CABARAN RAJA KUAH KNORR
- PERINGKAT SELATAN (Separuh Akhir) -
PASAR SMART/MIDAS MART TEBRAU
Tak sangka pulak dalam ramai-ramai blogger RA terpilih dan di panggil menjadi juri jemputan untuk pertandingan memasak Cabaran Raja Kuah Knorr Peringkat separuh akhir Zon Selatan.Bersama-sama RA yang turut sama menjadi juri ialah Chef Mohd Hadzrin iaitu chef bagi Unilever Malaysia dan seorang lagi ialah Chef selebriti , Chef Jo (Papa Jo) yang juga merupakan juri masakan Masterchef Malaysia.Dengar je nama juri-juri ini bukan calang-calang orang yea.Peserta-peserta pertandingan ini juga ramai dari kalangan pengusaha kedai-kedai makan dan membuat katering di rumah.
Sedikit pengenalan tentang pertandingan ini.Ia mencari masakan Melayu berkuah yang sedap dan mengunakan bahan-bahan dari Knorr bagi menyedapkan lagi masakan mereka.Zon tengah telahpun di jalankan di Shah Alam 2minggu lepas dan bagi Zon Selatan hari ini adalah penentunya.Mereka kemudiannya akan ke Terengganu bagi Zon Utara dan di peringkat akhir nanti akan di adakan di Kuala Lumpur selepas Hari Raya.Selain wang tunai , mereka juga di berikan dengan hadiah sampingan seperti periuk nasi dan peralatan dapur.
Untuk pertandingan hari ini seramai 10peserta yang telah terpilih dan salah seorang daripada mereka akan membawa resepi mereka untuk ke pertandinga akhir nanti.Dua sesi di mulakan dan setiap sesi di bahagikan kepada 5orang.
Ada juga peserta dari Selangor yang terlepas mendaftar di Zone Tengah hadir ke JB untuk mencuba nasib di Zon Selatan.Pertandingan bermula jam 2petang dgn setiap peserta di berikan masa sejam sahaja untuk memasak.
Antara beberapa nama peserta-peserta dengan menu istimewa mereka.Rebung Puan Zainab dengarnya di bawa dari Segamat.Manakala Cik Siti Nuraisyah pulak terpaksa memukar menu dari daging salai ke pada daging goreng atas sebab faktor membakar yang terhad di dapur peserta.
10 peserta dengan 10 menu yang berbeza.Peserta-peserta Zone selatan ini memang sangat-sangat kreatif dalam menghias masakan mereka.
Terluar RA melihat menu-menu masakan mereka ini.Pelbagai dan sedap-sedap semuanya.Bikin kepala RA pening utnuk memilih.RA memang takde pengalaman memasak,tetapi pengalaman memakan tu memang ada.Pada RA jika pensajian kreatif dan cantik , masakan sedap pasti RA pilih dan bagi markah yang tinggi.
Terus terang menunya sangat-sangat menjanjikan.3kateria yang di beri markah.Iaitu Kebersihan....hiasan masakkan....dan yang terakhir mestilah rasanya.
Ehem-ehem juri bidan terjun sedang mencuba masakkan peserta sambil memberikan markah yang sepatutnya kepada mereka.
Juara untuk Raja Kuah Knorr Edisi selatan di juarai oleh En Mohd Salezahrin dengan menu masakkannya di namakan Masak Lemak Daging salai warisan Knorr.(amboi panjangnya nama).
Tempat kedua di menangi oleh Puan Zainab dengan menunya Masak Lemak rebung dengan Udang.Sedap tau rebungnya tu tiada bau rebung yang kuat pun.Rebung import dari Segamat katanya.
Inilah menu tempat pertama yang memenangi hadiah berjumlah RM6500.Tak sia sia En Salehzahrin turun jauh-jauh dari Selangor untuk berdaftar nama sebagai peserta di zon Selatan.Menu tempat kedua ialah Kari Wantan (lupa pulak nama penuhnya)
Barisan peserta yang bergambar di majlis penyampaian hadiah.
Sebagai tanda penghargaan menjadi juri jemputan RA di hadiah cenderahati oleh pihak Unilever.Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada RA untuk menjadi juri.Pengalaman ini pasti tidak akan RA lupakan.Wah sempat jugak yea pengiring-pengirin RA ini santap dan bergambar dengan juara...Buat pemenang-pemenang zon selatan selamat berjaya di pusingan akhir di KL nanti.
No comments:
Post a Comment