Friday, December 25, 2020

Cuti Krismas orang KL ke JB

Hari ini katanya ada orang KL nak datang JB.Mereka nie kenalan lama RA semasa mereka duduk di Johor dulu.Yealah sesejak dah boleh merentas daerah nie ramai yang berhajat nak keluar berjalan dari Kuala Lumpur tu.Jadi kenalah layan tetamu kan.
  
Mereka berlima nie tiba jam 6petang dan setelah berehat sebentar menunggu Margrib kami semua sepakat menuju ke Kampung Pendas untuk menikmati makanan laut yang berhampiran dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas.Restoran mana lagi kalau bukan Restoran Yeo Sekeluarga.
Kat sini suasananya cantik, dapat tengok Pelabuhan Tanjung Pelepas & Forest City.Masa kami sampai air tengah pasang jadi kuar jugalah angin Selat Melaka menerpa kami.Menu makan malam utama kami ialah Siakap 3rasa, Bawal masak minyak, Lala,Udang mentega, Sayur dan sup seafood.
Puas makan malam kat sini kami singgah ke Puteri Harbour.Bergambar sakan lah pulak di sini.
Ramai juga orang malam ini kat sini,yealah esokkan cuti sempena krismas.Jadi ramai keluarga yang meluangkan masa di sini.Kalau kamera anda bagus untuk menangkap gambar di waktu malam,Puteri Harbour lah tempat yang wajid di lawati.
Nampak tak gambar yang di ambil mengunakan kamera Hwa Wei nie? Cantik kan.Kami pulang jam 1140malam kerana esok pagi kami nak ke Desaru pula.
Tak sah kalau ke Desaru jika tidak singgah makan tengahari di Kedai makan Masakan Kampung Ibrahim nie.Menu dia memang tidak pernah mengecewakan dan pastinya menjanjikan.
Kawan RA nie nak rasa makan Belangkas, jadi RA telah membuat tempahan seawal malam tadi.Kalau tidak memang cepat habis makanan exsotik nie.Asam Pedas Kepala Ikan Mayong pun sedap,kena pulak makan dengan nasi panas-panas.Memang terangkat lah beb.Ada Siput masak lemak,Ikan bakar dan tahu bagedil tau.Memang berbaloi semua ini dengan harga RM89 sahaja.
Lepas perut dah penuh dan kenyang barulah boleh jalan-jalan kat tempat lain pulak.Ini adalah tempat wajib pergi setiap kali RA ke Teluk Sengat.Pemandangan kat sini persis San Francisco tau hahaha.
Kemudian lepak-lepak pulak di jeti Teluk Sengat sambil menghirup udara Sungai dan laut.
Kami berehat seketika di sini sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Desaru semua.Katanya nak pergi Hard Rock Hotel.
Nak ke sini kenalah letak kereta di parkir hotel.Sejam pertama dikenakan RM7.Setengah jam kemudian RM1.Mahal nya.....Tapi Hard Rock Hotel punya pasal kami ok jelah.Selepas minum petang di salah sebuah kafenya, kami bergambar di hadapan replika gitar Hard Rock Hotel.
Memandangkan dah sampai Desaru kan.Jadi kalau tidak bawa mereka ini ke pantai, takut-takut kena carut pulak kan hahaha.Memandangkan PKPB masih berkuatkuasa di daerah Kota Tinggi, semua pantai umum di tutup dari Tanjung Balau sehingga ke Batu Layar.Kami bernasib kerana Pantai Punggol masih di buka untuk orang ramai berkelah.Alhamdulillah dapat lah menikmati angin pantai kat sini.
Selesai ke pantai kami singgah ke MidValley Mall sebelum ke Restoran ZZ untuk makan Mee Rebus dan Sup Tulang Gear Box.
Terangkat makan panas-panas saat kat luar masih lagi hujan.
Sebelum balik kita singgah sekejap di Pasar Karat Johor.
Ikutkan banyak kedai yang sepatutnya bukak,tapi sebab hujan awal tadi jadi banyak tutup.Jam 12tengahmalam kami tiba di rumah dan bermulalah episod berbual sambil main daun terup sampai ke awal pagi hahaha.Nasib baik jiran-jiran sebelah tak kisah.heeehe.
Pagi jam 9 dah kena bangun pulak tu.Nak sarapan di kedai kawan kami di Kulai dan ke JPO sebelum mereka ini pulang ke KL.Selamat pulang semua,hati-hati di jalanan ada rezeki InsyaAllah kita jumpa lagi.

