Sunday, May 8, 2016

Aristokra di Pesta Buku Antarabangsa

Buat pertama kalinya RA ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.Dengar cerita tidak seperti tahun-tahun lepas kali ini di adakan di MAEPS Serdang.Mungkin bagi mengelakkan kesesakkan di PWTC.Tujuan utama RA ke sini cuma satu , iaitu untuk menemui Penulis Novel Saga Artakusad dan juga pelancaran novel terbarunya iaitu Aristokra.

Inilah dia Penulis sains fiksen dan fantasi Malaysia yang berada di kelasnya yang tersendiri , iaitu Ahmad Patria Abdullah.Pelancaran buku bermula jam 4petang tapi RA tiba lewat sekitar jam 5petang di sebabkan hujan lebat dan urusan lain yang perlu di selesaikan.Itupun kena beratur hampir sejam untuk mendapat tandatangan beliau di buku.

 Sempat juga RA sambar 2-3buku selain Novel Aristokra untuk di bawa pulang ke JB.Sambil sibuk membeli terjumpa dengan rakan Remaja Purba RA iaitu Abang Mork.(hehe jangan marah Abang Mork gurau jek) bersama isteri dan anak-anaknya yang juga ke sini mencari buku.

 Sesi peminat bertemu penulis dan sekitar majlis pelancaran buku Aristokra yang berlangsung cukup meriah.RA dapat tengok gambar je lah sebab datang dah lambat.(gambar ihsan Puteri Elaira)

 Mereka yang datang ini seawal jam 3petang lagi.Wah masa ini belum lagi hujan lebat kan.Antara gimik dan peminat yang hadir untuk mendapatkan tandatangan dari penulis.

 Walaupun RA takde dalam gambar berkumpulan ini , tapi gembira sangat-sangat sebab majlis yang di impikan oleh penulis dan peminat berjalan seperti yang di rancang.

 Sedikit sinopsis dari novel Aristokra , ia mengesahkan perjuangan seorang Puteri yang ingin membebaskan negaranya dari di jajah dan di jarah oleh dua kuasa besar yang sangat jahat.Beliau di bantu oleh seorang kesatria yang di hantar oleh seorang panglima besar puak Amorikus.Dalam masa yang sama beliau tidak dapat lari dari perasaan cintanya terhadap kesatria itu.Nak tahu cerita seterusnya kena lah beli novel ini.RA sendiri pun belum habis lagi membaca novel ini hehe.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....