Saturday, April 30, 2016

JJNM Dan Ulang Tahun

JALAN - JALAN NAK MAKAN (J.J.N.M)
CONTENA CONCEPT TAMAN CENTURY
ULANG TAHUN EDDY DAN ISTERI-NANIE

Petang tadi RA mendapat panggilan telefun dari rakan RA,Eddy yang mahu menyambut ulang tahun isterinya dan dia jugaklah (beza berapa hari je dari isterinya).Dok pikir pikir akhirnya kami mengambil keputusan ke Contena Concept di Taman Century tak berapa jauh dari Holiday Plaza.


 Kafe berkonsepkan kontena ini mulanya sebuah rumah banglow.Di sewa dan di baik pulih serta di tambah dengan kontena 3tingkat.Tapi tingkat yang paling atas sekali ini tak ada bumbung yea.Jika hujan terpaksalah turun ke tingkat dua.Sambil memesan makanan kek ulang tahun di nyalakan lilin dan sesi memotong kek di buat.Pemandangan dari atas kontena memang cantik di kelilingi bangunan-bangunan tinggi di belakangnya.

 Leh tahan hakak dapat hadiah gelang tangan kedai Emas yea.hehehe.Untonglah rezeki orang mengandung la katakan.28Tahun dah yea....

 Geng budak-budak ini lain tak mesti nak makan chicken chop.haha.Mak-ayah pulak makan nasi goreng dan mee goreng.

 Ada pelbagai menu barat dan masakan tempatan.Harga mengikut pasaranlah kan.Kalau kafe-kafe macam ini harga lebih sedikit dari warung-warung.Biasalah tu, yang penting mesti nak sedap.

Ini menu pilihan RA.Fish & Chip Scalop.(tapi macam takde scalop rasanya).Harga RM10.00 sajer

Ini Spegetti Balognise.Rasa tawar sikit mungkin tukang masak ini ingat orang yang makan nie ada darah tinggi kot.hahaha...Harga paling mahal RM22.Yang ini anak Adiel yang pilih.Selera mat salleh tu.hehe.

Ok Margrib dah nak habis,kena angkat kaki dulu.Kat umah tu ada banyak benda nak kena buat.Sebelum pulang amik gambar bersama-sama jumpa lagi...

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....