Wednesday, May 18, 2016

Masakan dan Kulinari Popular Johor

 Siapa yang tidak kenal Asam Pedas.Menu wajib masyarakat Malaysia terutamanya di Johor.Kat Johor ini ada pelbagai kedai Asam Pedas Johor.Dan paling RA syourkan adalah seperti di bawah ini.
 Ini Asam Pedas ClayPot UTM.Harga sangat-sangat berpatutan dan kedainya di dalam medan selera UTM.Rata-rata pelanggan di sini adalah Pelajar dan Pekerja UTM.Ikan yang di gunakan Ikan Kaci,Ikan Pari,Ikan Caru,Ikan Merah dan Ayam.
 Ini pula Ikan Pedas Tepian Tebrau.Terletak di Medan Selera Tepian Tebrau.Paling senang nak cari belakang Hotel Street View.
 Ini pula Asam Pedas Madu Tiga.Ada dua cawangan, satu berhampiran toll keluar Kulai dan satu lagi di laluan lebuhraya Skudai-Pontian di Pekan Nenas.
Kalau nak rasa Asam Pedas BabaNyonya punya citarasa boleh la ke Tanjung Puteri.Asam Pedas Botak.Terletak di belakang Hotel Blue Wave berhampiran Jb Sentral.
 Beralih ke Nasi Ayam Penyet pula.Nahhh i-ni adalah Nasi Ayam Penyet Atap Berlian Hutan Bandar Johor Bahru.Jual hanya waktu Pagi dan Tengahari sahaja.
 Yang ini Nasi Ayam Penyet LC Katering punya.Selera RA memang kat sini.Sedap , menyelerakan dan menjanjikan.Kalau nak pergi malam pun bukak sebab kedainya bukak 24jam.Terletak di Taman Century Garden , sebelah Petron Station dan tepi Lebuhraya Tebrau sahaja.
Jika mahukan Nasi Ayam Penyet yang pedas berapi boleh lah mencuba di Restoran Nasi Ayam Penyet Jakarta di Jalan Rawa taman Peling berdekatan Jejambat LebuhRaya Sultan Iskandar.
 Ah, kat Johor juga ta kurang hebatnya masak Ketam.Boleh ke Restoran Todak di Teluk Jawa Plentong untuk merasa Ketam masak Lada hitam (BlackPaper)
Atau ke Banafie Village di Jalan Abdullah Tahir untuk menikmati Ketam masak cili di sini.
Kalau tanya pasal Satay , mana lagi kalau bukan Satay Wak Radol.Memang terbaik dan sedap.Perniagaan ini di turunkan ke generasi ke dua nya.Satu terletak di Kempas bersebelahan lebuhraya Pasir Gudang.Satu di Setia Tropika dan yang satu lagi di Taman Selasih.Boleh cuba makan satay dia ini bersama Nasi Goreng Kampung,perggh memang terangkat.
Ini fenomena baru di Johor,namanya ABC Kelapa.Gerainya terletak di Taman Kenanga,Tampoi.
Yang ini pulak "ABC Special" hanya di jual di medan selera Bomba larkin.Cari je gerai Awet Corner pasti jumpa.(P/S:kedai kawan sekolah RA ni).
Nak rasa Ayam Tandori terbaik di JB,Tak payah susah-susah , cari je Restoran Habib.Tapi cari yang cawangan di Bandar Baru Uda Jalan Padi Emas yea.Sebab di cawagan ini sahaja ayam Tandori nya menjanjikan citarasa yang sedap.
Ok,cakap pasal Ayam pulak , ini ayam goreng Gerai Wak Kentut.Makan dengan Nasi Lemak cecah dengan sambal,perrghh memang buat perut kenyang dan terus terlelap.
 Citer pasal Nasi Lemak pulak anda boleh lah ke Gerai "Nasi Lemak Pakcik Speaking London" di jalan Padi 2 Bandar Baru Uda.Gerai dia di sebelah rumah pencawang TNB.Menjual Nasi Lemak dengan pelbagai lauk pauk bagi yang ingin bersarapan.Bukak pagi je yea.
 Nasi Lemak Cik Chom memang tak perlu di perkenalkan lagi.Satu Batu Pahat kenal.Terletak di Sri Gading.Harga berpatutuan , layanan mesra pelanggan.Bukak Petang hingga malam
 Ini pulak Nasi Lemak Kotak Kayu di Jalan Denai 7, Kempas Baru.Kedai yang sangat comel dan simple.Makan Nasi Lemak dengan suasana Kampung.
Ini Nasi Lemak Wak Kentut yang sangat popular di Kulai.Terletak di Taman Kulai Besar berhampiran Public Bank Kulai.Sambal dia memang berbaik dan menjanjikan (lagi ayat ni).
Mai nak cerita sini.Asma Rojak Larkin ini memang sedap wooo...Makan dengan kuah kacang dia nak nak masa musim hujan ni.Tulis kat Blog pun leh jadi lapar tau.Lokasi di Plaza Larkin depan Larkin Sentral.
