Monday, August 19, 2013

Rumah Terbuka Malaysia Airlines Johor

  Hari ini RA dapat jemputan ke Majlis meraikan dan menghargai syarikat pelancongan anjuran Malaysia Airlines bahagian selatan (Johor) di Hotel Thistle JB,sekali gus menyampaikan anugerah untuk agensi pelancongan yang mencatat jualan tertinggi tiket penerbangan mereka.Memandangkan masih berada di suasana Syawal maka di buat sekali bersama majlis rumah terbuka mereka.Hasilnya inilah antara menu-menu yang di sediakan.

 Di Mulakan dengan Lemang,Ketupat Palas,Rendang,Stay ayam dan Otak-otak

Sup Sirip Jerung dengan tiram kering

Ayam Goreng berempah

Ikan Kerapu bersaiz XL masak stim nyonya

Udang goreng mentega

Sayur Barakoli & cendawan cina dimasak dengan sos tiram

Nasi Goreng Cina dan pelbagai lagi manisan seperti pelbagaian kek dan keropok lekor

 Memang menjanjikan dan mengenyangkan.Terutama sekali ayam masak rendang memang terbaik yang amat,cuma sos ikan kerapu yang di masak stim nyonya sahaja rasanya sangat masin.Tapi ada pakar masakan dari "Dapur Ayu" menyatakan mereka memang sengaja masak masin agar isi ikan kerapu yang tawar ini dapat di rasai jika di campurkan dengan sos yang masin itow....(entah yea ke tidaknya RA mengangguk jelah-yealah orang lelaki mana tau pasal masak memasak nie,kalau kena tipu pun bukan RA tahu huhu)

Haa amik kau masin tak masin tinggal tulang je ikan kerapu tu.Meja kitaorang memang sempoi,mana tak nya semua makanan yang di hidangkan memang kitaorang masuk perut sampai licin hehehe.Udang goreng tepung & menteganya memang terbaik.Tapi tak boleh makan banyak sangat-kolestrol tu.

  Yang berdiri tengah-tengah berkaca mata dan yang paling rendah itulah Pengurus baru Malaysia Airlines bahagian Johor.Kitaorang panggil dia Caren jek.Yang lain-lain tu semua pekerja-pekerja dan juga tuan-tuan agensi pelancongan di sekitar Johor.Ada yang dari Segamat & Batu Pahat pun datang ,sama-sama meraikan majlis rumah terbuka.

Tengok ajer lah meja kitaorang semua,habis licin ini.Ini semua adik(baju merah-cerminmata) punya idea lah.Dia yang suruh kitaorang makan sampai habis hehe...Selamat Hari Raya!!!


Sunday, August 18, 2013

Star Wars Menyerang Legoland Johor

Bagi peminat Luke Skywalker , Darth Vader , Master Yoda , Princess Liya ,Padme Amedala , R2D2 dan yang seangkatan dengannya pasti tidak mahu melepaskan peluang ini kan.Pada 16-18Aug Legoland Malaysia membuat promosi "Lego Star Wars Days" di taman tema Legoland Johor.

Banyak juga acara yang di rancang sempena promosi ini antaranya membina dan menyusun Lego,mewarna,melukis dan beberapa ujian kecergasan untuk tetamu Legoland.Di sebabkan acara ini di adakan pada bulan Syawal,RA tidak sempat datang masa perasmiannya.Jadi petang tadi selepas rakan-rakan pulang dari beraya di rumah RA pun terus ke sini bersana Nik dan keluarganya.Walaupun dah tiba lewat petang sempat juga RA merakamkan beberapa keping gambar untuk di jadikan kenangan.

Antara model kapal perang galaksi yang di pertontonkan di tapak MINILAND Legoland.Mengikut kenyataan yang di berikan pada salah seorang pekerja di sini,model StarWars akan terus berada di Miniland untuk beberapa bulan sebelum di bawa ke taman tema Legoland di luar negara untuk di tukarkan.

Kapal perang yang mengelilingi glob ini memang bergerak yea.Lampu akan menyala sesekali dan nampak jelas bila waktu malam.

Antara pekerja Legoland yang berusaha menyiapkan gambar "Master Yoga" dengan mengunakan cantuman Lego.Pengunjung terutama kanak-kanak juga di berikan peluang membuat cantuman ini.

