel,Aween & Ziela.hehe.Nasib baik masa aku bawak balik makanan takde orang amik gambar aku (jangan beritahu orang tau).Di sebabkan cuaca hari tu panas sangat abis lah bergelas-gelas aku minum air kat sini.Dah tu air kelapa,lagilah sedap minum.
Ehhh ada gambar main kat Legoland pulak??? oooo lupa,sebenarnya selepas sahaja makan kat rumah terbuka Mona,aku,Nik & Fuad sekeluarga ke Legoland.Sebenarnya kawan baik aku merangkap BFF.Ally dan anaknya datang turun ke sana.Diaorang masuk jam 10pagi,tapi aku tak dapat ikut pagi tu sebab lepak tidur pasal semalamnya baru balik dari Universal Studio jam 4pagi.Mengantuk.Jadi lepas jer makan kat rumah Mona aku terus bergegas jumpa si Elly dan anaknya Lysha di Legoland.(lama uncle tak jumpa Lysha).Dengan keadaan cuaca yang sangat panas ketika tu aku nampak Elly,Lysha.Aween dan adik sepupunya dah kepanasan sebab tak tahan dengan cuaca kat sini.Mau tak panas,masuk Legoland pakai jaket bagai,lagilah panas...hehehe.Kami terus ke Medini Mall yang bersebelahan untuk rehat sekejap sambil menghilangkan dahaga di Kafe.
Tu dia mainan yang di paksa maknya beli.Pedang mainan tu je satu dah RM35.haha.Nasib baik Lysha tak mintak kat Uncle kan.hehe.
Memandangkan diaorang dah penat & kepanasan dari pagi tadi masuk ke Legoland,lepas sahaja minum,mereka pulang ke rumah ayah Elly di Masai.Nanti malam kami jumpa lagi di Tepian Tebrau untuk makan malam sebelum mereka semua pulang semula ke KL.Aku selepas sahaja mereka gerak,aku sambung masuk ke Legoland bersama Fuad & Nik sekeluarga.Gembira sungguh anak bongsu si Nik nama Faiz sebab dia dah cukup tinggi (120cm) untuk sama-sama meluncur di Pulau Dhino bersama RA dan abang-abangnya.Dah puas kami ke sana,kami ke "City Stage" pula untuk melihat persembahan segara langsung di teater Pembesar suara dan Bunyi.Habis sahaja persembahan kami bergambar macam nak rak dengan pelakon-pelakon teater tersebut.
Keluar dari City Stage je dah kul 7malam,sempat lagi nak bergambar di luar tu.Cantik sebab nampak macam ala-ala Las Vegas kan...haha (verangan).Indah bila di ambil pada waktu malam di sini.
Ok bila hari dah malam,perut pun dah berbunyi.Jadi seperti yang di janjikan bersama Elly,RA bergerak pula ke Medan Selera Tepian Tebrau dari Legoland.Di sana RA cari gerai no 11 iaitu Gerai Tip Top BBQ.ramai sungguh umat pada malam tu,maklumlah cuti hujung minggu bercampur dengan cuti hari bekerja.Mau penuh tempat letak kereta kat sana.Olie & Azie sekeluarga juga turut serta makan di sini.Inilah makanan yang masuk ke perut kami pada malam itu.
Lala masuk sambal
Siakap 3 rasa
Ketam goreng tepung
Baby Ketam goreng tepung
Sotong goreng tepung
Nasi putih + air air
Si Lysha ni orang sibuk nak makan dia sibuk main dengan kamera.Siap tengok citer Bobo boi lagi kat dalam telefun bimbit ibunya.Jam 10malam Ally pun berangkat pulang dengan kek pemberian Azie ke KL.Tapi dah janji nak datang lagi Jb bulan depan cuti Deepavalikan? nak masuk ke Hello Kitty Town pulak.Tul tak Elly mak Lysha???
Ok sekarang kita berbalik semula pada tajuk utama blog yang mula-mula tadi.Setelah puas makan-makan di Tepian Tebrau jam 10malam aku dan Olie bergerak ke Pusat karaoke di Suara Ok-DangaBay.Cadangnya siang tadi masa beraya di rumah Mona,si Firdaus suami Mona beria-ia mengajak karaoke.Tapi bila RA sms dia tak balas.Penat gamaknya seharian melayan tetamu yang datang ke rumah.Jadi hanya RA,Olie,Jack,Boy Diel & Mamak sekeluarga yang berkaraoke.Itu pun diaorang datang lambat sebab mengasah tekak kat Dataran Bandaraya makan Satay Colok berjam-jam lamanya (hehe).
Bila dah sampai Mamak terus amik mood nyanyi.Maklumlah mula-mula mesti buat konsert mini yg tertip sikit.Tapi suasana menjadi panas dan tidak terkawal bila dia naik minyak bawak lagu rock berunsur nasihat.Terus abis kerusi meja dan tiang microphone menjadi bahan naik minyaknya dengan RA sekali.
Suasa kembali tenang bila Boy A.K.A Clint Eastwood Malaysia dan kekasihnya Jack menyanyikan lagu duet wajib mereka bertajuk "DUA INSAN BERCINTA".Lepas je mereka habis nyanyi telefun bimbit Jack pun berbunyi.Anak telefon katernya.
Pelik tapi benar : selalunya mak yang telefon anak tanya mana pergi dah lewat malam tak balik.Tapi kali ini terbalik pulak,anak telepon mak ayah,tanya kenapa tak balik-balik rumah lagi.Hahahaha
Memandangkan konsert mini malam itu terlalu gamat,acara berkaraoke hanya dapat di teruskan semalam 2jam sahaja.Jam 1230malam majlis bersurai dan nantikan mini konsert yang akan datang nanti.lebih besar dan lebih menjanjikan.Acara penutup karaoke ini mengakhiri aktivit seharian RA dari tengahari sampai la ke awal pagi.
No comments:
Post a Comment