Saturday, December 19, 2020

Antara Bukit Payong dan Kopi Kluang

Cuti hujung minggu hari ini RA isikan dengan ke Bukit Payong di Parit Yusof, Batu Pahat dan Kluang bersama 2lagi rakan RA.Sebenarnya agak lama juga RA menaiki puncak bukit Payong ini,sejak Pendamik Covid muncul awal tahun lagi.Jadi cadangnya hari ini nak santai-santai sajalah menikmati keindahan flora dan faunanya.
Kami bertolak agak lewat sedikit iaitu pada jam 9pagi dan selamat tiba di Kampung Parit Yusof sekitar jam 1030pagi.Agak lewat sedikit,sebab dua orang kawan RA nie nak bersarapan dulu katanya.Jadi kami berhenti makan di Pekan Parit Yanni yang tidak jauh dari Plaza Tol Yong Peng Utara yang kami keluar.Kami bernasib baik kerana saat tiba cuaca di sini agak mendung dan redup.Mungkin juga di sebabkan hujan turun lebat semalam.Gambar kat atas nie baru je sampai separuh perjalanan.Belum lagi sampai atas.Kat sini boleh nampak pemandangan kelapa sawit di ketinggian 100meter lebih.
Selesai sahaja melepasi bukit pertama,kami meneruskan pendakian seterusnya.Kali ini kena berhati-hati sikit la sebab kat kawasan ni banyak berbatu dan kalau keadaan basah atau kering ke dua-duanya memang licin.Satu yang RA suka dengan Bukit Payong ini ia mempunyai 3puncak iaitu Puncak Bukit Payong sendiri, Puncak Bukit Botak dan Puncak Bukit Berdiri. Puncak yang sedang RA tujui ialah Puncak Bukit Botak.
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Puncak Bukit Botak jam 12tengahari.Tempat RA bergambar dan mengadap itu terdapat Puncak Bukit Berdiri di sebaliknya.Tapi hari ni kita tidak ke sana disebabkan kekangan masa.Jadi selepas sahaja azan Zohor berkumandang kami semua menuruni dari puncak Bukit Botak menuju ke Kluang. 
Haa inilah yang kami pergi saat tiba di bandar Kluang iaitu ke Kluang Railway Coffee.Memang kami kena beratur dulu sebelum mendapat meja makan.Dekat 30minit menunggu barulah kami di benarkan masuk dan duduk meminta pesanan makanan.Kopi O Kluang,Roti Sambal dan Laksa Johor menjadi pilihan RA.Menu-menu yang lain tu di pilih oleh 2orang rakan RA nie.
Sengaja gambar ini RA buat ala-ala vintage sikit.Haa dengan mereka berdua nie lah RA ke sini.Tengok sorang tu dapat menu kesukaan dia bukan main lagi dia angkat ibu jari tanda suka dia.Buat muka mengada-ngada pulak dia yea.Jam 530petang baru nak gerak balik ke JB.Alhamdulillah selamat sampai di rumah jam 8malam.Nanti ada cerita baru kita sambung lagi yea.

Friday, December 18, 2020

Bercuti di Sedili dan Kota Tinggi Johor

Cuti hujung minggu datang lagi.Jadi hari ini RA berkesempatan ke Sedili untuk merehatkan minda.RA pergi ber 5sahaja dengan Abang Mad, Kak Ros serta dua lagi anaknya.Hari ini hari Jumaat jadi setibanya kami di pekan Sedili RA dan Abang Mad mencari masjid untuk bersolat Jumaat dulu.Selesai bersolat kami pun memandu perlahan ke Dataran Teluk Mahkota.Haa kat sini ada pantai yang sangat cantik tetapi sayang sekali kerana di sebabkan seluruh daerah Kota Tinggi masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kami tidak di benarkan mandi di pantai.Ha nak berkelah pun tak boleh tau.Kena pakai topeng mulut kalau tidak kena saman nanti.Polis ada membuat rondaan di pantai ini.  
Memandangkan kami sudah pun makan tengahari jadi kami tidak lah singgah makan di kedai-kedai makan berhampiran.Setelah mengambil beberapa keping gambar kenangan,kami bertolak mencari resort untuk bermalam hari ini.Perjalanan kami di teruskan sehingga membawa kami ke Muara Sungai Sedili.Berhampiran bawah jambatan inilah terdapatnya Pusat Penetasan dan Ternakan Belangkas.
Kalau korang nak tahu pusat penetasan dan ternakan Belangkas ini pernah masuk Majalah 3 minggu lepas tau.Pasaran Belangkas kat sini di pasarkan sehingga ke Taiwan.
Sempatlah kami berehat seketika sambil menghirup udara di muara Sungai yang berhampiran dengan Laut China Selatan.
Oklah yang tak tahu macamana rupanya Belangkas, tu Kak Ros dah tunjukkan replika binatangnya.Telur Belangkas sedap di makan dan rasa isi di kakinya seperti isi ketam.Pernah lah 2kali RA makan telur dan isi Belangkas nie.Sedap juga tapi rasa macam berlemak sikit.Kat Bandar Kota Tinggi dan Teluk Sengat ada jual menu Belangkas kalau korang nak rasa.
Haa dah mula lah sesi bergambar di bawah jambatan.
Reduplah sikit bawah ini kalau nak berjalan ke hujung pantai mau rentung kulit walaupun masa kami sampai jam dah ke pukul 430petang.

