Tak jauh dari jambatan dan pusat peternakan Belangkas ni terdapat sebuah resort ala kampung.Namanya Sedili Inn Resort.Resort ini baru je beroperasi seminggu setelah di tutup dek Perintah kawalan pergerakan.Ada harga promosi untuk Chalet iaitu RM127 semalam.Inilah dia chaletnya.Kat dalam tu ada 1katil double dan 1 katil single.Bilik air semua ada kat dalam.Ada 5Chelet kat sini,satu darinya tengah di baiki dan cuma tinggal 2chalet yang masih kosong.
Setelah meletakkan bag kami di bilik , kami ke tepi pantai untuk berkelah.Makanan sebenarnya dah bawak dari Johor Bahru lagi.RA ada masak Mee Goreng dan beli beberapa Nasi Lemak untuk di makan.P/S : Abaikan perut boroi itu yea...kesilapan gambar sahaja.hehehe
Di sebabkan resort kami terletak di hadapan pantai dan agak persendirian sedikit jadi tiada rondaan kereta polis di sini.Cuma dah petang air masih surut dan baru nak pasang tidak sesuai untuk mandi manda.Jam 620petang hujan pun turun dengan lebat jadi tak dapatlah kami nak lepak lama-lama di tepi pantai dan terus pulang ke Chalet.Malam pulak Abang Mad dah tersedia dengan dapur mininya untuk memasak meggi dan air kopi.Kami semua menikmati kopi di malam yang dingin.Ada juga kami ke pantai malam-malam bila hujan mulai reda tetapi tak sampai setengah jam hujan kembali turun dan kami pulang ke bilik dan terus tidur.
Alhamdulillah pagi esoknya cuaca agak elok dan selepas bersarapan pagi RA menikmati keindahan pantai Sedili yang agak tenang.
Jauh dari kesibukkan manusia dan tak seperti di pantai-pantai lainnya iaitu Desaru,Batu Layar,Tj Balau dan yang seangkatan dengannya.
Yelah Sedili ini cuma penempatan kampung dan pekan kecil je.Tak ada resort-resort berstatus 4-5bintang.Tapi RA dengar tempat ini akan di bangunkan dan akan di jadikan salah satu tarikkan pelancong.
Cuba lihat pantainya landai dan jika cuaca pagi cerah anda pasti dapat bergambar dengan bayang anda seperti di cermin.
Nampak tak teknik gambar ini hehehe.Pagi ini juga kami dapati pekerja resort tengah sibuk menebas rumput yang panjang dek tanpa jagaan semasa resort ini di tutup gara-gara PKPD.Kami berasa hampa sekali lagi kerana jam 10.30pagi hujan mula turun kembali dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk makan tengahari terus ke Kota Tinggi sahaja.
Alhamdulillah,setelah makan tengahari kami dapat merasa airkrim gula Apong pulak di kedai bersebelahan.Bila perut dah kenyang kami ke Kota dan makam Laksamana Bentan iaitu Megat Seri Rama yang terletak di tepi Sungai Johor tak jauh dari bandar Kota Tinggi.
Korang tahukan cerita Sultan Mahmood Mangkat di Julang? Baginda di bunuh oleh Laksamananya sendiri kerana ingin menuntut bela di atas kematian isteri dan anaknya yang di bunuh oleh Sultan kerana memakan buah Nangka milik baginda.Sultan di tikam semasa di julang dalam perjalanan ke Masjid untuk bersolat Jumaat.
No comments:
Post a Comment