 Nak rasa pencuci mulut terbaik , boleh cuba Banana Split di Restoran Para-Para Hotel Paragon.
Pizza terbaik dengan harga yang murah dan sedap pergi saja ke Restoran Yus Bianco cawangan Taman Sri Skudai.Satu lagi di cawangan Kota Francais Taman Sri Pulai Perdana.
Bubur nasi bukan lagi makanan untuk orang sakit.datang ke Johor Bahru singgah lah ke Taman Sentosa di sana ada carilah Gerai Bubu Nasi Istimewa No1.Sekarang dah ada cawangan di Pasar Borong Pandan dan Pasar Smart Tebrau.
Nak cuba Burger? Datang ke Restoran Johnny Rocket Country Garden DangaBay.Memang terbaik dan sedap.
Atau ke Gerai Burger Bakar Abang Burn di BPoint di Jalan Lingkaran dalam sebelah stasen minyak Shell.
Selalu makan Capati mamak kan?? cuba pulak Capati Pakistan di Medan Selera Pasar Borong Pandan.Cecah dengan kuah Kimah Kambing memang terbaik.
 Ini Cendol Mak Siti di laluan Skudai-Pontian berhampiran Kampung Ulu Choh.Berhenti sebentar untuk minum.
Kalau ke stasen bas Batu Pahat singgah minum cendol Pak O kat sebelah stasen bas tu jek.Rasa berlemak dan maniss wooo.
Ini minuman Fozzy yang menjadi viral di laman-lama sosial.Kat JB pun ado,terletak di Taman Kempas di restoran 10Space berhampiran Kilang Tiong Nam.Harga sebotol ini RM15-RM20.
 Nak makanan barat yang terbaik halal dan dalam hidangan yang besar anda boleh ke Restoran Cookies & Ginger di Taman Adda Height.Harga pun berpatutan.Bukak Petang hingga malam kalau tak silap.
Nak makan masakkan tempatan seperti kacang pool,mee rebus , abc , Nasi Ambang dan macam-macam lagi? boleh ke Restoran CupChai di Bandar Baru Uda Belakang Jakel.Satu lagi di cawangan Kilang Bateri.
Goreng Pisang Mawar makanan minum petang yang sangat popular di Johor.Makan ini mesti kena cecah dengan sambal kicap.Sekali rasa pasti termimpi-mimpi.Terletak di Komplek Mawar di belakang Dataran Bandaraya jek
 Ini pulak Goreng Pisang Warong Abang Man (a.k.a Warong Arwah Mak Ram).Selain Goreng Pisang ada jugak Tempe Goreng yang sedap menjilat jari.Terletak di Jalan Pisang Kampung Pasir ini di buka dari jam 1tengahari - 530petang.
Ini pulak Goreng Pisang Cheese Taman Kenanga,
Nak rasa Gulai Tempoyak Ikan Patin untuk sarapan pagi? Datang lah ke Kampung Pasir Jalan Mangis mencuba masakan ini.Gerai milik orang Kelantan.
Sarapan pagi paling istimewa ini boleh di dapati di Restoran Hua Mui Bandaraya Johor Bahru Jalan Trus.
Lama tak jumpa kueh ini kan? Kueh Lopez ini boleh di dapati di gerai no13 Atap Berlian Hutan Bandar.
RA paling teliti pasal Karipap.Jadi pada RA karipap yang terbaik ialah di Gerai Mak Nona Kg Pasir Jalan Belimbing.Karipap kentang / keledik / Sardin / Telur dan Daging dia memang sedap.Seringgit = 3biji.
  Popiah Basah SS Ali nie terkenal di pasar-pasar malam sekitar Johor Bahru.Hari Jumaat di pasar Malam Bandar Baru Uda dan Ahad di pasar Malam Sebeleh stadium Larkin.
Kacang Pool Haji nie memang tak payah nak di perkenalkan.Memang terkenal pun.Nak cari pergi je ke Medan Selera Bomba Larkin.
Kueh Tiew ala Cina terbaik di Restoran D'Abg Simpang Taman Nusa Bistari 2.
Sarapan pagi Laksa Johor di Warong Rasa-Rasa Johor di Jalan Inchie Puan Zabedah Besar  kat belakang Petronas Jalan Lingkaran Dalam jek.Harga RM5 memang puas hati.Datang Johor tak makan Laksa Johor memang tak lengkap la.Kedai bukak Pagi jek.
 Masih di Gerai Atap berlian Hutan Bandar Johor.Lontong ini anda akan dapat rasa nikmatnya di gerai No 13.
 Nie lah dia Mee Gulung.Nak tahu kat mana? Ada kat Gerai Medan Selera Taman Sri Bahagia.Depan kilang TWP jek.Sedap tau.  
Nie Mee Rebus Wak Moto Batu 6.Mee Rebus dia memang terbaik.Sepinggan RM3 jek.Datang lalu rumah RA setiap Sabtu malam minggu.