Jalan punya jalan terjumpa lah ObiWan Kenobi (versi pakai cermin mata) dan Dark Maul (versi perempuan).Masa dah nak Margrib jadi kena lah cepat-cepat amik gambar,masuk kat sini pun sebab nak tengok binaan Lego tu je.

Dapat jugak amik gambar dengan patung terbesar R2D2 dan Dark Vader.Masa ini kebanyakkan pengunjung semua ramai yang dah balik,yang tinggal mungkin mereka yang masuk mengunakan Pas tahunan.

Tak tahu nak citer apa tentang gambar ini,tapi inilah antara gambar yang sempat dan larat RA amik sebelum balik ke rumah.Apa yang dapat RA terangkan di sini binaan Star Wars dari Lego di sini amat-amat menganggumkan.

Dari jam 630petang sampai jam 8malam RA melepak di sini,sambil-sambil menjengah-jengah tengok taman tema air terbaru Legoland yang akan di buka pada bulan 10 nanti.Wajib beli untuk tikit tahunan tema air pulak nanti.hehe.oklah RA nak masuk tidur ini,Selamat Malam semua.


Mai la Datang Beraya rumah RA

 Ginilah suasana beraya di rumah RA bila kawan-kawan datang.Nak buat majlis besar-besaran memang tak larat lah sebab tak ada orang yang nak menolong.Jadi siang tadi bila rakan-rakan mengeteh nak datang RA buat lah persiapan ala kadar je.Biasalah beraya rumah orang bujang.Kueh raya pun main beli je kalau nak buat memang tak akan buat lah.

 Inilah barisan-barisan serikandi yang sambil bergambar sempat lagi mempromosikan sabun pencuci muka produk keluaran dari "Sengkayu Rendah".Tengok je lah muka masing-masing tu bersih bak buah langsat dan kemerah-merahan bak buah Rambutan.Kalau RA,RA cuci muka guna sabun Feb jek-sambil basuh dengan air wuduk (cehwah).

 Macam biasalah orang pertama yang menepati waktu mesti Kak Rovita.Janji pukul 2petang pukul 155petang dia dah sampai,bagus yea kak amalan kesihatan tu.Yang lain biasalah "Dalam perjalanan - OTW " jadi yang sampai dulu makan lah dulu gamaknya.

Tak masak apa pun sangat,tu yang malu nak amik gambar makanan yang RA masak,cuma RA masak Ikan Siakap bakar + Sayur Kailan Goreng + Sambal Tumis Telur Puyuh + Ikan kering goreng dan bebola isi ikan goreng.

 Biasalah hari ini kan hujung minggu,banyak pelawaan rumah-rumah terbuka di sekitar JB.Tu yang ada tiba lambat sikit.Ada tu baru balik dari Kuala Lumpur lagi terus ke rumah RA.Tak lupa juga yang baru balik dari Batu Pahat & Singapura.Terima kasih yea sanggup datang bertandang.Cuaca ari tu pun boleh tahan panas jugak.Nasib baik ada kipas untuk di kipaskan walaupun tak cukup kuat hehe.

Bagi yang sudi datang bertandang rumah RA siang tadi,RA ucapkan berbanyak terima kasih atas kunjungan anda.Minta maaf jika ada kekurangan (banyak kot kekurangan).Biasalah rumah orang bujang.

 Di ucapkan Selamat Hari Raya!! Maaf Zahir dan Batin.Yang lain-lain tu nak datang beraya telefun je RA ok.


Saturday, August 17, 2013

Menjanji kan di rumah terbuka Kak Yati

Wah memang menjanjikan majlis rumah terbuka merangkap Majlis Sambutan Hari Keluarga di rumah Kak Yati & suaminya di Batu Pahat.Nak tahu sapa Kak Yati ini ? Inilah dia kakak kepada salah seorang abang-abang mengeteh kitaorang siapa lagi kalau bukan Abang Chu Muda Manja kulit bersih pakai sabun Feb jek "Abang Mohd Yunus".(penghawa dingin sikit)

 Jemputan ini bukan datang selalu,buat pulak kat Batu Pahat,jadi pagi-pagi tu RA bersarapan dahulu di warong Payung kedai abang Mie sebelum berangkat bersama Olie & keluarga menaiki kereta Wira yang baru di ubahsuai enjinnya itu.Nasib baik perjalanan hanya sejam sahaja,sebab penutup Radiator kereta RA tu tak berfungsi dengan sempurna menyebabkan air mendidih keluar dari paip saluran.Nasib baik tak jadi apa-apa kat kereta RA ari tu.Kami tiba tepat jam 11pagi ,tetapi tak sedar pulak ada orang yang datang lagi awal dari kami semua.

