Saturday, May 7, 2016

Singgah Sebentar di Bangi dan Serdang

 Hari ini RA ke Kuala Lumpur dengan Geng Mengeteh paling gegak gempita iaitu Abang Yunus.Pagi-pagi lagi dia dah hantar pesanan suruh bersarapan dengan dia dulu di Taman Universiti sebelum berangkat ke KL.Jam 11pagi kami dah bertolak , hajatnya nak ke Serdang rumah Kak Ros.Tapi sepanjang perjalanan Abang Mork suruh ke rumah dia dahulu di Bangi.Pikir punya pikir akhirnya kami ke Bangi dahulu.Rumah baru rumah orang ada-ada katanya.Baru je dia pindah di sini sebab dapat pertukaran kerja di KL.
Jam 2petang kami tiba di rumah Abang Mork dan di jamu dengan menu orang puteh katanya.Spegetti daging + keropok dan buah anggur.
Cawan pun cawan baru beli kat Mesir gitu.Memandangkan Kak Ros dah mula merajuk sebab kami tak tiba ke rumah dia dahulu (sepanjang perjalanan dok berbalah nak gie umah sapa dulu), maka makan sikit jelah di rumah Abang Mork sebab Kak Ros pun dah masak kat rumah dia.
Akhirnya tiba juga di rumah Abang Mad dan Kak Ros.Nak dekat jam 4petang baru tiba di Desa Pinggiran Serdang rumah Kak Ros.Menu masakan memang menjanjikan,kari ayam + kerang rebus dan sayur goreng beserta pisang Montel dan Sambal Belacan.Memang mengenyang dan menjanjikan. 
Perrghh memang mengenyangkan sambil bergambar kegembiraan.Hati senang perut kenyang.
Sedang sedap menjamu selera hujan pun turun dengan lebatnya.Lama juga kami tunggu hujan nak reda.Jam 6petang kami pulang semula ke Bangi hantar abang mork pulang.(macam bola dah ulang alik) tu pun sebab Kak Ros dan Abang Mad nak join sekali tengok rumah baru Abang Mork.Tengok lah tu penerangan dengan panjang lebar pemilik dengan penanya.Malam masih lagi hujan jadi semua rancangan nak makan kat sedap-sedap (katanya) terpaksa di batalkan bila tuan punya kereta suruh balik terus ke rumah dia di Petaling Jaya.Kak Ros dan Abang Mad ikut sekali tidur rumah dia.Lepas mandi kami makan malam lewat sikit di sekitar kilang (kilang jek dia bawak).Tempat kegemaran penduduk-penduduk sekitar katanya.hehehe.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....