Friday, June 28, 2013

Selamat Ulang Tahun Elise

"Selamat Ulang Tahun ke 13 tahun Elise"

Tadi bertempat di Lazio Cafe & Bistro Dangabay,majlis meraikan anak dara kak Rovita yang sorang ini di adakan pada jam 930malam.Maaflah RA tiba lewat sikit,maklumlah nak buat persiapan untuk lawatan satu kumpulan ke Singapura esok pagi.Jadi sibuk ke hulu dan ke hilir dari pejabat ke hotel di Bandaraya Johor Bahru.Apa pun sepat juga RA sambar hadiah untuk di berikan kepada Elise.Maaflah tak sempat nak bungkus dengan pembalut hadiah.

Wah teman-teman RA nampaknya sudah lama tiba yea.Meriah mengayakan baju-baju baru dari pereka-pereka baju terkenal seperti Chenail,Gucik,Luis Bottom,Coachee,Jojo-Arman,Zaharah & Victoria Confidential.Maklum bukan selalu tau.Dengar-dengar "Gadis Ulang Tahun" kita ini dapat hadiah telefun bimbit samsung keluaran terbaru dari bapanya,abang Champin.Bertuahnya budak-budak zaman sekarang ini kan.Umur 13tahun dah dapat hadiah telefon bimbit yang canggih-canggih.RA dulu nak pasang telefon kat rumah pun arwah mak bagi hehe.

Malam itu juga di adakan tarian joget lambak dan dangdut,tengok lah Abang Mork dan Abang Champin,berjoget ligat hehe.(gurau je).Syok sangat bila sesekali keluar ramai-ramai meraikan majlis kan.

Tak dapat makan banyak,sebab sebelum ke sini dah makan malam dengan kawan RA jam 7malam tadi.Apapun balun je lah kentang goreng yang ada kat depan meja RA tu.Muka-muka yang ceria hadir pada malam itu.

Tuesday, June 25, 2013

Kotaraya Singapura Zaman P.Ramlee

Ok sebenarnya RA bukan orang Singapura pun,tapi saja nak berkongsi gambar-gambar lama Singapura pada zaman P.Ramlee ini buat tatapan pembaca blog RA.Gambar-gambar ini RA dapat dari seorang kenalan di Yahoo Group,jadi RA tak mahulah label gambar ini dengan mengatakan ia hak milik RA.

 

Pertama sekali sebelum kita nak masuk Singapura kita kenalah melalui komplek kastam dan immigration ini.Inilah dia dahulunya laluan masuk ke Singapura melalui Tambak Johor.

 Kalau nak tahu inilah dia Tambak Johor.Laluan utama menghubungkan JB-Singapura dulu.

Amboi leh lepak-lepak lagi yea kat tepi tambak tu.

  Ini RA tak pasti kat mana,tapi kalau di agak-agak seperti kat Rochor atau Orchard

Yang ini kawasan City Hall kan...sebab dah nampak dekat sangat dengan Clarke Quay.

 Penuhkan warong-warong kat tepi tu.Inilah dia Clarke Quay yang dulu.

  Sungai Singapura yang dahulunya penuh dengan sampan-sampan nelayan sebab dulu laluan laut menjadi pengankutan terpenting.

  Tapak Merlion Park dan Marina Bay pada dulu-dulu.Kotor kan? Tapi sekarang dah lain.

  Kurang pasti pulak kawasan kat mana.Tapi macam dekat dengan bangunan Palimen diaorang.

Deretan kedai di Jalan Orchard (rasanya kot)

Ini pulak kawasan China Town

Pemandangan Singapura dari laut.Tapi sekarang tempat ini dah di tambak menjadi tapak Garden By The Bay dan lebuhraya KPE

 Gambar ini pulak di ambil dari Beach Road (depan SUNTEC CITY)

 Gambar-gambar di bawah ini di ambil dari atas langit (katernya - dari kapal terbang lah)

Bangunan mana yang diaorang amik pun RA tak tahu.

  Kalau tak silap RA bangunan tempat kerja Abang Jamil (filem Madu Tiga).Kalau silap sila beri komen kat bawah yea.

 Ini pun RA tak pasti kat mana.Tapi rasanya macam kat dengan City Hall

  Gambar di ambil semasa perarakan hari kebangsaan diaorang kot.Tu lambang-lambang parti politak diaorang ada.Tak pun diaorang amik gambar ini masa Chingay.hehe (pandai je kan)

Panggung wayang capital yang popular kat Singapura dulu.Bangunan ini dulunya di miliki oleh Show Brothers.Sekarang terletak berdekatan dengan MRT City Hall.  

