Hari ini nak cuba berbuka puasa santai-santai di dataran Bandaraya Johor bahru.Ini pun atas inisiatif Kak Rovita yang beria-ia mengajak RA dan yang lain-lain ke sini.
Mulanya sampai jam 6petang takdelah ramai orang kat sini dan mula la hati rasa serba salah takut-takut kami sahaja yang akan berbuka.Tapi bila jam dah menunjukkan jam 630petang seorang demi seorang keluarga datang membentang tikar kan surat khabar di padang dataran.Teruja pulak kami yang pertama kali berbuka di sini.
Menu makanan yang RA dan Kak Rovita bawa adalah tak lain dan tak bukan dari Bazar Ramadhan.Abang Yunus bawak Bubur Lambuk dari UTM katanya.Dapatlah 4bungkus kesemuanya.
Seronok bila sesekali berbuka di tanah lapang nie.Angin pulak bertiup khenchang!!!
Keluarga Kak Mai dan Abang Yem datang selepas waktu berbuka.Yelah bari tiba dari KL petang tadi katanya.Air pulak kami beli di gerai Van Vuton sebelah dataran.Lepas je berbuka amik sembahyang kat tepi tandas kemudian sembahyang jelah Margrib kat atas tikar tu.Tak perlu kot nak cari surau sebab surau memang tak di sediakan.yang perempuan boleh bawak telekong dari rumah dan bersolat terus je kat padang dengan di alaskan tikar je.Seronok tau....nanti nak datang lagi lah.Terima kasih Kak Rovita atas motivasi anda yang menjayakan acara ini hehehe.
No comments:
Post a Comment