 

 Kami nak datang dia pulak nak balik.Jadi nampaknya terpaksalah bergambar dengan Kak Ros dan Abang mat diluar perkarangan rumah kak Yati.Walau pun dalam kepanasan siang amik gambar tetap amik gambar.Yelah nak bagi satu dunia tengok katernya.(ayat tak boleh blah).Oh yea abaikan je lah Tag 1Syawal tu,tukang buat gambar ini terlebih nak sambut 1syawal lagi.(mohon terasa yea huhu)

 Sambil-sambil menunggu makanan sampai Kak Rovita & keluarga pun tiba dengan membawa Nik dan anaknya Faiz.Meja tetap sama tapi tambahan kerusi menjadikan meja kami paling meriah.Tapi kalau dapat tempat duduk tengah lagi bagus,yelah artis-artis dari Johor bahru sesekali turun Batu Pahat kan.hehe.Nak buat persembahan segan la pulak huhu.Dah tu orang lain sibuk bagi ucapan kat depan kami semua sibuk bergambar buat macam kat kedai mamak yea.

 Haa inilah menu-menu yang menjanjikan di sediakan oleh tuan rumah kepada semua pengunjung yang bertandang di sini.Ada daging masak lada hitam,Ikan kering,Laksa Johor,Sambal sayur,Sup Gear box pun ada.Nak amik gambar semua menu malu pulak,yealah kat rumah orang,artis pulak tu (konon).

Apapun ianya sangat-sangat menjanjikan majlis rumah terbuka merangkap majlis perhimpunan keluarga besar Almahum Hj Sehar ini.Terima Kasih tidak terhingga kepada Kak Yati , Suami dan kelaurga yang menjemput kami bertandang ke rumah anda.

Jika ada sumur di ladang , 

Bolehlah saya menumpang mandi 

Kalau ada umur yang panjang

Boleh lah saya bertandang lagi.



Saturday, August 10, 2013

Raya rumah Kawan-kawan lah

 Dah pun masuk 3 Syawal.Kalau semalam RA sibuk beraya di rumah abang dan kakak RA,hari ini RA amik inisiatif pergi beraya di rumah kawan-kawan terdekat yang dah selesai beraya di kampung.Rumah pertama yang RA tuju ialah rumah pasangan "serasi sedondon" Liyana (Jack) & Faizal (Boy) di Taman Teratai,Skudai.Bersama-sama si cantik loteh Bie (Sabihah) dan Salina sekeluarga kami semua serbu datang bertandang di petang-petang yang sangat hanggat panas itu.Menu utama tuan tanah ialah Lontong kuah lodeh dan ayam masak merah.Lama jugak lah melepak kat rumah diaorang,sampai kul 430petang kami ternampak nyamuk tiruk jadi kami pun semua bergeraklah raya di rumah Mijot (Hamiza) pulak.Huhuhu."Dia buat Laksa Johor kat rumah orang tuanya di Kampung Pasir" kater si Salina dengan penuh "keyakinan kendiri"

  si Ina & keluarganya tak ikut sama sebab nak beraya ke rumah kakaknya pulak,maka sekonyong-konyonglah RA,Bie,Jack dan Boy ke rumah keluarga Mijot di Kampung Pasir.Jack biasalah pakai baju jubah merah ketat (maklumla badan dah macam anak dara) dengan kasut tumit tingginya duduk kat depan tembok depan umah mijot sementara Boy dan Bie bersahut-sahutan memberi salam dari luar pagar rumah bapak Mijot yang tak bukak-bukak pagarnya.Bila RA tiba selang 3minit barulah RA dapat tahu rupanya Mijot ada kat rumahnya sendiri di Taman Musyi Ibrahim.Adoyai...malunya.Nie semua gara-gara nak makan Laksa Johor punya pasal.Siap kau Inah,kater si Bie dan Jack.Tertipu tertipah. 