Saturday, June 22, 2013

Dapur Kita City Square

Ini kisah siang tadi sebelum RA nak masuk ke panggung wayang menonton filem World War Z bersama Raymond di City Square.Pertama kali ke restoran di atas bumbung komplek membeli belah yang baru sahaja di ubah suai.Medan Selera terbarunya bernama "Dapur Kita" yang berkonsep hawa dingin dan ruangan terbuka dengan pemandangan Johor Bahru dari tingkat 6 bangunan.

 Medan Selera Dapur Kita ini tidak mengunakan wang tunai di kios-kios makanan mereka sebaliknya pembayaran hendaklah di buat melalui kad.Untuk membeli kad ini harganya RM3 dan boleh di pulangkan sekiranya tidak mengunakan lagi.Kad hendaklah di isi dengan wang kat kaunter yang terletak di hadapan medan selera ini.Ala-ala kad Touch & Go lah gitu.

 Banyak jugak kios-kios yang menjual pelbagai makanan di sini,antaranya Tempayaki,Mee Rebus,Nasi Ayam penyet, Rojak dan macam-macam lagi lah.Sediakan duit jek.

RA malas nak gerak ke dalam lagi untuk amik gambar sebab hari tu cuaca panas sangat.Lepas dapat minuman RA hanya tangkap gambar dar meja yang RA duduk ini saja.Tak makan pun sebab perut masing-masing dah kenyang.hehehe


Setahun di Ulang tahun Rara

 Selamat Ulang Tahun Pertama Khayra A.k.a Puteri Rara!!!

 Diam tak diam dah setahun berlalu dan setahun juga umur anak pasangan Ika dan Anwar ini.Rasanya baru je dulu kami semua datang ke rumah mereka meraikan majlis potong jambul si Rara.Cepat sungguh masa berlalu,setahun dah rupanya yea.Makin besar dah dia.

Konsep dan tema untuk petang ini adalah : Ikan Duyung.Maka berkuyun-kuyun la puteri-puteri dan ibu-ibu duyung yang meraikan mengikut tema yang di tetapkan.Maklumlah dulu-dulu sambat ulang tahun tak guna tema-tema ini.Untung anak-anak zaman sekarang.

 

Katanya nak datang jam 3petang,tapi seperti biasa pasti ada yang lewat yea.Alhamdulillah hari ini jerebu berkurangan dan langit begitu cerah dan cuaca sangat-sangat panas.Hidangan utama di sini iaitu daging kambing kuzi bakar menjadi menu pilihan keluarga ini.Tengok je lah Mak sedara si Khayra iaitu Geena yang gembira memperagakan baju ikan duyung berkulit harimau bintang.(dapat masa rimau tu terdampar kat laut kelemasan,katernya).

 Acara memotong kek ikan duyung Barbie berrambut panjang di mulakan pada jam 4petang.Inilah muka-muka gembira mak dan ayah meraikan puteri duyung kesayangan mereka.

Meja penuh dengan manisan dan gula-gula untuk tetamu-tetamu cilik yang sememangnya suka makan ini dari makanan makanan dewasa yang lain.Budak-budak mana lah nak makan Nasi Ayam,Laksa Johor,Karipap dan Kambing Kuzi kan.

 Buat Khayra a.k.a Rara moga cepat membesar dan menjadi anak yang pandai lagi solehah yea.Selamat Ulang Tahun dari Uncle :

Wednesday, June 19, 2013

Johor Bahru di landa Jerebu

 Hari ini sudah masuk hari ke 3 Johor Bahru di landa Jerebu paling teruk dalam sejarah.Tengahari tadi sahaja tahap IPU di Johor Bahru sudah mencecah 150.Manakala kat Pasir Gudang paling teruk.

 Gambar ini di ambil pada pukul 615petang dari lebuhraya EDL menuju ke Bandaraya Johor Bahru.Selalunya RA dapat lihat serombong asap Sonoko dan Hotel The Zone tetapi petang tadi jelas tidak kelihatan lagi.Jarak sekitar 100meter je lah boleh nampak.Rasa dah macam kat Genting Highland pulak.

Tekak dan kerongkong RA ini pun asik nak gatal je.Batuk bukan main teruk lagi.Adohai,nampaknya sehari dua ini RA kena jumpa doktor lah.Giler tak jumpa,nak bawak kereta terhoyong hayang batuk berkohol-kohol.

