Cuti hujung minggu hari ini RA isikan dengan ke Bukit Payong di Parit Yusof, Batu Pahat dan Kluang bersama 2lagi rakan RA.Sebenarnya agak lama juga RA menaiki puncak bukit Payong ini,sejak Pendamik Covid muncul awal tahun lagi.Jadi cadangnya hari ini nak santai-santai sajalah menikmati keindahan flora dan faunanya.
Kami bertolak agak lewat sedikit iaitu pada jam 9pagi dan selamat tiba di Kampung Parit Yusof sekitar jam 1030pagi.Agak lewat sedikit,sebab dua orang kawan RA nie nak bersarapan dulu katanya.Jadi kami berhenti makan di Pekan Parit Yanni yang tidak jauh dari Plaza Tol Yong Peng Utara yang kami keluar.Kami bernasib baik kerana saat tiba cuaca di sini agak mendung dan redup.Mungkin juga di sebabkan hujan turun lebat semalam.Gambar kat atas nie baru je sampai separuh perjalanan.Belum lagi sampai atas.Kat sini boleh nampak pemandangan kelapa sawit di ketinggian 100meter lebih.
Selesai sahaja melepasi bukit pertama,kami meneruskan pendakian seterusnya.Kali ini kena berhati-hati sikit la sebab kat kawasan ni banyak berbatu dan kalau keadaan basah atau kering ke dua-duanya memang licin.Satu yang RA suka dengan Bukit Payong ini ia mempunyai 3puncak iaitu Puncak Bukit Payong sendiri, Puncak Bukit Botak dan Puncak Bukit Berdiri. Puncak yang sedang RA tujui ialah Puncak Bukit Botak.
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Puncak Bukit Botak jam 12tengahari.Tempat RA bergambar dan mengadap itu terdapat Puncak Bukit Berdiri di sebaliknya.Tapi hari ni kita tidak ke sana disebabkan kekangan masa.Jadi selepas sahaja azan Zohor berkumandang kami semua menuruni dari puncak Bukit Botak menuju ke Kluang.
Haa inilah yang kami pergi saat tiba di bandar Kluang iaitu ke Kluang Railway Coffee.Memang kami kena beratur dulu sebelum mendapat meja makan.Dekat 30minit menunggu barulah kami di benarkan masuk dan duduk meminta pesanan makanan.Kopi O Kluang,Roti Sambal dan Laksa Johor menjadi pilihan RA.Menu-menu yang lain tu di pilih oleh 2orang rakan RA nie.
Sengaja gambar ini RA buat ala-ala vintage sikit.Haa dengan mereka berdua nie lah RA ke sini.Tengok sorang tu dapat menu kesukaan dia bukan main lagi dia angkat ibu jari tanda suka dia.Buat muka mengada-ngada pulak dia yea.Jam 530petang baru nak gerak balik ke JB.Alhamdulillah selamat sampai di rumah jam 8malam.Nanti ada cerita baru kita sambung lagi yea.
No comments:
Post a Comment