Ini Mee Rebus Haji Wahid.Leh dapat di Kampung Melayu Majidee, Medan aras bawah Plaza Angsana , di Pasar Borong Pandan dan di Smart Market Tebrau.

Ini Mee Rebus Asal Stulang Laut.Ini versi kedai abangnya.Lokasi di Jalan Stulang Laut bersebelahan dengan Open Universiti Stulang Laut.

Ini pulak Mee Udang Pulai Jaya.Terletak di Jalan Pontian-Skudai.Tapi perkhidmatan hantar ke meja sangat-sangat lah perlahan.Harab di baiki yea.

Satu lagi menu mee yang sedap ialah Mee Hoon sup Banafie Bistro - Depan New York Hotel Jalan Abdullah Tahir.

Mee Goreng Kotak Kayu Jalan Denai 7, Kempas Baru ini pun sedap.Memang menyelerakan

 Mee Bandung Udang Tanjung Langsat.Jauh sikit tempatnya.Tapi pemandangan kat sini sangat cantik sambil makan sambil hirup angin laut.

 Megi ketam di Restoran Ayam Penyet Jakarta Taman Perling Jalan Rawa nie pun sedap tapi agak pedas untuk kanak-kanak yea.

Mee Ketam Taman Dahlia Pasir Gudang Restoran WanMok Cafe bagi yang berada di lokasi sana.