Tak jauh dari jambatan dan pusat peternakan Belangkas ni terdapat sebuah resort ala kampung.Namanya Sedili Inn Resort.Resort ini baru je beroperasi seminggu setelah di tutup dek Perintah kawalan pergerakan.Ada harga promosi untuk Chalet iaitu RM127 semalam.Inilah dia chaletnya.Kat dalam tu ada 1katil double dan 1 katil single.Bilik air semua ada kat dalam.Ada 5Chelet kat sini,satu darinya tengah di baiki dan cuma tinggal 2chalet yang masih kosong.

Setelah meletakkan bag kami di bilik , kami ke tepi pantai untuk berkelah.Makanan sebenarnya dah bawak dari Johor Bahru lagi.RA ada masak Mee Goreng dan beli beberapa Nasi Lemak untuk di makan.P/S : Abaikan perut boroi itu yea...kesilapan gambar sahaja.hehehe

Di sebabkan resort kami terletak di hadapan pantai dan agak persendirian sedikit jadi tiada rondaan kereta polis di sini.Cuma dah petang air masih surut dan baru nak pasang tidak sesuai untuk mandi manda.Jam 620petang hujan pun turun dengan lebat  jadi tak dapatlah kami nak lepak lama-lama di tepi pantai dan terus pulang ke Chalet.Malam pulak Abang Mad dah tersedia dengan dapur mininya untuk memasak meggi dan air kopi.Kami semua menikmati kopi di malam yang dingin.Ada juga kami ke pantai malam-malam bila hujan mulai reda tetapi tak sampai setengah jam hujan kembali turun dan kami pulang ke bilik dan terus tidur.

Alhamdulillah pagi esoknya cuaca agak elok dan selepas bersarapan pagi RA menikmati keindahan pantai Sedili yang agak tenang.

Jauh dari kesibukkan manusia dan tak seperti di pantai-pantai lainnya iaitu Desaru,Batu Layar,Tj Balau dan yang seangkatan dengannya.

Yelah Sedili ini cuma penempatan kampung dan pekan kecil je.Tak ada resort-resort berstatus 4-5bintang.Tapi RA dengar tempat ini akan di bangunkan dan akan di jadikan salah satu tarikkan pelancong.

Cuba lihat pantainya landai dan jika cuaca pagi cerah anda pasti dapat bergambar dengan bayang anda seperti di cermin.

Nampak tak teknik gambar ini hehehe.Pagi ini juga kami dapati pekerja resort tengah sibuk menebas rumput yang panjang dek tanpa jagaan semasa resort ini di tutup gara-gara PKPD.Kami berasa hampa sekali lagi kerana jam 10.30pagi hujan mula turun kembali dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk makan tengahari terus ke Kota Tinggi sahaja.

Alhamdulillah,setelah makan tengahari kami dapat merasa airkrim gula Apong pulak di kedai bersebelahan.Bila perut dah kenyang kami ke Kota dan makam Laksamana Bentan iaitu Megat Seri Rama yang terletak di tepi Sungai Johor tak jauh dari bandar Kota Tinggi.

Korang tahukan cerita Sultan Mahmood Mangkat di Julang? Baginda di bunuh oleh Laksamananya sendiri kerana ingin menuntut bela di atas kematian isteri dan anaknya yang di bunuh oleh Sultan kerana memakan buah Nangka milik baginda.Sultan di tikam semasa di julang dalam perjalanan ke Masjid untuk bersolat Jumaat.

Sebelum Sultan menghumbuskan nafasnya yang terakhir baginda telah bersumpah bahawa sehingga 7 keturunan Bentan akan muntah darah jika menjejakkan kaki ke Kota Tinggi dan mangsa pertamanya ialah Megat Sri Rama sendiri.
Inilah dia kubur dan batu nesan Laksamana Bentan. yang sudah berumur hampir 321tahun lamanya.Sekarang sumpahan itu sudah berakhir dan tiada halangan lagi bagi keturuanan bentan untuk ke Kota Tinggi.
Tak jauh dari makam laksamana terdapat sebuah jeti.Tetapi dek kerana hakisan banjir sebahagianyanya hampir runtuh dan rosak.
Pemandangan Sungai Johor yang dahulunya menjadi pusat pemerintahan keSultanan Johor.Jika berkesempatan datanglah melawat ke sini.Lihat kesan-kesan sejarah yang terdapat di sini.Oklah RA beredar dahulu sebab selesai ke Kota Tinggi RA dan yang lain-lain pulang ke rumah masing-masing dah berisitirehat.Esok nak pergi tempat lain pulak.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....