24tahun dahulu sewaktu RA di tingkatan 3 RA di perkenalkan dengan Novel Permata Aurorius dan Kota Arialun yang terdapat di perpustakaan sekolah.Jalan cerita yang menarik sehingga RA tertunggu-tunggu di bilakah sambungannya akan di keluarkan.Merata kedai buku RA cari tapi tak jumpa.Kemudian pada bulan puasa setahun selepas SPM RA ke Badan Book Store yang dahulunya di hadapan City Square dan berjumpa pula dengan novel sambungannya Kembar Artakus.Sangka RA novel ketiga ini novel terakhir, tapi masih ada sambungannya lagi.Dengan tidak puas hati RA menalifun Pejabat Dewan Bahasa Dan Pustaka di Kuala Lumpur menanyakan sambungan dari Kembar Artakus tapi jawapan yang di terima "belum ada sambungan novelnya"
Hampir 3tahun RA tertunggu-tunggu akhirnya Novel ke 4 , ke 5 dan ke 6 muncul serentak.Sangkanya RA novel ke 6 ini adalah novel terakhir rupanya bersambung lagi.Hingga lah novel ke 7 dan ke 8 muncul.Jenuh juga nak menunggu novel seteruskan muncul.
Hari ini berkat kesabaran menunggu akhirnya terlancarnya Novel terbaru hasil karya Ahamad Patria Abdullah.Tajuk yang baru dengan nafas baru dan watak baru iaitu Aristokra - Kronika Nashan.Bertuahnya RA hari ini kerana penulisnya sendiri turun padang ke Johor Bahru menemui peminat di Restoran Mcdonald Skudai-UTM.Diam tak diam sudah 30tahun penulis berkarya.
Inilah dia sesi bergambar bersama peminat dan juga rakan-rakan lama Ahamd Patria yang lebih mesra di sapa Abang Pat.
Yang ini kenalan lama beliau sewaktu belajar di USM dahulu.Cikgu Nazri namanya.Ada juga peminat yang datang dari Melaka hingga ke larut malam semata-mata mahu berjumpa dengan penulis lagenda Artakus ini.
Banyak perkara yang di bualkan semasa pertemuan dengan Abang Pat.Contohnya mana menghilang selepas novel pertama hingga ke 3.Dengar- juga gosip yang Novel terbaru ini akan di filemkan.Alhamdulillah harap-harap berjayalah di filemkan.Oklah sekadar berkongsi sedikit cerita tentang Abang Pat.Beliau adalah anak kepada sasterawan negara iaitu Arwahyarham Datuk Abdullah Hussain.Beliau menulis sejak berusia 17tahun dan novel pertamanya ialah Permata Aurorius.Selain hobi membacanya beliau suka bermain dram dan menunggang motosikal (opss rahsia pecah).
Pertemuan jam 5petang hari ini di akhiri hingga ke jam 715malam.Masa memang menceburi RA sebab jam 830malam RA kena hadiri majlis resepsi dan makan malam di Bandar Seri Alam.Pertemuan ini adalah satu pertemuan yang paling manis antara peminat tegar dengan penulis kegemarannya.Moga berjumpa lagi Abang Pat di pelancaran Aristokra di Maeps Serdang seminggu dari sekarang.
No comments:
Post a Comment