Thursday, October 25, 2012

Kali ini Ulang Tahun Fuad

JJNM : JALAN - JALAN NAK MAKAN

RESTORAN TODAK TELUK JAWA MASAI

MERANGKAP MAKAN RAMAI-RAMAI SEMPENA ULANG TAHUN FUAD

 Sari Berita utama.Kelihatan banyak ikan-ikan todak melompat-lompat di Telok Jawa Masai malam semalam.Ada ikan Todak melompat???? Untuk berita selanjutnya saya serahkan anda kepada wartawan kita yang berada di sana,silakan RioAzzaro.


Salam Berita.Saya sekarang berada di Telok Jawa bagi melihat sendiri apa yang dikatakan oleh orang Ikan Todak melompat.Laaa...sebenarnya bukan Ikan Todak melompat,tapi ada majlis makan-makan kat sini rupanya.Kita semua ke sini bagi meraikan majlis ulang tahun suami si Nik Salmiah iaitu Fuad.Untuk pengetahuan gambar di bawah ini hasil dari CIVIL yea.(tetap nak masuk)

Setibanya di sini tiada ikan Todak walaupun nama restoran ini Restoran Todak.Yang di jual cuma Udang Kara dan beberapa hidupan laut yang menanti kehadiran kami.

Hidupan siput-siputan dan kerang-kerangan di letakkan dalam besen yang besar dan di jual mengikut berat badan mereka.Banyak pilihan makanan laut di sini jadi tak payah susah-susah nak pergi pasar yea.Pilih,timbang dan tunggu di masak. 

Ha yang ini pulak kerang bersaiz XL.Bila dah besar-besar macam tak selera pulak nak cuba kan.

 

Harga mengikut ketegori dan berat makanan itu.Ada yang murah ada yang mahal.jadi pilih ikut suka hati yea.

Malam ini juga ramai anak-anak,ibu bapak dan pakcik makcik yang teruja melihat kehidupan laut di atas restoran atas air ini.

Sibuk betul Pakcik (pakcik ker?) yang baju merah dan baju belang-belang tu dalam mengejar impian melihat kehidupan laut di atas darat.

 

Haa inilah hasilnya makanan laut yang sudah di masak.Ini adalah Siakap Masak Kari versi Indonesia.Memang menyelerakan dan menjanjikan

Udang masak kari dan goreng mentega berserta Siakap masak stim,Nasi Goreng dan sayar cap chai membuat perut yang berwasini menjadi dangdut.Opsss.

Ini lah makanan paling utama pada malam itu yang di pilih oleh Nik & Fuad yang datang dengan tiba-tiba.Panjat boboi bila tengok Ketam Masak Lada Hitam ini.Yang kat bawah ini pulak penyepit yang di gunakan bagi memecahkan kulit ketam yang keras itu.Makanan yang lain telah selamat masuk kedalam perut kami.

Lala ini di masak cili dan Ikan ini di masak stim

 

Ok kita lupakan sejenak pasal makanan-makanan di atas.Kita berbalik kisah pada sekumpulan anak-anak muda dan matang yang menghadiri majlis makan malam yang penuh bersejarah itu.

 

Di atas meja penuh dengan kekacang yang untuk di makan (ala kacang dal) dan sesi bertemu ramah juga bergambar tidak di lepaskan.Di sebabkan ada yang tidak makan sejak tengahari tadi,maka sepanjang perjalanan sehingga lah di atas meja mukanya mencebek dan moodnya turun naik.Yang berada di Kuala Lumpur pun di paksa turun yea sebab idea datang makan kat sini pada hari Rabu adalah idea dia.Kalau tak datang jugak memang pasti nombor telefun bimbit dia kena lupus.

Tetapi pabila makanan terhidang dan perut kekenyangan maka keluarlah suara-suara ceria sehinggakan muzik Wasini pun diselubungi dangdut.Ohhh ada juga yang hampir-hampir terlelap tu.

Soal jawap di atas meja : siapakah penyanyi dangdut yang berkawin dengan seorang ustaz?

 A : AMELINA          B : SHIEDA        C : ELLA        D : WAHIDAH

 Jawapannya ada di bawah gambar ini.

JAWAPAN DI ATAS : D = WAHIDAH

Habis licin yea ketam ini.Walaupun perut sudah kekenyangan.


Di atas permintaan isteri tercinta,kek ini di tempah dengan Azie mengunakan hasil ciptaan dan idea isteri tercintanya itu.

Inilah keluarga tercinta yang meraikan bersama-sama ulang tahun ayahandanya.

Sesi mengambil angin di tepi pantai yang bertiup khenchang menjadi plihan anak-anak muda.Yang tidak berapa muda pun nak masuk jugak.Siap bersandar di antara satu sama lain ala drama korea katernya.

Kumpulan ini tak akan selesai bbersurai sekiranya sesi gambar beramai-ramai tidak di adakan.

Sesudah makan sesi jalan berpimpin tangan bersama anak-anak dan bergambar dengan si todak pun di adakan.Ada yang melompat,berkepak,tersanggul-sanggul dan tidak kurang yang berusaha nak melompat tapi tak boleh.Gembira sungguh yea macam selepas minum Ribena katernya.

Sekian sahaja laporan saya yang panjang lebar untuk berita di konti.Kita pulang ke studio semula.

Nota :

 Buat Perancang majlis dan BirthdayBoy terima kasih di atas pelawaan dan belanja makan yea.

Moga di panjangkan umur di berikan kesihatan dan murah rezeki.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....