 Tapi akhirnya dapat jugak RA dan kawan-kawan yang lain merasa Laksa Johor hasil air tangan Mijot yang sedap tu.Otoman pun suka makan Laksa Johor jugak,sibuk nak bergambar masuk dalam blog RA ini.Nine (ejaan NY) pun sempat jugak datang dan bergambar sengol-sengolan dengan kami semua heee

Apapun terima kasih tuan rumah Jack,Boy dan Mijot yang sudi melayan RA datang bertandang


Friday, August 9, 2013

Salam 1Syawal 2013

 Pejam celik pejam celik Syawal menjelma sudah.Ramadhan meninggalkan kita moga amalan kita pada Ramadhan ini di terima Allah.Pagi 1Syawal hujan turun sebagai hujan rahmat.Pagi-pagi lagi RA dah bersiap untuk Mandi Sunat Aidilfitri dan bersarapan pagi bersama ayah,kakak,abang ipar & anak-anak saudara RA.Menu hari ini RA tak masak,kakak RA yang masak.Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Kari daging dan beberapa lagi lauk tambahan untuk mengisi perut kami semua di pagi 1Syawal.  

Solat Sunat Aidilfitri hari ini bermula jam 830pagi dan hujan renyai-renyai menyambut ketibaan RA di Surau Hj Rahmat belakang rumah RA je.Jangan jeles Surau HJ Rahmat Kampung Pasir RA berhawa dingin occay.hehehe.Setelah sebulan berterawih dan pagi ini RA bertakbir & solat sunat Aidilfitri di sini.Tema baju RA tahun ini ialah Unggu-Lavendar yea...yea orang putih panggil "Purple".Balik dari surau jam 930pagi terus sambung makan ringan-ringan dan bergambo dengan anak saudara RA paling bongsu ini.

Perkenalkan inilah dia cucu saudara RA.(wah muda-muda dah ada cucukan..ermm muda ker? huhu).Cucu kepada kakak RA,Kak Milah.Anak kepada anak saudara lelaki RA.Yang lagi satu dalam proses nak keluar lagi 2bulan lagi dari perut anak perempuan kakak RA ini jugak.Si bongsu ini suka berposing tak macam kakak dia,siap tunjuk jari lagi.

Makan besar keluarga RA mesti di buat pada pagi 1Syawal selepas bersolat sunat Aidilfitri.Lepas tu barulah aktiviti bersalaman dan memohon kemaafkan di mulakan.Acara bergambar beramai-ramai pulak kena buat masa tu jugak sebab selepas tu ramai yang nak balik buat lawatan ke rumah mertua pulak katernya.

Inilah sebahagian keluarga besar Haji Abu Bin Abdul Hamid yang mengambil bahagian di pagi 1Syawal.Yang takde dalam gambar ini maknanya diaorang tak dapat datang la.

Sempena Aidilfitri RA ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf kepada semua pembaca blog  yang membaca blog RA yang tak sehebat mana ini.Terima Kasih juga kepada pelanggan-pelanggan RA yang mengikuti dan mengambil pakej lawatan anjuran RA.Segala kekurangan minta di halalkan.

SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR DAN BATIN !!!

Monday, August 5, 2013

Terbaik Moreh Ramadhan 2013

 Alkisah moreh ini bermula pada minggu pertama puasa.Selepas sahaja bersolat Terawih di surau berdekatan RA dan kawan-kawan lain berkumpul di Restoran Habib Tampoi Utama atas pelawaan Azie dan Olie yang hendak memberikan Daging Salai Masak Lomak Cili Api katernya.

Ha inilah dia daging masak lemak tu.Maklumlah masak banyak sangat semasa berbuka puasa dengan keluarga adik beradiknya.Jadi ada yang menegur di "Whatapps" nak merasa katernya.Malam tu jam 10malam kami balon lauk ini sambil memesan air & nasi putih sahaja di Restoran Habib.Yum yum,sodap Jang!!!

Kesinambugan bermoreh RA kali ini pulak di teruskan di Restoran KFC Jalan Skudai bagi menyambut ulang tahun kelahiran dan menceriakan seorang sahabat yang merajuk katernya.Malam itu kami semua berkampung di KFC makan ayam goreng sambil tersengeh-sengeh menonton drama TV3 di kaca TV restoran ini.

Moreh RA seterusnya di Restoran Alif Bandar Baru Uda yang telah di ubah pada saat-saat akhir atas sebab-sebab ke sesakkan di bandaraya Johor Bahru.Rancang nya nak ke Bazar Karat tapi di sebabkan kesesakkan lalulintas kami semua berpatah balik dan bermoreh di BBU.Tengok tu si Amely sampai tertidur atas meja.Nescafe dan roti tisu buat menghilangkan dahaga dan mengantuk.

