Sebenarnya RA tak suka sangat pergi ke Banafie Village nie.Bukan sebab apa,tempat letak kereta di sini sangat-sangat sempit.Kadang tu bila letak kereta di tepi jalan takut kena saman dengan polis trafik.Nak-nak bila hujung minggu memang 100% tak dapat tempat letak kereta.Tapi apa pun atas jemputan Ulang tahun Kak Long Besar iaitu Kak Mai,RA gagahi juga menempuh kepadatan kenderaan di sini.
Sampai dah lambat , jadi RA pesan makan apa yang ada jelah.Udang goreng nestum dah tersedia jadi tambah nasi goreng ikan masin jek.Wajah-Wajah yang selalu mengadu takde keluar dalam blog RA,jadi RA tayangkan di sini.Tu yang bertudung biru cair itulah Kak Mai yang meraikan hari ulang tahunnya malam ini.
Yang bergambar berkepak tu sapa yea? Gembira sangat nampaknya dia,berkepak dua.Makannya sikit,tapi bergambar yang paling banyak.
Habis sesi bergambar ,sesi bergosip tentang dunia retis zaman sekarang pulak di bincangkan.Tengok muka masing masing cukup serious.
Haaa nie gosip apa pulak la nie...sampai tertunduk-tunduk nak dengar.Apapun kamera merakam saat-saat manis makan di sini.Nak bayar duit makan tapi akhirnya Abang Yem yang ke meja bayaran menyelesaikan bil makan kami.Terima Kasih lah Abang Yem belanja kami makan.Malam ini juga sesi penyerahan harta pusaka (cenderamatalah) yang RA beli semasa di Australia di berikan.
Wah gembira yea Kak Mai dapat hadiah ulang tahun dari kawan-kawan.Moga panjang umur , di murahkan rezeki dan di berikan kesihatan yea.
No comments:
Post a Comment