Tuesday, June 9, 2015

Perth Hari Terakhir

Diam tak diam dah masuk hari terakhir RA di Perth.Tengah malam nie dah nak balik ke Malaysia.Jadi hari ini kita semua pergi membeli belah jelah.Tempat yang paling hampir adalah di Mirrabooka Square.Sekitar 7Km dari tempat tinggal RA.

Tu dia pelakon pembantu RA dah kuar gambar dia.hehe.Sempat lagi yea Abang Mat dan Kak Ros bergambar di luar pasaraya.Abaikan mamat yang kat belakang dia tu.

Amboi membeli belah sakan nampak? bawak balik barangan elektronik yea tokeh? Murah katanya lagipun barangan elektronik tu takde jual kat JB.Jadi dah terlanjur sampai dan nampak tu sambar jelah apa yang patut.

Masih tak puas hati lagi dengan barangan cenderamata yang di beli malam semalam,jadi balik dari membeli-belah di Mirrabooka RA serbu ke kilang barangan cenderahati ini lagi.Orang kata,habiskan duit-duit baki yang tak habis tu.Sempat lah jugak bergambar dengan kereta lambogini tokeh kilang ini.Amacam? ada gaya tak?

Pulang dari membeli belah RA bersiap-siap melawat rumah saudara di Edy yang lagi satu nie.Ramai saudara mara dia kat Perth ini.Semuanya orang Melayu kita yang dulunya kerja di Pulau Krismas.Bila dah pencen mereka menetap di Perth.Tapi kali ini di rumah menantunya.
Jauh jugak rumahnya sekitar 20km.Tiba kat sini pun dah nak hampir-hampir margrib.Cantik pulak kan kerusi gantung ini.

Habis kami di jamu dengan pelbagai makanan.Sedap sangat-sangat.Memang dari hari pertama hingga hari terakhir ini makan je lah..Perut memang dah lapar memang ingat makanan je lah.

Jam 8malam kami pulang ke kediaman dan mengangkut barang-barang kami untuk di bawa ke lapangan terbang.Terasa sekejap je dah nak balik.Inilah gambar bersama-sama sebagai kenangan dengan keluarga di Perth.

Haa siap bergambar dalam kapal terbang lagi.Penerbangan tengah malam dan di jangka tiba di KLIA paginya dan Alhamdulillah selamat tiba di KLIA sebelum menukar penerbangan tempatan ke Johor Bahru Senai.Gambar yang kat dalam hutan ada air terjun tu kat KLIA lah.Sempat bergambar sekejap sebelum pulang ke JB.
- RUMAH MANIS RUMAH - 

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....