Akhirnya masa yang di tunggu telah tiba.Bertolak seawal 630pagi dari Lapangan Terbang Senai, RA beserta keluarga besar Eddy (rakan sekolah) dan Isterinya Nani kje Perth Australia.Nak bertolak awal pagi jadi kami semua ramai yang tidak tidur malam semalam,takut terlajak tidur tertinggal kapal terbang.Jam 530pagi dah tiba di Senai walaupun ada yang tertinggal bag duit di rumah,kami gagahi juga untuk daftar masuk pesawat.
Alhamdulillah jam 330petang waktu Perth (sama je dengan waktu Malaysia) kami semua selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth , Australia.
Pengalaman mereka yang pertama kali menaiki pesawat MAS untuk penerbangan jarak jauh sangat-sangat mengujakan.(selalu amik penerbangan domestik je dengan Mas)
Tiba je kami terus bergegas ke immigasi untuk pemeriksaan pasport dan visa.Keluar sahaja kami di sambut oleh saudara mara Eddy yang telah lama menunggu.Kami di bawa menaiki MPV ke kawasan perumahan yang di namakan Mirrabooka.
Sampai-sampai terus bergambar , berselfie katernya.Cuaca kat sini sangat dingin dalam 17'c.Tu yang semua berpeleseran dengan baju sejuk masing-masing,Tak sempat masuk rumah lagi tu,ala lagipun ramai yang belum sampai lagi.Ini adalah rumah anak saudara Pak Saori (bapak Eddy) dan juga merupakan penginapan kami untuk 5malam di sini.
Jangan marah , siaran TV3 pun boleh di tonton dari Perth yea.Mereka mengunakan satelit parabola di sini.Siang pada musim sejuk di Perth sangat singkat.Jam 5petang hari dah mula gelap.Suhu jatuh mendadak hingga ke 13'c.Kedai pun b.anyak dah tutup seawal jam 6petang.Badan pun dah penat dan mata mula mengantuk,jadi malam itu kami bercadang untuk rehat dan tidur sahaja.Jumpa esok untuk ekspedisi seterusnya
No comments:
Post a Comment