 Selang beberapa hari sahaja sebelum hari raya,RA berkesempatan bermoreh di Pasar Pandan Uptown Johor.Nak makan Roti John Komtar katernya.Walaupun melalui kesesakan dan masa tu kereta RA rosak masuk bengkel sebab masalah enjin,RA tetap gagahi juga ke sana.

 Masa ini kereta kawan-kawanlah yang menjadi mangsa.Nasib baik ada kawan yang nak angkut RA di Kampung Pasir Jalan Manggis depan station minyak petrol BP di saat RA dalam kesedihan tiada kereta.Gembira dan terhibur sekejap dari masalah tu bila dapat merasa Roti John kegemaran RA.

  Malam tu RA balik jam 1230pagi dari Pasar Pandan.Hati tetap bersedih sebab tak pasti bila kereta RA akan keluar dari Bengkel.Apa yang pasti Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal bakal menjelang.Pasti pengalaman moreh tahun ini menjadi ingatan manis RA bersama teman-teman.Pembaca kalau mahu merasai nikmatnya suasana bermoreh pastikan anda semua bersama-sama keluarga dan rakan tersayang agar kemeriahan Ramadhan itu menjadi ingatan.


Friday, August 2, 2013

Musibah di 24Ramadhan

 Adohai balik semalam dari berbuka puasa di rumah Abang Yunus kereta RA mula meragam.Mula-mula dia ter berhenti kat depan jenjabat Angsana tu,lepas tu tersangkut-sangkut pulak depan warong siput sedut.Rupanya air dalam radiator kereta RA dah mula kering.Kereta selamat sampai depan rumah pada malam semalam walaupun tersenggut-senggut.

Masalah tiba bila pagi tadi masa RA bangun nak siap-siap hantar dia ke bengkel untuk di baiki.Bila nak hidupkan enjin je dia tak bernyala langsung.Adohai terpaksalah telefun lori "towing" untuk angkut kereta RA ke bengkel.Jam 12tengahhari baru lori towing datang.Lepas hantar ke bengkel petang selepas solat Jumaat RA pergilah buat lawatan keatas pesakit luar ini.Selidik punya selidik enjin kereta RA bermasalah.Adohai kata pomen tu enjin kena tukar baru.

  Hai lah sayang,kenapa lah kamu rosak saat orang nak sambut raya lagi berapa hari je lagi.Dah tu kena tukar enjin baru pulak tu.sob..sob..sob...terpaksalah korbankan duit raya RA untuk tahun ini ke kereta.Nak tahu berapa RA kena bayar kos perubatan kereta ini?? 

 

RM 2720 JERRRRR !!!!!


Murah kan?? murah saanngggatttttt....

Adoyai ponnggggg senak tengok duit nak bayo.......

Thursday, August 1, 2013

Iftar Kongsi-Kongsi

 Asal boleh je kan tajuk blog kali ini..haha.Sebenarnya Iftar hari ini atas pelawaan tuan rumah Habang Yunus yang berhajat membuat majlis berbuka ala "PotLuck" di rumahnya.Kami ini mengikut je lah,lagipun esoknya RA tak bekerja.Terkejar-kejar jugaklah dari tempat kerja RA ke Taman Universiti.Maklumlah hari bekerja memang jalan raya petang-petang agak sesak dengan kenderaan.Semua nak balik awal untuk berbuka puasa.Tapi Alhamdulillah RA sempat tiba sebelum jam 7malam.

Tak sempat nak masak apa pun,balik kerja RA terus ke Pasar Pandan untuk beli juadah berbuka.Menu "PotLuck" kami ialah :

CAPATI PAKISTAN + KUAH KIMAH - RA BELI JE

KEBAB PAKISTAN - RA BELI JE

KFC - KAK ROVITA BELI

SATAY DAGING & AYAM 100CUCUK - AZI BELI

MEE HOON GORENG - AZI MASAK

ASAM PEDAS BUNGA-BUNGA CINTA RESEPI BERKASIH - ABANG YUNUS MASAK

AIR OREN (TAKDE RIBENA) - ABANG YUNUS SEDIAKAN

AIR TEH PANAS - SAPURA SEDIAKAN

NASI PUTIH - ABANG YUNUS SEDIAKAN

Ala yang datang malam tu muka-muka kita jugak di tambah dengan Rahim & Sapura (anak saudara abang Yunus).Macam biasalah lepas berbuka sesi bersuai kenal (untuk kali,tah keberapa pun RA tak ingat) di adakan dengan di selang selikan kehadiran Mai.


Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....