 
Nampak tak Roti John tu? harga RM5 jek.Sedap dan leh dapat di Medan Selera Pasar Pandan
 Nasi Goreng ini sangat - sangat istimewa dan sedap pulak tu.Nama dia Nasi Goreng Sofi Gerai Kak Zee Medan Selera Taman Sri Bahagia.
Nielah dia Nasi Kandar Restoran Safina di Jalan Tun Abdul Rasak Susur 6, bersebelahan Kondo Lagenda Tasek.Jangan ingat Johor tak ada Nasi Kandar yang sedap tau.
 Menu sarapan ini ada di Warong Selera Rasa Rasa Johor Jalan Inchik Puan Zabedah Besar Johor Bahru.(Belakang Petronas Jalan Lingkaran Dalam jek)
 Ini menu yang popular di Johor sekarang.Menu ShellOut.Di hidangkan diatas meja bersama keluarga.Boleh di dapati di Kafe Lara Amanda Taman Suria Muafakat
 Siapa tak kenal dengan Steamboat Seoul Garden kan? Kat Johor Bahru boleh di dapati di City Square , KSL Mall dan Plaza Angsana.
 Kalau di negeri lain ada Tahu Bakar , kat Johor ada Tahu Goreng.Satu-satu kedai yang menjualnya ialah di Warong Saga Jalan Mahmoodiah berhampiran Station Minyak Petron Jalan Yahya Awal.
Oh yea warong ini mendapat pengiftirapan sebagai warong Warisan Negeri Johor sebab banyak gambar-gambar nostalgia terdapat di dinding-dinding warong ini.
 Nak rasa Kulinari Thai paling eksklusif boleh la ke Restoran Tera Thai yang terletak di Jalan Abdul Samad dahulunya sebuah rumah banglow kayu di jadikan restoran.
 Barisan masakan barat di Restoran Wadihana Steakhouse di Jalan Padi Emas 1/3 Bandar Baru Uda.Harga makanan di sini agak sedikit mahal yea.
 Nie dia Deh...Nasi Kerabu paling sempurna di Johor.Ada lada sumbat,daging goreng , keropok , ulam taugeh , budu , sambal belacan.Harga RM5 sepinggan di Warong Kelantan Kampung Pasir Jalan Manggis.
 Sandwich Quiznos Restoran ini memang terbaik.Kat Johor cuma ada di Country Garden DangaBay.
 Fish & Chip ini pulak boleh di dapat di Olive Cafe Nong Chik Height.Memang sedap dengan saiz yang betul-betul mengenyangkan.
 Tak perlu ke Singapura atau KL lagi untuk merasai PanCake ini.Di Medini Mall cawangan PanCake House ini telah pun lama di buka.Harga cukup berpatutan.
 Menu terbaik dari Rastoran Ratatouille La Gourmet yang terletak di Adda Height.Kulinari terbaik ini bernama Lamb Rack.
 Manakala yang ini pula Pan Seared Norwagian Salmon dengan rasa daging salmon terbaik.
 Minuman ini namanya Mashmellow Milk Shake.Hanya terdapat di Amigos Cafe cawangan Jusco Tebrau dan Sutera Mall.
 
 Menu terbaik dari Kafe Mariner yang terletak di Jalan Tan Hiok Nee.Nasi Ayam Hainan dia sedap betul.
 Nasi Arab memang banyak di Johor nie sekarang.Tapi Nasi Ayam yang bercitarasa Melayu pada RA terletak di Restoran D'Kayu Manis Nong Chik Height.Sedap sangat-sangat.
 Salah satu lagi Nasi Arab terbaik di Restoran Zafran Jalan Padi Emas 2.Harga pun berpatutan.
Yang ini adalah makanan laut dari Restoran Saujana di Kampung Tanjung Adang tidak berapa jauh dari Pelabuan Tanjung Pelapas.Pemandangan malam di sini sangat cantik tau.Baiklah setakat ini sahaja dahulu.Nanti kalau ada yang baru RA akan kemaskinikan yea..Selamat Menjamu selera.Jangan pulak jilat skrin ini yea.
 

2 comments:

Unknown said...

Assalam.nak tanya mee rebus wak moto batu 6 tu ada lagi tak?dulu masa saya kecik,selalu beli dgn dia.itupun kalau masih org yg sama.lalu kat kampung pasir...

RioAzzaro said...

yea..masih jual lagi....skrg harga rm3.00 dan masih sedap

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....