Menjelang Margrib inilah gambar yang sempat RA dapat.Matahari pun leh jadi merah dan kurang jelas nampaknya.Teruk betul jerebu tahun ini.Kerajaan Indonesia senang lah bakar hutan sana-sini negara-negara jiran anda ini yang merana.

Sunday, June 16, 2013

Kesedihan di Hari Bapa.

Arwahyarhamah Suhaila Bt Buang dalam kenangan.

Moga Rohnya di cucuri Rahmat 

1977 - 2013

 Hari ini RA kehilangan seorang lagi teman.Kali ini rakan sekelas RA.RA sedekah kan AlFatihah buat arwahyarhamah yang meninggalkan dua cahaya mata.Beliau menhembuskan nafasnya yang terakhir semalam di Hospital Sultanah Aminah kerana Demam Denggi Berdarah.Terkenang kenangan sewaktu bersekolah dan ketika bersama-sama ke majlis perkahwinan rakan.Bagi sesiapa yng mengenali beliau RA bagi pihak keluarga arwahyarham memohon agar di halalkan dan di maafkan segala kesalahan sewaktu beliau hidup.Kepada Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali.


 Memandangkan hari ini Hari Bapa,RA membawa ayah RA makan du luar.Kami makan berdua sahaja,mungkin juga adik beradik lain sibuk meraikan hari bapa masing masing di rumh mereka sendiri.Takpelah,bukan apa saja nak makan besar dengan ayah RA.Selalu pun makan kat luar jugak cuma kali ini nampaklah lain sikit la sebab hari Bapa kan.

 Menu makanan ini di sediakan oleh Restoran Sayam Taman Kenanga - Tampoi.

Set Makan malam untuk dua orang = RM50 (bukan RM45-seperti yang ditulis dalam menu)

- Siakap masak steam

- Telur Bungkus

-Sayar Kailan ikan masin

Sotong goreng tepung 

2 x Nasi putih 

2 x air jus buah-buahan.

- SELAMAT HARI BAPA -

Saturday, June 15, 2013

Lepak,makan & dengar Lagu

Malam semalam bersama-sama geng mengeteh RA kami semua ke Lazio Bar dan Cafe untuk makan malam dan menghiburkan diri dengan alunan muzik dan nyayian dari kumpulan yang di sertai oleh anak Lyzel iaitu Lovely.Jam 930malam semua sudah berada di sini dan makanan pun di pesan.RA makan Pizza Oassie iaitu campuran cendawan bulat,terung dan isi ketam.Sementara menunggu makanan tiba sempat lah kami semua berpeleseran dengan kamera Nik di sini.Macam-macam aksi ado.

Mentang-mentang anak si Lyzel yang jadi penyanyi ke 3 pada malam tu,abis satu meja kitaorang mintak pilihan lagu untuk di nyanyikan.Pening pala jugak tuan punya badan dan si peminta lagi nak cari lagu yang sesuai.Ada tu sampai tak ingat tajuk lagu tapi ingat rentak lagu jek,maka jadilah trajedi nyanyi tanpa lagu.

Di bawah ini pulak nak cuba dengan penyataan cahaya katernya.Tu pun dah di ubah suai sedikit gambarnya,kalau tidak makin gelap tak nampak muka RA.

Muka muka terlebih ceria dan terlebih gedik's pun tak melepaskan peluang berpeleseran dengan kamera yang di pinjam dari Nik.Amboi anak dara kak Rovita sorang kat belakang tu siap sikat rambut guna jari jek.Mesti guna Rejoice je kan.huhuhu

Inilah dia barisan penyanyi yang menghiburkan kami pada malam itu.lagu-lagu yang di mainkan juga sangat bagus dan menghiburkan.Sambil-sambil dengar lagu dapat juga melihat pemandangan kapal-kapal persiaran yang berlabuh di Jeti Danga Bay.

Barisan mak-mak budak dan tidak terkecuali anak budak.Cantik kan latar belakang tu hehe.

Orang lain sibuk berbual dan makan,kami semua sibuk nak bergambar jek.Lain kali boleh lah di gelar kumpulan Kak Ton comel tak.....

 RA balik awal dulu yea.Sebab esok pagi dah nak masuk Singapura,ada urusan nak di buat di sana.Tapi diaorang ini semua duduk sana sampai jam 12tengah malam yea.Maklum lah tak keja esok.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....